≡ Menu

5 Tips Membeli Baju Kurung Moden Online Dengan Selamat

Tips Membeli Baju KurungIni kali pertama anda berniat membeli kurung moden online? Anda tak keseorangan. Ramai sebenarnya yang tertarik dengan kurung yang ada di Facebook ataupun Instagram, tapi rasa takut membeli sebab tidak mahu tertipu.

Ikut 5 tips kami di bawah supaya anda tidak gigit jari nanti.

  1. Kalau Warna Amat Penting, Jangan Beli Online

Ingat tip nombor satu ini. Disebabkan pencahayaan di studio, warna baju yang anda lihat berkemungkinan besar tidak sama dengan warna yang anda lihat.

Warna juga berbeza mengikut gajet yang anda gunakan. Kalau anda melihat kurung moden itu di laptop anda, warnanya mungkin berbeza dengan di telefon dan juga di desktop.

Lupakan juga nama warna kerana ia tidak membantu. Emerald Green atau Royal Blue yang digunakan oleh penjual online mungkin tidak sama dengan tona warna yang bermain di fikiran anda.

Pokoknya satu. Jika anda cerewet tentang warna, anda perlu ke butik dan lihat sendiri baju anda. Jika anda mahu membeli di talian, rendahkan harapan anda tentang warna.

Web

Jadual saiz sebegini wajib ada untuk semua laman fesyen untuk memudahkan anda

 

  1. Pentingkan Lilitan Bahu & Pinggang Baju Kurung Anda

Ramai yang membeli baju kurung online disebabkan suka melihat potongan baju dan warnanya. Ini perkara biasa. Selepas pattern, saiz adalah perkara kedua terpenting. Kesilapan kerap terjadi di sini. Sebabnya? saiz yang anda pilih itu saiz yang general — S atau 38 contohnya.

Untuk membeli kurung moden online, anda perlu ingat yang anda tidak ada fitting room untuk mencubanya. Dan disebabkan kurung moden mempunyai pelbagai potongan, tidak boleh bergantung kepada size yang sebegitu.

Anda wajib melihat betul-betul sizing chart bila membeli.

Kalau anda biasa memakai S, tidak semestinya saiz ini yg patut anda beli kerana setiap supplier mempunyai pattern dan sizing mereka yang tersendiri.

Pada sizing chart mereka, rujuk pada bahu dan pinggang terlebih dahulu dan lihat samada ianya memang cocok dengan ukuran anda. Selepas itu barulah anda lihat ukuran badan lain untuk menentukan saiz yg paling tepat.

Kalau ragu-ragu, tanya samada anda boleh menukar baju anda jika anda tersalah saiz. Jika jawapannya tidak boleh, ambil satu saiz lebih besar. Anda masih boleh mengecilkan baju anda jika terlebih besar, tapi tidak boleh buat apa2 jika ianya sendat.

  1. Ambil Tahu Kriteria Lain

Pattern sudah lulus. Dan warnanya pun anda sudah jatuh cinta. Tapi anda terus buat bayaran tanpa ambil tahu butiran terperinci baju dan polisi penghantaran.

Jaga-jaga. Ada kurung moden yang menggunakan konsep pre-order yang hanya akan sampai 5 minggu selepas payment anda. Ada juga ready stok yang boleh sampai dalam masa 3 hari. Sangat penting bertanya. Dan kalau baju kurung anda ini untuk majlis penting seperti hari raya, kami sarankan sebaik-baiknya beli baju kurung yang sudah ready stok.

Ada kurung yang nursing friendly, tapi merimaskan untuk yang tidak menyusukan bayi. Ada juga yang menggunakan kain chiffon cantik, tapi ia datang tanpa lining dan sangat menjolok mata bila dipakai.

Ambil tahu perincian sebegini. Jangan segan bertanya. Bukan apa, untuk kesenangan anda juga.

Jika semua dah lulus, ada 2 perkara terakhir yg perlu anda buat sebelum anda buat bayaran.

  1. Semak Review di FB Page

Ini kan zaman FB? Kalau bajunya bagus, kebanyakan orang akan diam. Akan tetapi kalau kualiti jahitan teruk dan barangnya lambat sampai, semua orang bakal tahu. Dan tempat pertama akan anda lihat komen negatif ? Tentulah di Fan Page Brand tu.

Jangan lupa menjenguk laman facebook jenama atau penjual kurung moden anda. Jumlah Likes yang tinggi itu mungkin penting, tetapi ia bukan indikator yang baik yang barangan anda bakal datang dengan sempurna.

Ada kes butik baju terkenal dengan ratusan ribu Likes dan telah bertapak lama, tapi gagal menghantar baju pre-order Raya untuk pelanggan mereka. Jadi Likes semata-mata bukan cara paling baik melihat kredibiliti.

Lihat review pembeli terdahulu okay?

Sedikit dari sebahagian besar rungutan klien di FB salah satu butik terkemuka di Malaysia

Sedikit dari sebahagian besar rungutan klien di FB salah satu butik terkemuka di Malaysia

  1. Pastikan Harga Sesuai Dengan Baju

Tips terakhir ini agak pelik, tapi sama penting seperti 4 tips di atas.

Kalau rekaan dan model yang memakai baju yang anda lihat itu, kelihata sama seperti baju di FashionValet tapi harga seperti harganya seperti harga kurung di pasar malam, ada masalah.

Ya, sayangnya di atas talian, terlalu ramai scammer online — dari yang menjual sebesar-besar produk seperti rumah, sehinggalah ke baju.

Jika baju anda datang dengan lace serta manik, amat sukar mendapatnya di bawah RM 150, melainkan kualitinya rendah. Bukan apa, kos manik dan kos menjahit butiran itu sahaja boleh mencecah 30 – 70 ringgit. Ini belum dicampur kos kain dan lain-lain lagi.

Jika harganya murah, barangnya mungkin tiada kualiti. Atau lebih buruk lagi, barangnya tidak sampai langsung kerana ianya diiklankan oleh si penipu siber.

Apapun, yang penting anda jangan tamak. Buat kajian anda, dan insyaallah pembelian kurung moden pertama anda akan berjalan lancar.

Tips ini dibawakan oleh LovelySuri – pakar kurung moden terkini anda.

 

Comments

1 comment… add one
  • Biasanya kalau saya beli online, saya akan beli di Zalora je. For sure professional service.

Leave a Comment




Next post:

Previous post: