≡ Menu

6 Tindakan Bahaya Selepas Makan

imagesAssalammualaikum

Berikut merupakan penerangan ringkas yang dikongsikan mengenai amalan pemakanan yang tidak sihat. Maklumat ini diambil daripada satu laman kesihatan di Facebook. Bukan semua kita mahu menjaga pemakanan kita. Tapi apa salahnya, jika kita mengambil tahu maklumat seperti ini kerana ia dapat membantu anda mengelak daripada mudah menghidap penyakit.

6 tindakan tersebut adalah:

  • Jangan Merokok – Pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah sama seperti merokok 10 batang rokok. Oleh itu, kemungkinan menghadapi kanser adalah lebih tinggi.
  • Tidak Makan Buah-buahan Serta Merta – Bukan bermakna tidak boleh makan buah tetapi adalah lebih baik jika mengambil buah-buahan dalam jarak masa 1 – 2 jam selepas makan. Hal ini untuk mengelakkan perut akan mengembung dengan mudah.
  • Jangan Minum Teh – Teh mengandungi asid yang tinggi. Bahan ini akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan akan menjadi keras dan sukar untuk dihadam.
  • Jangan Mandi – Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan alirah darah ke tangan, kaki dan badan. Ia akan menyebabkan proses penghadaman menjadi lemah.
  • Jangan berjalan selepas makan – Orang selalu berkata Bahawa selepas makan berjalan seratus langkah dan anda akan hidup hingga 99 tahun. Sebenarnya ini tidak benar, Berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi dari pengambilan makanan kita .
  • Jangan tidur dengan segera – Pengambilan makanan kita tidak akan dapat mencerna dengan betul. Ia akan membawa kepada gastrik & jangkitan di dalam usus kita.

Moga-moga bermanfaat…

Comments

4 comments… add one
  • Sangat bermanfaat, Kita sering salah dengan apa yang selam ini kita yakini.

  • Hasnul Mutawif

    Makan buah elok ikut sunnah. Sebelum makan nasi dan berat berat kita dahulukan dengan buah.

    Ikut kajian sains, amalan seperti ini akan tingkatkan metabolisme badan untuk bakar makanan jadi tenaga.

  • Info yang tak dak asas, tak dak bukti kukuh. Tiada rujukan dan hanya andaian sendiri.

Leave a Comment




Next post:

Previous post: