≡ Menu

Bahaya Islam Liberal Pembawaan dan Infeksi

Bahaya Islam Liberal Pembawaan dan Infeksi

PENDAHULUAN

SEORANG penyair Arab pernah berkata: Bilakah bayang-bayang akan betul, kalau tiang tempat bayang-bayang itu muncul sendiri tidak betul?

Pembawaan dan infeksi, dua diksi yang berlainan makna namun mempunyai kaitan yang selari dalam menceritakan sesuatu tajuk atau topik. Pembawaan lebih kepada memerihalkan gaya, minhaj, metode, atau barang yang dibawa dan dibuat dalam
melaksanakan sesuatu projek. infeksi pula membayangkan keadaan terkesan dan dijangkiti penyakit.

Dalam erti kata yang lain, artikel ini akan cuba mengupas persoalan apakah yang dibawa dalam pemikiran Islam Liberal dan kesan buruk akibat daripada pemikiran tersebut. Sebagaimana syair Arab di atas, penulis cuba mendatangkan satu analogi ringkas bagi menggambarkan Islam Liberal itu kepada khalayak. Dua konklusi berbentuk kemungkinan dapat diekstrak daripadanya:

Pertama, jika tiang itu diumpamakan sebagai  Islam, maka sudah pastilah bayang-bayang yang lahir daripadanya akan berupa sama sepertinya. Hatta dalam apa jua nama, apa jua zaman. Di mana jua. Liberalkah ia, Pluralkah ia, Romantiskah ia, Hadharikah ia dan bermacam lagi. Semuanya adalah berasal dari tubuh tiang yang satu. Lebih dari itu, pasti tidak masuk akal jika dikatakan tiang  itu yang mesti menyerupai bayang-bayang. Kerana bayang-bayang hanyalah satu juzuk daripada tiang.

Kedua, jika tiang itu diumpamakan sebagai  Islam Liberal, maka jawapan yang dicari  telah pun ada dalam syair di atas. Bagaimana mungkin ketam mampu mengajar anaknya berjalan dengan betul? Sedangkan binatang tersebut sendiri tidak berjalan dengan betul. Begitu juga dengan Islam  Liberal, sekalipun bayang-bayang yang terbentuk adalah serupa dengannya namun, ia sendiri tidak betul, sudah barang tentu Islam Liberal yang dicanangkan tidak menjadi betul. Untuk meneroka kepincangan yang terdapat di dalam Islam Liberal, ayuh kita mara ke bahagian seterusnya.

GAGASAN

Dalam bahagian ini anda akan menyaksikan isi Islam Liberal yang merangkumi landasan pentafsiran, misi, agenda, dan minhaj dalam usaha merealisasikan ke’liberal’an perjuangan mereka. Mereka juga mempunyai minhaj tersendiri dalam menilai sumber  pengambilan hukum dalam Islam yang sedia ada. Semua ini dihimpunkan bersama membentuk sebuah kerangka gagasan perjuangan. Gagasan Islam Liberal.

Berdasarkan maklumat dan bacaan yang diikuti, penulis ingin membahagikan aspek gagasan ini kepada dua sub topik utama; Agenda Islam Liberal dan minhajnya terhadap sumber pengambilan hukum.

PERTAMA: AGENDA ISLAM LIBERAL

Terdapat lima agenda utama yang menjadi asas perjuangan mereka. Apabila anda menjumpai salah satu daripadanya, berwaspadalahl Anda mungkin berada di salah  satu taboo(kawasan) Islam Liberal.

AGENDA 1: KEBEBASAN BEREKSPRESI

Sebagaimana dimaklumi ekspresi adalah juga pendapat dan pandangan. Juga dinamakan dengan idea serta buah fikiran. Kebebasan yang dimaksudkan di sini adalah kebebasan mutlak. Bebas untuk berfikir tentang apa sahaja tanpa ada garis panduan dan had batasan. Di dalamnya terdapat lima pula akar tunjang yang merajainya:

Bebas beragama: Urusan beragama dan tidak adalah hak perseorangan yang harus dihargai dan dilindungi. Islam Liberal tidak membenarkan penganiayaan atas dasarpendapat dan kepercayaan. Djohan Efendi, salah seorang pendokong Islam Liberal Indonesia berkata: “Beragama adalah pilihan sukarela seseorang yang tidak bisa dipaksa-paksa. Siapa saja bebas untuk menentukan agamanya, apakah ia akan memilih Islam, Kristian, Hindu, Budha atau agama lainnya. Bahkan orang juga bebas memilih untuk tidak beragama. Sebab, selama beragama adalah soal kayakinan individual, maka ia tak bisa dipaksakan. Jika dipaksa, Keberagamaan yang muncul jadi tidak tulus. “

(Olahan hasil SWOT JIL di Ancol, Jakana, Ogos 2003)

Implikasi : Murtad berleluasa Semua orang boleh menukar agama sewenang-wenangnya

Hujah balas: Agama Islam sememangnya mengamalkan prinsip kebebasan beragama. Setiap orang bebas untuk memilih agamanya. Namun, itu sebelum menganut agama Islam. Apabila telah memeluk Islam, kehormatan Islam akan terusik jika sewenangnya dipeluk dan dilepas begiiu sahaja.

Bebas berkarya: Setiap orang bebas menghasilkan apa jua karya seni. Ini kerana bagi mereka, seni tidak boleh di halal-haramkan.

Abdul hadi WM, salah seorang pendokong Islam Liberal Indonesia berkata:

“Yang ada dalam seni adalah indah atau buruk, bukan halal atau haram.”

Implikasi: Hukum hakam aurat akan dihadkan. Patung dan ukiran yang melanggar batas syariat akan berleluasa.

Sebagai contoh:

“Dua orang mahasiswa di Bandung mengabadikan perzinaan mereka di dalam VCD atas nama kebebasan seni.”

Hujah balas: Agama Islam sememangnya mengamalkan prinsip kebebasan berkarya. Malah menggalakkan penjagaan kecantikan dan penciptaan karya yang indah. Buatlah karya apa pun asalkan tidak melanggar hukum syariat dan bermanfaat kepada umat manusia.

Bebas mengkritik keautentikan (keaslian) Al-Quran: Penulisan Al-Quran yang ada pada hari ini penuh dengan pembohongan, mitos, dan fiksi.

Taufik Adnan, salah seorang pendokong Islam Liberal Indonesia berkata:

“Huraian yang diterangkan sejauh ini memperlihatkan eksisnya (wujudnya) suatu jaringan fiksionaI(fiksyen) yang telah  ditenun sepanjang sejarah Al-Quran.”

Implikasi: Kebenaran Al-Quran diragui

Hujah balas :

Keaslian Al-Quran terjaga melalui kaedah  musyafahah:

Dari mulut seorang guru yang mursyid kepada anak murid yang ikhlas dan terpilih. Pemahaman dan hafalan mereka terhadap Al-Quran adalah asas utama penjagaan keaslian al-Quran. Begitulah yang diamalkan sejak dari mula al-Quran diturunkan.

Nabi Muhammad s.a.w talaqi (belajar) al-Quran daripada Jibril. Kemudian bagindamembacakan ayat al-Quran tadi kepada penulis wahyu sebelum kepada umat yan lain. Penulis wahyu Rasulullah s.a.w mengajar  al-Quran kepada umat manusia. Pembelajaran al-Quran diteruskan hingga ke hari ini oleh para guru yang hafiz dan mursyid kepada
masyarakat Islam seluruhnya. (Dr. Abd. Azim Al-Mutieni, Dekan kuliah Bahasa Arab, Univ. Azhar yang iaiu, kitab Haqaiq al-Islam fi Muajahati Shubuhati al-Musyakkikin, Majlis al-‘Ala Kaherah 2002.

Manakala penulisan al-Quran yang berlaku pada zaman Rasulullah saw, zaman Sayidina Abu bakar r.a, dan Sayidina Usman r.a juga merupakan kaedah penjagaan al-Quran yang berautoriti. lni dapat dilihat melalui protokol dan minhaj yang diguna pakai dalam proses tersebut yang begitu ketat dan menggabungkan cabang ilmu yang pelbagai. (Rujuk kitab Tarikh Mushaf Al-Quran, Takhassus tiga Qiraat, Maahad Qiraat  Azhar, Syeikh Ab. Fatah qadhi, bekas PengetuaMaahad Qiraat Azhar, 2004.)

Bebas mentafsir AI-Quran dengan akal sendiri: Bebas mentafsir Al-Quran dengan menggunakan akal semata-mata tanpa perlu merujuk para ulama muktabar yang ada.

Implikasi: Berlaku salah tafsir dan salah faham terhadap al-Quran. Termasuklah menghasilkan makna yang bertentangan dengan teks asal Al-Quran. Malah, Iebih jauh dari itu, para pendokong fahaman ini cuba mentafsir al-Quran semula tanpa bantuan dan rujukan kepada ulama yang muktabar.  Walhasilnya, lahirlah tafsir humanis, tafsir semiotika (ilmu tentang fenomena tanda), The True Furqan, dan lain-lain yang bertentangan dengan ajaran dan pengenian Islam yang sebenar.

Hujah balas: Al-Quran adalah wahyu yang datang daripada Allah Taala. Ia adalah kalam tuhan yang maha agung. lsinya adalah kisah generasi terdahulu, petunjuk umat hari ini dan gambaran kehidupan akan datang. Nabi telah menetapkan bahawa untuk mentafsirkan Al-Quran, tidak boleh dengan hanya menggunakan akal pendapat semat-mata.

Para Ulama menjelaskan Untuk mentafsirkan  al-Quran itu menghendaki seseorang pentafsir itu memiliki pengetahuan agama yang mencukupi. Sebagai panduan beberapa cabang ilmu mesti’dikuasai terlebih dahulu sebelum mentafsir. Ilmu-ilmu tersebut seperti: ilmu ‘alat‘(Nahu, soraf, balaghah,  dan sebagainya yang berkait dengan bahasa Arab). Selain itu, ilmu-ilmu yang terdapat  dalam istilah ‘Ulum Al-Quran’ (Al-Qiraat,  nasikh mansukh, asbabun nuzui, susunan penurunan al-Quran dan sebagainya), ilmu hadis dan banyak lagi.

Di samping itu ilmu-ilmu semasa dan pengetahuan am juga mestilah dikuasai  seiring sejalan ilmu asas tadi. Justeru  merujuk kepada para ulama muktabar bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Masalah yang berlaku adalah hasil daripada keangkuhan dan kedegilan pendokong IL untuk mendalami ilmu daripada para ulama dan intelektual Islam. Masakan tidak begitu, kesilapan yang paling jelas dilakukan mereka ialah merasa rendah diri dan kerdil apabila berhadapan dengan ilmuwan Barat.

Bebas berfikir dan berijtihad: Kebebasan berfikir yang dimaksudkan ialah bebas untuk berfikir tentang apa sahaja tanpa ada garis panduan dan had batasan. Apa sahaja hatta melabelkan sesama umat Islam sebagai tradisional, konservatif, fundamental dan sebagainya. Malahan umat Islam yang dilihat berpegang teguh dengan ajaran Islam dinegatifkan dan yang sebaliknya disebut sebagai bagus. Sebagai contoh; Islam Legalistikl formalistik vs substantif/ normatif, Islam eksklusif vs inklusif, Islam liberal vs literal dan sebagainya.

Demikian juga dengan ijtihad. Sebenarnya  pintu ijtihad adalah terbuka kepada semua umat Islam yang mampu dan layak mendudukinya. Malangnya mereka melihat pintu Ijtihad sebagai tenutup dan ini  menjadi ancaman kepada lslam. Dengan  penutupan ini Islam akan mengalami  pembusukan. Selanjutnya, mereka mengertikan pembukaan pintu ijtihad sebagai pembukaan yang mutlak.

Implikasi: Golongan yang jahil agama (seperti golongan Islam Liberal) akan cuba campur tangan dalam urusan agama. Bahkan musuh Islam juga akan mengambil peluang ini  untuk mengelirukan umat Islam dengan idea-  idea logik yang melanggar balas dan prinsip syariat. Ini termasuklah mengganggu susunan dalil-dalil qat’i yang telah termaktub dengan jelas.

Hujah balas: Sememangnya Islam menganjurkan umatnya berfikir. Berfikir dan berfikir. Bertindak dan beramal seteiah belajar dan berfikir. Di dalam Al-Quran terdapat lebih daripada 43 tempat yang menyeru kepada berfikir ini. Fikir tentang alam  sekeliling, keindahan semesta, dan kebesaran Allah. Fikir tentang diri, pencipta, dan kemajuan. Fikir tentang masa lalu yang pincang agar tidak berulang pada  masa akan datang. Fikirkan apa sahaja selagi tidak bertentangan dengan  perundangan Islam dan memberi manfaat kepada umat manusia seluruhnya.

Ijtihad dalam Islam sememangnya terbuka, tidak pernah tertutup, namun hanya kepada mereka yang benar-benar Iayak dan memenuhi syarat yang telah digariskan oleh para ulama. Ijtihad dari segi bahasanya ialah kajian atau penyelidikan untuk mengetahui sesuatu deng-an sedalam-dalamny  (terutamanya ha! ugama). Manakala dari segi istilahnya pula; Aplikasi seorang yang faqih terhadap ilmunya untuk mengekstrak  hukum syariat dan dipraktikkan berdasarkan dalil-dalil yang terperinci.

AGENDA 2: MEMPERCAYAI KEBENARAN YANG RELATIF, TERBUKA, DAN PLURAL

Kebenaran sekalipun dalam beragama adalah sesuatu yang ; Relatif: (nisbi, tidak mutlak dan bersifat perbandingan). lni  kerana pentafsiran adalah kegiatan yang  dinisbahkan kepada manusia dalam konteks tertentu.

Terbuka: Kerana setiap tafsiran sama ada berkemungkinan benar ataupun salah.

Plural: Pentafsiran adalah cermin kebutuhan  (keperluan) seseorang pentafsir pada masa dan ruang yang terus berubah. Agenda ini juga menyatakan adalah menjadi kesalahan jika menyebut bahawa Islam adalah agama yang benar. Mereka mendakwah, lain juga benar dan penganut setiap agama akan masuk syurga.

AGENDA 3: MEMPERJUANGKAN GOLONGAN MINORITI YANG TERTINDAS

Sekalipun pihak Islam Liberal mengatakan mereka mendefinisikan minoriti di atas dengan makna yang lebih luas dan mencakupi aspek yang berbagai seperti minoriti agama, etnik, ras, gender (jantina), budaya, politik dan ekonomi.

Tumpuan yang mereka berikan tidak lebih daripada membangkitkan sensitiviti dua golongan berikut:

1)Wanita:

Emansipasi (pembebasan) wanita adalah slogan yang dilaung-laungkan dalam usaha melaksanakan agenda ini. Antara persoalan yang selalu menjadi sasaran mereka ialah; aurat, pembahagian pusaka, persamaanwanita dan lelaki, perkahwinan poligami, dan lain-Iain lmplikasi: Kaum wanita muslim jadi keliru tentang aurat. Malah menganggapberpakaian sedemikian mencerminkan kemunduran. Bandar ‘Tahrir’ bererti ‘pembebasan’ di Mesir mengambil nama sempena peristiwa perhimpunan kaum wanita muslim yang pro feminisme dan liberalisme secara beramai-ramai membuka kain yang menutup aurat rambut mereka. Dan sehingga kini, Mesir menerusi isteri Presidennya konsisten memperjuangkan dasar feminisme  ini.

Hujah balas: Wanita dan Ielaki bukanlah dua juzuk yang saling bertentangan dalam kehidupan manusia. Keduanya saling berbutuhan (memerlukan). Letakkan siapa sahaja di atas, pasti akan ada yang berada  di bawah. Hilang satu bererti hilanglah satu juzuk dari kehidupan. Namun, jika semuanya sama apalah erti dunia ini.

Justeru untuk menyelesaikannya, Islam meletakkan peranan yang jelas kepada kedua-dua pihak. Lelaki sebagai pelindung dan pembela wanita, dan wanita sebagai pembantu lelaki. Lantaran demikian, wajarlah apabilaIslam meletakkan 1 bahagian lelaki menyamai 2 bahagian wanita dalam pembahagian harta pusaka dan penyaksian jenayah. lni kerana apabila diistilahkan lelaki, ia sebenarnya merangkumi wanita yang ditanggung dan berada di bawah perlindungannya. Berlainan dengan kaum wanita, bahagian yang mereka terima adalah secara mutlak milik mereka.

Begitu juga dalam perkahwinan. Seorang suami wajib berlaku adil dalam memberi  nafkah material khususnya kepada isteri. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu mempunyai lebih dari seorang isteri.  Sebaliknya pula haram, seorang suami meminta wang daripada isteri. Islam sebenarnya menghargai dan memuliakan wanita dalam kehidupan.

2) Bukan Islam: Dalam sebuah masyarakat yang mempunyai komponen dari pelbagai agama, Islam Liberal melihat kehidupan masyarakat bukan Islam sebagai terkongkong apabila beberapa perkara tertentu disentuh. Contohnya, isu berhibur di kelab-kelab malam dan mengunjungi pusat-pusat  pelacuran. Perkara ini sebenarnya bukanlah  dilarang tanpa mengambil kira naluri  manusia yang inginkan hiburan.

Berhibur tidak salah, tapi jika caranya menyebabkan keruntuhan institusi  kekeluargaan dan nilai moral masyarakat maka Islam terlebih dahulu menyatakan tidak setuju. Apatah Iagi jika bersalahan dengan syariat. Dan inilah yang berlaku dalam kes Jeslina vs JAWI di The Zouk, Jalan Ampang bersama remaja-remaja muslim yang lain.

AGENDA 4: MEMISAHKAN AGAMA DARIPADA POLITIK

Idea ini di ceduk daripada barat secara bulat-bulat. Memisahkan agama daripada  politik atau juga dinamakan sekular adalah natijah dari rasa ingin bebas dari belenggu gereja yang begitu mengongkong perjalanan pemerintahan pada masa itu, zaman kegelapan Eropah. ltu jugalah yang difahami oleh pendokong IL. Oleh yang demikian mereka ingin politik dan pemerintahan tidak terletak di bawah kawalan kepercayaan kepada agama.

Perhatikan kenyataan berikut: “Kami yakin, kekuasaan agama dan politik harus dipisahKan. Kami menentang negara agama(teokrasi). Kami yakin, bentuk negara yang sihat bagi kehidupan agama dan politik, adalah negara yang memisahkan kedua perkara tersebut. Agama adalah sumber inspirasi yang dapat mempengaruhi kebijakan publik, tetapi agama tidak punya hak suci untuk menentukan segala bentuk kebijakan publik. Agama berada di ruang private, dan urusan publik harus diselenggarakan melalui proses konsensus(permuafakatan).” (Diambil dari olahan hasil SWOT JIL di Ancol, Jakarta, Ogos 2003)

Islam tidak pernah mengongkong kehidupan manusia. Baik pentadbiran kehidupan duniawi mahupun aspek kepercayaan manusia dan ritual. Islam datang sebagai panduan dan pembimbing menuju kehidupan yang lebih baik. Lebih membahagiakan. Islam datang mengajar manusia tatacara kehidupan dan bagaimana mengatur perjalanan hidup.

Islam datang menceritakan tujuan dan matlamat hidup agar mengenal pencipta. Islam adalah gaya hidup. Baik dari aspek ekonomi, ibadat, pendldikan, hiburan dan politik. Islam tidak pernah campur tangan soal politik manusiawi. Bahkan Islam memandu manusia berpolitik.

KEDUA: MINHAJ ISLAM LIBERAL TERHADAP SUMBER  PENGAMBILAN HUKUM

MINHAJ ISLAM LIBERAL TERHADAP AL-QURAN

Aliran IL membahagikan wahyu kepada dua kategori; wahyu bertulis dan tidak bertulis.

Yang dimaksudkan dengan wahyu bertulis ialah al-Quran dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis pula ialah akal manusia dan akallah yang sebenarnya menghidupkan teks al-Quran berdasarkan tujuan, konteks, dan suasana zaman. Sebagai contoh, hukuman memotong tangan pencuri sudah pun berubah kepada hukuman penjara sesuai dengan peredaran zaman; Kerana apa yang penting bagi mereka ialah ‘tujuan’,  iaitu menghukum pencuri.

Mereka juga membina metode pentakwilan baru di mana malaikat dan syaitan tidak wujud bagi mereka. Apa yang bertentangan dalam diri manusia. Begitu juga bertentangan dalam diri manusia. Begitu’juga syurga dan neraka tidak ada, yang ada hanyalah kesan psikologi kegembiraan dan kesedihan manusia serta banyak lagi.

MINHAJ ISLAM LIBERAL TERHADAP RASULULLAH S.A.W

Baginda hanyalah seorang manusia yang memiliki sifat nubuwah yang pada istilah mereka merupakan kelebihan dan kemampuan untuk memimpin manusia Iain. Siapa sahaja boleh memimpin dengan mengambil alih sifatnubuwah tersebut. Baginda juga, pada pandangan mereka hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari berbuat silap. Justeru mereka menyeru supaya pendokong  Islam Liberal mestilah be-rsikap kritis untuk menimbang kekurangan dan kelebihan baginda.

Tidak hairanlah jika kita dapati kebanyakan tokoh Islam Liberal tidak segan silu mengkritik Rasulullah s.a.w . Ada yang menuduh baginda bernafsu seks kuat danmemiliki ramai gundik.

Seterusnya mereka juga menganggap sunnah-sunnah baginda seperti menyimpan janggut, bersiwak, berserban dan lain-lain sebagai relevan untuk masyarakat Arab pada zaman  baginda sahaja. Amalan sunnah pada masa sekarang dilihat sebagai orang yang ketinggalan zaman dan memiliki minda yang tertutup. Manakala mukjizat Rasul pula diang’gap sebagai kisah-kisah yang diada-adakan dan diperbesar-besarkan.

MINHAJ ISLAM LIBERAL TERHADAP HADIS

Aliran ini membuat beberapa minhaj tersendiri terhadap hadis-hadis Rasullah s.a.w, sekalipun yang termuat dalam sahih Bukhari dan Muslim. Antaranya:

Hadis-hadis tersebut tidak berasal daripada Rasulullah s.a.w. la tidak lain tidak bukan hanya ciptaan orang-orang yang ingin menjaga dan memanfaatkan kepentingan diri mereka.

Hadis-hadis yang benar hanyalah yang mutawatir, manakala hadis yang bersifat samar-samar tidak menjadi tuntutan ke atas umat untuk berpegang kepadanya.

Hadis-hadis yang mutawatir sekalipun, kebenarannya hanya dalam konteks kehidupan masyarakat Arab pada zaman baginda sahaja.Ia tidak lagi relevan pada masa kini kecuali sebagai kajian sejarah peradaban pada zaman baginda.

Hadis-hadis tentang azab kubur, hari akhirat, nabi Isa, dajal dan fitnah akhir zaman serta segala yang berkaitan dengan  as-Sam’iat dikatakan sebagai rekaan para perawi hadis untuk memberi pengaruh kepada mereka.

Para imam hadis juga silap apabila tidak memberikan tumpuan kepada matan hadis.Mereka hanya menumpukan perhatian kepada perawi-perawi hadis semata.

MINHAJ ISLAM LIBERAL TERHADAP ILMU-ILMU SYARIAT ISLAM

Ilmu-ilmu tersebut seperti usul tafsir, usul fiqh, usul hadis, a!-jarh Wat-Ta’dif adalah sesuatu yang remeh dan buatan manusia biasa. Mereka lantas, tanpa mendalami ilmu-ilmu mereka membukanya kepada tafsiran semula. Konon atas alasan membuka dan membebaskan Islam.

Demikianlah, mereka meletakkan ulama di tempat yang tidak sepatutnya. Tidak dihormati. Pada mereka ulama hanyalah manusia biasa yang dibelenggu dengan tafsiran jumud akibat penyembahan mereka terhadap teks dan kaedah-kaedah usul yang mereka sendiri cipta.

MINHAJ ISLAM LIBERAL TERHADAP HUKUM HAKAM FIKAH

Dalam hal inl, aliran Islam Liberal membina kaedahnya yang tersendiri iaitu;  yang diambil adalah tujuan hukum dan bukan bentuk hukum. lni kerana mereka berpendapat tujuan hukum adalah menjaga kemaslahatan manusia. Justeru bentuk hukum boleh diubah-ubah asalkan dapat menjaga kemaslahatan manusia sesuai dengan zaman
yang mereka hidup.

Contoh-contoh perubahan yang cubadilakukan oleh Islam Liberal dalam bab fikah:

1.Pembahagian harta faraid boleh diubahsuai. Perempuan menerima bahagian yang sama seperti lelaki.

2. Hak suami menjatuhkan talak diangkat dan kes-kes perceraian hanya boleh diputuskan oleh hakim mahkamah.

3. Melarang poligami

4. Hak persaksian wanita dan lelaki dalam kes jenayah adalah sama.

5. Hukuman hudud boleh diubah bentuknya selaras dengan perubahan zaman.

6. Arak tidak haram selagi peminumnya tidak mabuk.

7. Batas aurat wanita perlu pentafsiran semula dan amalan memakai tudung hanyalah  peradaban dan tradisi masyarakat Arab zaman Rasulullah s.a.w. moral tidak boleh dikawal melalui undang-undang.

REALITI ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA

Kita mulakan perbincangan bab ini dengan satu isu yang berjaya menghangatkan dunia pada pertengahan tahun ini. Amina Wadud, seorang perempuan yang tidak begitu popular dalam dunia akademik tiba-tiba menjulang namanya di persada antarabangsa apabila menjadi khatib dan mengimamkan solat Jumaat di Amerika. Malah, lelaki dan wanita
yang menjadi makmum bercampur dalam saf yang sama. Begitu juga terdapat di kalangan makmum wanita yang tidak mamakai tudung.

Di Malaysia pula, kita dibangkitkan dengan isu penguatkuasaan undang-undang untuk mengawal moral individu. Pihak SIS dan pendokong Islam Liberal mendakwa danmempertahankan bahawa moral adalah hak individu. isu ini mula diperbincangkan  secara terbuka dalam media dan wacana ilmu selepas kes Jeslina Hashim yang ditangkap oleh penguat kuasa JAWI di The Zouk, Jalan Ampang bersama remaja-remaja yang lain. Sebelum daripada itu, pada tahun 1997, SIS pernah menghantar memorandum kepada kerajaan berkaitan moral sebagai hak individu seperti-mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan

ISLAM LIBERAL = ISLAM HADARI ATAU ISLAM HADARI VS ISLAM LIBERAL

Sengaja penulis meletakkan tajuk sebagaimana tertera di atas. Pastinya ia menarik perhatian para pembaca khasnya yang mengikuti perkembangan politik tanah air. Sebenarnya, bukanlah niat penulis untuk mencampuri urusan politik negara yang penuh kemelut dan ribut, sekadar membinoangkan konsep antara lslam Liberal (IL) lslam Hadhari (IH) dari sudut realiti.

Dalam seminar Bahaya lslam Liberal yang dianjurkan secara bersama DBP, Karangkraf, majalah i dan juga majalah Nur baru-baru ini, ucapan Dato’ Dr. Abdullah Mohd Zin, Menteri agama di Jabatan Perdana Menteri, yang dibacakan oleh wakilnya cukup lantang dan berani mengatakan bahawa faham Islam Liberal adalah fahaman yang sesat dantersimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Dato’ sebenarnya hanya mewakili satu kumpulan dari parti kerajaan terhadap isu Islam Liberal ini. Kumpulan ini bersikap kontra dengan Islam Liberal dan mereka mendukung konsep Islam Hadhari. Turut bersama Dato’ Abdullah ialah golongan agamawan cli dalam UMNO seperti; Dato’ Nakhaie, Dato’ Firdaus,  Dato’ Dr. Ismail Ibrahim, Dato’ Brigedier Jeneral Abdul Hamid Zainal Abidin, Dato’ Dr. Masyitah, para mufii, dan lain-lain ulama di JAKIM. Mereka pasti tidak reda sama sekali jika Islam Liberal dilabelkan kepada Islam Hadhari.

Walau bagaimanapun kekuatan kumpulan Dato’ Abdullah tidak cukup kuat, atau tidak diberi autoriti yang lebih berbanding kumpulan lawannya. Hal ini jelas jika kita melihat ranking kedudukan beliau sebagai menteri yang ke 32 @ terakhir dalam barisan kabinet perdana menteri. Lawannya yang terdiri daripada Menteri Wanita berada  lebih tinggi dari beliau. Dalam masa yang sama golongan muda dalam UMNO turut menjadi  sekutu dan pro Islam Liberal. Taring mereka jelas kelihatan.

Lebih memburukkan keadaan, realiti Malaysia hari ini yang dilanda ‘trend’ hiburan melampau-lampau semakin menguatkan asas Islam Liberal di tanah air. Lihat saja  kenyataan pimpinan negara yang membela  Jeslina Hashim, program Akademi Fantasia (AF), pemberian konclom dan jarum kepada penagih dadah secara percuma tanpa mengambil kira pendapat tokoh-tokoh agama dan orang ramai memberi ‘advantage’ percuma kepada pendokong Islam Liberal di Malaysia.

Itu belum ditambah dengan Injeksi Islam Liberal Iewat dunia penulisan yang membariskan penulis orientalis seperti Astora Jabat, Marina Mahathir, SIS, Farish  Noor, Karim Raslan, dan lain-lain. Mereka  ini merupakan jaguh Islam Liberai yang bertapak kukuh dalam akhbar-akhbar  Berbahasa Inggeris dan Melayu.

Sebagai penulis, saya hanya menghidangkan bahan bacaan secara natural. Tidak memihak kepada mana-mana pihak kecuali yang benar.  Namun untuk menentukan atau melabelkan pihak-pihak tertentu Iewat teori yang  dikemukakan bukan1ah perkara yang baik untuk diamalkan. Dan kalau dikirakan maklumat yang ingin saya sampaikan berkenaan isu ini sebenarnya masih banyak  lagi. Namun apa guna jika anda sebagai  pembaca hanya membaca, tanpa kesedaran untuk turut sama membantu merungkai masalah yang melanda dan membuat perubahan dalam  diri ke arah yang lebih baik?

Apa yang lebih penting setelah kita membaca coretan ini, selayaknya kita meneliti kedudukan kita. Ya, tengok diri kita,
adakah kita juga mengalami masalah yang sama? Adakah kita telah menyumbang sesuatu untuk membantu menyelesaikan masalah yang melanda? Atau masih beku, statik dan jumud dalam kelompok sendiri, melihat isu. dan melabel sebagaimana biasa atau tambah merumitkan keadaan? Insaflah sahabat. Perjuangan kita sudah kekeringan tenaga.Kewajipan itu lebih banyak daripada masa. Mudah-mudahan Allah merahmati seorang penyair Arab yang pernah menyatakan:

“Jika anda tidak tahu, itulah musibah Dan jika anda tahu, musibah itu sebenarnya adalah lebih besar. ”

AKHIRNYA, Islam Liberal atau apa sahaja yang datang melanda bukanlah sesuatu  yang lebih perkara yang baru . Ia adalah lumrah. Apa yang penting ialah kita, di mana kita?  Di mana Islam kita?

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment


Next post:

Previous post: