Thursday, July 31, 2014

You are here: Home > Pantun > Bekalan Dunia Akhirat

Bekalan Dunia Akhirat

by Cahaya Purnama

TUNTUTLAH-ILMI1

Seratus ribu kali sehari jantung berdegup,
Berapa kali pula hati berzikir;
Daripada bercakap kosong baiklah senyap,
Itu tandanya orang berfikir.

Hendak tidur tidurlah mata,
Moga esokkan dirahmati;
Ilmu dicurah bagaikan permata,
Moga di Sana terus diberkati.

Duhai saudara janganlah bimbang,
Kudoakan hidup matimu diredhai;
Dakwah dan tintamu menjadi lambang,
Itu tandanya ilmumu dirahmati.

Seratus ribu kali sehari jantung berdegup,
Setiap nafas adakah zikir untuk-Nya;
Itulah bekalan di masa hidup,
Dihitung di akhirat sebagai penyelamatnya.

Bersatu hati atas tali Allah,
Menyebarkan dakwah kerana cinta pada-Nya;
Melalui pena kita berdakwah,
Moga di akhirat menjadi bekalannya.

Syukur sungguh mendapat sahabat,
Sahabat akhirat menyatukan hati;
Matlamatnya sama untuk bekalan akhirat,
Bila berpena harus berhati-hati.

Hidup ini cuma sementara,
Bila tiada hilanglah semuanya;
Hanya tinggal semangat membara,
Tanda kasih pada yang hidup untuk selamanya.

Kasihku pada pembaca melebihi diriku,
Kalian adalah penyambung dunia akhiratku;
Apa kesalahan maafkan daku,
Sepotong doamu penyeri akhiratku.

Bicara tentang Allah tiada penghujungnya,
Seperti berada di Taman-Taman Syurga;
Tenangnya jiwa selamanya,
Tutur katamu bak penghuni Syurga.

Cinta pada Allah seutuhnya,
Wangian cinta mendapat redha-Nya;
Berkasih sayang hanya kerana-Nya
Seperti berada di Taman Syurga-Nya.

Wajah berseri mendapat hidayah,
Rasakan dunia tak ke mana;
Hati terpaut hanya kepada Allah,
Moga diredhai bila ke Sana.

Kutinggalkan ilmu bukan untuk dibanggai,
Hanya semata kerana Allah dicintai;
Biar pembaca mendoakan kunanti,
Sebar luaskanlah hasil penaku ini.

Sama-sama mencari cinta Allah,
Di alam maya kita disatukan;
Saling bertarbiyah kerana-Mu Ya Allah,
Balaslah cinta kami itulah yang diaminkan.

Berbaik sangka sesama sendiri,
Sahabat akhirat sahabat sejati;
Amalan riak memakan diri,
Saling ingat mengingati menuju mati.

Orang bijak ingat mati,
Semasa hidup muhasabah diri;
Di dalam kubur tidak sendiri,
Amal ibadat peneman diri.

Teman baik saling muhasabah diri,
Saling mengingati di hari mati;
Hatimu luhur hidup menerangi,
Moga amalan berkekalan hingga ke mati.

Karya: Ummu Sal

Incoming search :

pantun kehidupan,amalan melalui pantun,pantun tentang kematian,pantun orang riak,pantun kematian,Pantun ingat mati,pantun ingat allah,pantun hidup sendiri,pantun hidup kerana cinta,pantun hidup,pantun dunia akhirat,pantun dunia,cinta pada akhirat,bekalan dunia bekalan akhirat,bekalan dalam kubur,saling ingat mengingati

{ 1 comment… read it below or add one }

mierae kiroro July 25, 2011 at 3:05 am

salam..mohon share ye..salam ukhwah..(^_^)..

Reply

Leave a Comment

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
Mempunyai Masalah Rambut Gugur?

Previous post:

Next post: