≡ Menu

3 Tips Duduk Rumah Percuma Bagi Graduan

tips-rumah-percuma-bagi-graduanTips Duduk Rumah Percuma Bagi Graduan

Bagi seorang graduan, menguruskan wang adalah satu perkara yang amat sukar sebenarnya. Dengan gaji  sekitar RM2500 bagi pemegang ijazah,  jika tidak diuruskan dengan baik boleh dihabiskan dengan sia-sia sahaja. Persoalannya, bagaimanakah dengan usia yang muda seorang graduan boleh memiliki sebuah rumah? Dalam artikel ini akan dikongsikan tips membeli rumah dan bagaimana kita boleh membayar ansuran rumah tanpa menggunakan duit gaji.

#1 Disiplin Dalam Menyimpan

Bagi mendapatkan simpanan tunai yang banyak, kita perlu membuat simpanan semaksimum yang mungkin dalam tempoh kurang dari 1 tahun. Mungkin pada ketika ini situasi anda belum berkahwin dan tidak mempunyai sebarang komitmen penting melainkan menggunakan wang untuk tujuan peribadi. Lakukan simpanan sekurang-kurangnya RM1000 sebulan. Kurang daripada satu tahun, simpanan boleh mencecah lebih RM10000. Apa yang perlu kita lakukan? Teruskan menyimpan selagi mana tidak mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

#2 Cari Rumah Kos Rendah Flat/Apartment

Dengan berbekalkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM10000, lakukan kajian terhadap kawasan rumah flat atau apartment yang mempunyai nilai yang rendah. Jika ada rumah yang mempunyai nilai yang rendah, kita boleh membuat pembelian dengan berbekalkan deposit sedia ada. Sebagai contoh, anda dapat membeli sebuah rumah kos rendah serendah RM80000. Jadi, kos deposit rumah 10% daripada harga nilai.

Maka, dengan nilai tersebut kita perlu membayar wang ansuran kepada pihak bank sekitar RM500 sebulan. Bagaimanapun ia bergantung kepada kadar peratusan dan tempoh pinjaman daripada pihak bank.

Persoalannya, bagaimanakah kita boleh tinggal di rumah tersebut tanpa perlu mengeluarkan wang.

#3 Cari Housemate

Kebiasaannya rumah apartment ataupun flat, mempunyai 3 bilik. Kita sewakan 2 bilik kepada umum. Sebagai pemilik terpulang sama ada mahu tinggal di bilik ruang utama atau bilik yang lain. Setiap bilik boleh disewakan angggaran RM280 mingikut kesesuaian tempat.

Jangan letakkan harga terlalu tinggi dan terlalu rendah. Bergantung kepada kemudahan yang pemilik rumah sediakan seperti katil, almari, televisyen, mesin basuh, peti sejuk, ruang dapur dan sebagainya.

Jika penyewa membayar sewa RM280 setiap bilik. Pemilik rumah akan mendapat aliran tunai sekitar RM560. Lihat bagaimana transaksi berlaku. Tinggal tanpa bayar, siap dapat untung lagi. Siapa yang beruntung dalam hal ini? Sudah tentu pemilik rumah.

Kesimpulan

Bagi mendapatkan aliran tunai yang lebih banyak, naikkan harga bergantung kepada apa yang kita sediakan. Tetapi sebelum itu, kita kena pastikan rumah yang dibeli tidak terlalu mahal daripada harga pasaran. Untung badan, kita dapat rumah yang nilainya bawah daripada nilai pasaran.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: