≡ Menu

Antara iPhone 5 Dan Galaxy S4 Yang Mana Menarik

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

iPhone 5

Apple telah melancarkan koleksi iphone terkini yang berasaskan platform mereka iaitu iOS bagi bersaing dengan telefon pintar lain yang kebanyakannya menggunakan sistem perisian OS Android yang semakin mendapat hati di kalangan pengguna.

Apple iPhone 5 setakat ini merupakan antara telefon pintar yang terbaik di pasaran di mana ia mempunyai banyak kelebihan berbanding pengeluar lain. Bagi pengguna iPhone 4 ataupun 4s pasti sudah agak biasa dengan design iPhone 5 yang masih mengekalkan ciri dan konsep yang sama seperti keluaran sebelumnya.

Begitu juga Samsung Galaxy s4 Android pintar ini mempunyai kelebihan tersendiri berbanding pesaing-pesaing  yang lain dari segi perisian juga rekabentuk. Jika dilihat pada rekabentuk Samsung Galaxy S4, ia lebih mempunyai saiz yang besar berbanding  iPhone 5. Paparannya skrin pula adalah  HD Super AMOLED untuk mempamerkan imej pada tahap terbaik. Skrin besar 5-inci 441ppi (piksel per inci) bagi kualiti paparan yang menakjubkan

iPHONE 5  :

 Ketahanan rangka iphone

Apple telah mempertingkatkan kualiti bahan bagi iphone 5 ini dan mengaplikasikan teknologi terkini bagi memastikan iphone 5 ini jauh lebih tahan lasak terhadap hentakan dan gegaran. Banyak ujian yang dilakukan mengesahkan iphone 5 lebih tahan lasak dan tidak mudah rosak/pecah berbanding telefon pintar jenama lain.

Skrin yang lebih besar dan terang

Skrin 4-inci baru membolehkan anda melihat banyak maklumat pada sekali gus. Dan paparan kini 18% lebih cerah daripada paparan pada iPhone 4S.

Design yang lebih menarik

iPhone 5 memberi rasa elegan dan menarik apabila dibawa ke mana-mana. Skrin layar yang dipertingkatkan kepada 4 inci dan ianya jauh lebih ringan daripada keluaran terdahulu. Iphone terbaru ini kelihatan lebih nipis, curve yang menarik dan yang paling penting ia telefon pintar paling seksi di pasaran.

Pemproses (processor)

Anatara kelebihan iphone 5 ialah ia menggunakan pemproses berkuasa tinggi iaitu Dual Core A6 yang mempunyai kuasa 2 kali ganda lebih pantas dari pemproses iphone 4s.

Kelajuan Rangkaian Lebih Hebat

IPhone 5 telah terbina dalam teknologi wayarles LTE yang menghubungkan kepada rangkaian lebih cepat. Apatah lagi pengumuman SKMM yang mengatakan lesen LTE sudah diumumkan (akan disiarkan dalam artikel berikutnya). Ini menjadikan muat turun e-mel dan melayari laman web supaya lebih cepat. Kebanyakan muka surat dan e-mel boleh diakses hampir serta-merta. Saya mendapati iPhone 5 (yang sudah diuji) mempunyai ciri ‘Simpan’ untuk membolehkan kita membaca muka surat pada mod offline.

Peningkatan Audio Terutama Pembesar Suara

iPhone 5 mempunyai tiga mikrofon di bawahnya dan teknologi menyahbunyikan latar belakang yang bising ketika kita bercakap. Saya sudah perasan peningkatan kualiti dalam panggilan ketika meletakkannya dalam mod ‘loudspeaker’. Dan jika anda merancang untuk memilih menggunakan fon telinga anda, maka saya mempunyai berita baik. Apple juga memasukkan fon telinga yang baru direka. Fon telinga tersebut lebih selesa berbanding sebelum ini dan muat di telinga anda secara lebih semula jadi. Iajuga datang dengan kasing plastik.

Kamera

Kelebihan iphone 5 iniyang keempat ialah menyediakan kamera yang jauh lebih canggih di mana kamera utama di bahagian belakang berkemampuan 8 megapixel dan dilengkapi dengan mode panorama dan berkemampuan megambil gambar 40% lebih pantas berbanding iphone 4/4s.

FaceTime Tanpa WiFi Saja

Anda kini boleh menggunakan FaceTime melalui sambungan selular dan tidak hanya bergantung kepada WiFi semata-mata. Ini bermakna bahawa anda tidak lagi perlu mencari hotspot WiFi sebelum anda boleh memanggil seseorang melalui FaceTime.

Peningkatan Aplikasi E-mel

Aplikasi e-mel telah bertambah baik dalam beberapa cara untuk membuatkan anda lebih cekap. Sebagai contoh, kini terdapat folder e-mel VIP di mana anda boleh melihat semua mesej anda yang paling penting dalam satu senarai tunggal. Ini membolehkan anda untuk membalas e-mel yang paling penting dulu sebelum anda melalui e-mel keutamaan yang lebih rendah.

Pilihan Ciri Panggilan

Anda kini mempunyai lebih banyak kawalan ke atas bagaimana untuk mengendalikan panggilan masuk. Anda boleh menolak panggilan tetapi menghantar mesej teks yang telah ditetapkan kepada orang itu, atau anda boleh menambah satu peringatan untuk memanggil mereka semula kemudian.

Integrasi Facebook dan Twitter Lebih Mendalam

Anda boleh mengakses Facebook dan Twitter dari pelbagai aplikasi lain pada iPhone 5 anda dan kemaskini status catatan dengan hanya beberapa klik.

Aplikasi Passbook

Aplikasi Passbook membolehkan anda untuk menyimpan pelbagai tiket pelbagai di satu tempat. Anda boleh menyimpan pas, tiket filem, dan banyak lagi jenis tiket di dalam app Passbook anda dan mendapatkannya semula kemudian. Kod bar untuk tiket ini boleh diimbas. Malah, Passbook juga dicipta berdasarkan masa dan lokasi juga. Bermakna tiket kapal terbang anda akan muncul di skrin serta merta sekiranya anda baru menjejakkan kaki lapangan terbang.

Peningkatan Siri (Pembantu Maya anda)

Siri kini memahami lebih banyak soalan berbanding sebelum ini. Dia boleh membantu anda dengan mencari restoran yang baik, menghantar e-mel kepada seseorang, menambah peringatan kalendar, dan banyak lagi. Semoga Siri bertambah baik dan memahami sesuatu perkara mengenai negara ini.

Ketahanan Bateri

Kemampuan bateri iphone 5 ini telah dipertingkatkan di mana ia mempunyai kemampuan sehingga 225 jam dalam mode standby berbanding iphone 4s yang hanya mampu bertahan 200 jam sahaja dan ia dapat bertahan 8 jam sekiranya anda ada menggunakan telefon ataupun internet.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

4G LTE

Iphone 5 menyediakan sokongan platorm 4G LTE d mana ia menyediakan prkihdmatan internet yang jauh lebih laju.

iPhone5 Dan galaxyS4

Samsung Galaxy S4

Samsung kini sedang menjarakkan dirinya ke hadapan dengan ciri-ciri yang menambahkan lagi nilai Jelly Bean itu sendiri. Bermula dari fungsi pengiktirafan muka untuk kawalan bebas sentuh dan fungsi penyesuaian bunyi dan paparan, dan ciri-ciri seperti megapiksel kamera yang lebih tinggi.

Samsung GALAXY S4 dibangunkan untuk mentakrifkan semula cara hidup pengguna dengan kepuasan yang maksimum. Reka bentuknya sangat nipis, saiz skrin dan bateri yang lebih besar, bezel yang nipis, dengan berat hanya 130g dan berketebalan 7.9mm. Dua pilihan warna disediakan iaitu hitam dan putih dengan pelbagai pilihan warna tambahan bakal disediakan akhir tahun ini.

GALAXY S4 menggunakan paparan HD Super AMOLED untuk mempamerkan imej pada tahap terbaik. Skrin besar 5-inci 441ppi (piksel per inci) bagi kualiti paparan yang menakjubkan. Samsung GALAXY S4 juga menggunakan Gorilla ® Glass 3 Corning baru, menjadikan ia lebih tahan lama.

Dilengkapi dengan kamera belakang 13 megapiksel, GALAXY S4 juga mempunyai fungsi ‘Kamera Dual‘ yang membolehkan penggunaan serentak kedua-dua kamera depan dan belakang. Pada masa yang sama, fungsi ‘Panggilan Video Dual’ membolehkan pengguna untuk membuat dan menerima panggilan video dengan rakan-rakan dan keluarga sambil menunjukkan apa yang mereka cari pada semasa panggilan menggunakan dua kamera sekaligus.

Fungsi kamera juga dilengkapi dengan 12 mod termasuk “Drama Shot“, yang membolehkan pengguna untuk menggabungkan semua pergerakan seseorang dalam satu gambar, dan fungsi “Sound & Shot” yang unik menyimpan bunyi dan suara bersama gambar yang diambil.

Detik-detik bermakna pengguna juga boleh disimpan secara automatik dalam foto album dengan menggunakan fungsi “Story Album“. Gambar yang diambil dikumpul secara automatik dan disusun mengikut masa, maklumat geo-tagging, atau peristiwa tertentu untuk mewujudkan foto album. Album ini juga boleh dipesan dan dihantar sebagai album foto offline atau hardcopy melalui kerjasama Samsung dan Blurb.

Dengan fungsi “Group Play“, pengguna boleh menikmati muzik, gambar, dokumen dan permainan dengan pengguna di sekeliling mereka tanpa memerlukan AP Wi-Fi atau rangkaian mudah alih. Fungsi “Share Music” membolehkan pengguna memainkan lagu yang sama pada telefon-telefon lain serentak untuk mewujudkan suasana parti yang terbaik.

S Translator” menyediakan terjemahan segera, menggunakan teks atau terjemahan suara pada aplikasi termasuk emel, teks mesej dan ChatON. Terjemahan ini disediakan dari ucapan teks kepada teks dan juga sebaliknya untuk memberi pengguna maklumat yang betul sekiranya sedang berada di luar negara.

GALAXY S4 turut menyokong HSPA+42 Mbps dan 4G LTE yang boleh didapati perkhidmatannya di seluruh dunia. Versi LTE menyokong sehingga 6 set band yang berbeza yang membolehkan ia berfungsi di banyak kawasan liputan LTE serta membolehkan penggunaan LTE global. TDD / FDD LTE versi Mod Dual akan diperkenalkan kemudian.

Samsung Smart Pause” membolehkan pengguna mengawal skrin dengan pandangan pengguna. Video akan “pause” apabila pengguna melihat ke arah lain dan akan menyambung balik video apabila pengguna melihat semula ke arah telefon. “Samsung Smart Scroll” membolehkan pengguna menatal (scrolling) pelayar atau emel naik dan turun tanpa menyentuh skrin. Ia mengesan muka pengguna yang melihat skrin dan juga pergerakan pergelangan tangan pengguna.

Air View” membolehkan pengguna melihat pratonton kandungan emel, S Planner, galeri imej atau video tanpa perlu membukanya. “Air Gesture” membolehkan pengguna menukar trek muzik, menatal ke atas dan bawah laman web, atau menerima panggilan dengan mengguna isyarat tangan.

S Voice™ Drive” mengaktifkan arahan melalui kawalan suara untuk pemanduan kenderaan. Apabila telefon disambungkan kepada Bluetooth kereta, telefon secara automatik bertukar kepada mod pemanduan yang menukar teks kepada pertuturan.

Samsung Optical Reader” secara automatik mengesan teks, kad perniagaan atau maklumat kod QR, dan menyediakan fungsi berguna seperti terjemahan, panggilan, mesej dan carian.

Samsung WatchON” menjadikan telefon ini sebagai alat kawalan jauh untuk mengawal TV, kotak set-top, pemain DVD dan penyaman udara.

GALAXY S4 memudahkan pengguna menjaga kesihatan dengan menggunakan perisian “S Health“. Gabungan sensor dalam peranti secara sistematik dan automatik memantau kesihatan, persekitaran pengguna dan banyak lagi untuk membantu meningkatkan kualiti kehidupan pengguna. Pengguna juga boleh memeriksa keadaan kesihatan mereka menggunakan diari makanan, diari senaman dan pemantau tidur untuk kekal cergas dan sihat.

Samsung Adapt Display” menyediakan satu pengalaman tontonan yang optimum, disesuaikan untuk setiap jenis keadaan persekitaran termasuklah kadar kecerahan sesuatu tempat, dan “Samsung Adapt Sound” menawarkan tahap bunyi yang optimum dan jenis bunyi, disesuaikan untuk setiap pengguna.

Samsung S4

Galaxy S4  paparan 5-inci Super AMOLED dengan resolusi 1080p HD, pemproses Exynos 5 OCTA lapan teras bagi versi antarabangsa dan chipset Snapdragon empat teras bagi versi AS, kamera belakang 13-megapiksel, memori dalaman sehingga 64GB, RAM 2GB, sokongan mikroSDXC dan Android Jelly Bean 4.2, versi terbaru dari Google

2 comments… add one
  • WRizuan 24/03/2013, 7:11 am

    aku yg skrg ni pakai S3 pun dah rasa best sgt2..inikan S4 lagi la kan huh,,,

  • icham 09/05/2013, 10:14 am

    susah mau kata la. sebelum ni pakai s3 pastu try pakai iphone5 .. s3 memang best dan power aku puas hati manakala iphone5 kurang power kalau tak jailbreak tapi keseronokan apabila mengendalikannya tidak sama dengan s3. Kalau ikutkan hati aku nak pakai dua2 sekali s4 dan ihone 5 . Ada sapa2 yang mau sponsor?

Leave a Comment