≡ Menu

Layarai Blog AkakNona.com Dapatkan Tips Info Yang Menarik

AkakNonaAssalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya Nona, pemilik blog AkakNona.com. Terima kasih Cahaya Purnama kerana memberi peluang mempromosi blog saya di sini. Blog saya tidak famous, jauh sekali daripada blog-blog hebat lain di internet. Sewaktu diberi peluang menulis promosi untuk blog saya, terfikir juga, ingin menulis dalam kata ganti ketiga dan buat seolah-olah orang lain yang sedang mengulas blog saya. Namun saya memilih untuk tulis sejujurnya. Itu modus operandi dan iktikad sewaktu saya mulakan blog AkakNona.com, dan ingin saya teruskan walau dalam apa tugasan atau kerja yang diberi. Dapat tidur dengan hati yang lebih tenang, pendek cerita. Kadang kala dalam minda kita fikirkan, apa salahnya, tetapi hati naluri kita rasa tidak sedap hati pula. Dan kalbu adalah antara pemberian Allah s.w.t. paling suci, ya tak? Selemah-lemah iman adalah kalbu.

Okaylah, pasal blog AkakNona.com ini, sebenarnya belum ada niche tertentu. Itulah blogshop saya, catatan ulasan saya, juga catatan kembara dan aktiviti saya. Dahulu ada juga berfikir untuk mengasing-asingkan kepada beberapa blog, namun dengan keadaan (alasan semata…) saya belajar sepenuh masa, bekerja separuh masa, serta aktiviti-aktiviti persatuan, agak sukar dalam kemampuan saya untuk maintain blog yang banyak.

Modus operandi blog kali ini berbeza. Jika dahulu, saya terlalu fokus dalam patah perkataan, keywords, metatag, dan segala macam teknikal yang kini saya telah lupa. Kini saya fokus pada satu sahaja; menulis dan keseronokannya. Pendek atau panjang, senang atau sukar, blog ini mewakili diri saya, dari segi kata-kata dan persembahan. Ia tidak sempurna, jauh sekali, tetapi begitu juga saya.

AkakNona.com bermula pada September 2015,di mana saya berkongsi persoalan-persoalan yang saya lalui, baik sebagai Muslimah, seorang pelajar, seorang penjual, malah sebagai seorang blogger. Kebanyakan catatan saya dalam bahasa Inggeris, kerana dalam kalangan rakan-rakan saya yang juga pembaca adalah pelajar antarabangsa (tetapi saya boleh menterjemah kepada bahasa Melayu atas permintaan, itu sebahagian tugas saya dalam kerja sampingan, haha…).

Jadi…hm, apa lagi boleh saya ceritakan? Blog ini masih baru, dan bersama saya, ia juga akan berkembang dari semasa ke semasa. Terima kasih sekali lagi kepada Cahaya Purnama dan kepada anda kerana meluangkan masa membaca catatan saya ini, serta dijemput menjenguk blog saya yang tidak seberapa itu. Segala nasihat dan kritikan anda akan membantu saya dalam hidup. Terima kasih.

Comments

1 comment… add one
  • Syahransyah

    Salam Ukhuwah dari Indonesia.

Leave a Comment




Next post:

Previous post: