≡ Menu

Air Mata Menurut Pandangan Ulama

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

air mataAir mata hukumnya suci.

Air mata yang mengalir dari manusia adalah suci ini kerana manusia itu sendiri adalah suci.

 Imam Nawawi  berkata : “Apabila telah sabit (tetap) kesucian anak adam baik muslim mahupun kafir, maka peluh, air liur dan air matanya adalah suci sekalipun ianya berhadas, berjunub, datang haid dan sebagainya. Ini telah menjadi ijmak (kesepakatan) para ulama’. (syarah sahih muslim:4/66)

 Al-Aini berkata : “Orang mukmin itu tidak najis mereka adalah suci samada  berjunub, berhadas ataupun telah menjadi mayat begitu juga peluh, air liur dan air mata“. (u’mdah al-qari:3/339,340)

Muhammad bin al-Hasan (mazhab hanafi) pernah ditanya mengenai kahak dan air mata apabila termasuk ke dalam makanan atau minuman adakah kedua2nya (makanana dan minuman itu) boleh dimakan dan diminum? Beliau menjawab : Ya, selama mana tidak berubah dan menjadi kotor secara tabie. (al-bahrul ar-raaeq:7/210)

Ibnu Qudamah berkata : “Sesuatu yang keluar daripada  manusia ada tiga jenis (pertamanya) peluh, air mata, hingus dan kahaknya maka kesemua itu adalah suci berdasarkan hadith ini : sesungguhnya nabi saw telah melihat kahak yang berada di kiblat masjid, lalu nabi mengadap kepada orang ramai dan bersabda :

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

“Bagaimana pendapat kamu jika seseorang sedang solat menghadap Tuhannya lalu ia meludah kehadapan, adakah kamu suka jika kamu sedang mengadap seseorang tiba2 orang itu meludah muka kamu? Kerana itu jika kamu meludah ketika solat hendaklah meludah di kirinya ataupun di bawah kakinya jika itu tidak mungkin ludahlah ke sapu tanganmu”.

(HR Abu Hurairah)

*kalau ianya najis pasti nabi saw menegah meludah ke sapu tangan dan di bawah kakinya ketika bersolat dan tidak ada beza samada kahak yang keluar dari kepala ataupun dari dada.

Tangisan Nabi saw.

Ibnu Qayyim berkata : “Adapun tangisan Nabi termasuk dalam sifat ketawanya, baginda tidaklah menangis teresak2 dan tidak pula dengan mengangkat suara sebagaimana sifat baginda yg tidak pernah ketawa terbahak2, akan tetapi baginda menangis dalam keadaan bergenang air mata sehingga mengalir dan dapat pula didengar bunyi menggelegak dalam dada baginda… (zadul ma’ad:1/175)

Menangis ketika membaca Al-Quran.

Ibnu Hajar telah menukilkan perkataan Imam An-Nawawi degan berkata : “Menangis ketika membaca Al-Quran adalah sifat orang2 a’rifin (org2 yg mengenal Allah) dan syiar orang2 soleh berdasarkan firman Allah : “Apabila dibacakan kepada mereka ayat2 (Allah) Ar Rahman, mereka segera sujud serta menangis” (maryam:58)

Dalam ayat yang lain : “Dan mereka menyungkurkan wajah sambil menangis dan mereka bertambah khusyu” (isra:109).

*semoga kita senantiasa diberi petunjuk dalam menelusuri hidup ini…moga bermanfaat.

– Rujukan : Sawail jismi insan oleh dr. Muhammad Syafie Miftah, Mu’jam alfaz quran, tafsir pimpinan Ar rahman, kamus miftah..

– kyo kusanagi

0 comments… add one

Leave a Comment