≡ Menu

Bukti Kekuasaan Allah Surah al-Layl ayat 1-4

tumblr_m2foo8uk1q1qe4vldo1_500

Surah al- Layl اللَّيْل bermakna malam. Surah ini  termasuk dalam golongan surah Makkiyyah dan diturunkan sesudah surah al-A‘la.
 
Ini merupakan pandangan jumhur ulama manakala  sebahagian yang lain seperti riwayat al-  Mahdawi dalam al-Muharrar al—Wajiz mengatakan  bahawa ayat 5-7 turun berikutan tindakan Abu al-Dahdah al-Ansari yang membeli pokok kurma  milik seorang munafik yang telah bertindak mencungkil buah-buah kurma yang dimakan oleh  beberapa orang anak sahabat yang miskin.  Tindakan yang tidak berperikemanusiaan ini menunjukkan sikap tamak yang melampaui batas  terhadap anak yang tidak bersalah. Nabi  s.a.w. memberitahu tuan pokok agar berlapang dada kerana akan mendapat gantinya di syurga.
 
Malangnya dia enggan, menyebabkan Abu al- Dahdah tampil membeli pokok kurma itu dengan  harga yang mahal untuk dihadiahkan kepada Allah s.w.t. dan Rasulnya s.a.w. Menurut Ibn  al-Jawzi dalam Zad al-Masir; sahabat yang  mulia ini telah menggantikan pokok kurma ini  dengan 40 batang pokok kurma yang lain untuk  si munafik itu. Ini disebabkan keyakinannya yang teguh terhadap janji Nabi bahawa dia  akan mendapatkan gantinya di syurga.
 
Peristiwa ini dinyatakan oleh kebanyakan mufasirin termasuk Ibn Jarir, Ibn Athiyyah dan al-Alusi dalam tafsir masing-masing daripada Ibn Abbas r.a.
 
Fadilat Surah al-Layl
 
Surah ini terdiri daripada 21 ayat, 71  kalimat dan 310 huruf. Surah ini merupakan  surah yang ke-9 dalam urutan penurunannya  diwahyukan selepas surah al-A‘Ia dan sebelum  surah al-Fajr.
 
Antara inti pati surah ini ialah huraian tentang kemuliaan Mukminin dan keutamaan  amalan yang mereka lakukan serta bimbingan  Allah s.w.t. untuk mereka ke arah kebaikan.  Sebaliknya ahli maksiat iaitu penderhaka  terhadap ketetapan Allah s.w.t., bagi mereka balasan yang setimpal di akhirat. Menurut  al-Biqa‘i dalam Nazm al-Duran antara maqasid  atau tema utama surah ini ialah tauhid iaitu  kekuasaan Allah s.w.t. dengan kudratnya mentadbir manusia dengan segala keperluannya.
 
Disebutkan dalam tafsir Mahasin al-Ta’wil  bahawa Nabi s.a.w. berpesan kepada Mu‘az yang  dilantik menjadi imam agar mengasihani dan bertimbang rasa terhadap makmum, supaya membaca surah-surah yang sederhana panjang  seperti surah al-A‘la, al-Shams dan al-Layl  dengan harapan tidak memberatkan mereka yang  sakit, sedang bermusafir lalu singgah bersolat ataupun bagi yang mempunyai hajat yang ingin disempumakan. Hadis ini menunjukkan kekerapan  dan kecenderungan Baginda mengamalkan surah ini kerana pertimbangan keadaan makmum.
Dalam tafsir karya al-Baidawi, dinyatakan  sebuah hadis bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang  bermaksud: “Sesiapa yang mengaji  (mempelajari) surah al-Layl nescaya dia akan mendapat anugerah Allah Taala sehingga dia  berasa puas dan dia akan diafiatkan olehnya  serta bebas daripada kesukaran dan  dimerdekakan baginya di akhirat kelak.”
 
Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:
 
1. Demi (perhatikan) malam apabila telah  menutupi dengan kegelapannya.
 
2. Dan (demi) siang apabila telah terang- benderang.
 
3. Dan (demi) yang menciptakan lelaki dan  perempuan.
 
4. Sesungguhnya usaha kamu sangat berbeza- beza.
 
Kekuasaan Allah s.w.t.
 
Perkataan al-Layl dalam bahasa Arab merujuk  kepada makna gelap dan kehitaman. Lantaran  itu, rambut yang hitam juga dikenali dengan  layl. Malam merujuk kepada waktu kegelapan  yang bermula dengan terbenamnya matahari yang  berlaku apabila hilangnya cahaya merah di  ufuk timur dan berakhir dengan terbitnya  fajar. Malam yang panjang ini berbeza-beza  julat kegelapannya.
Lalu apabila berakhirnya malam, munculnya  cahaya matahari yang menandakan datangnya  siang.
 
Penggunaan kata kerja mudari’ (masa kini/present tense) dalam ayat yang pertama iaitu يـَعْشَ berbeza daripada kata kerja madi (masa lampau/past tense) dalam ayat yang keduaتَجَلَّي menunjukkan perbezaan gelap yang merupakan sesuatu yang tidak tetap sedangkan nur ataupun cahaya adalah suatu perkara yang tetap, tidak akan luput. Nur adalah suatu  yang tetap sepertimana iman yang muncul  bersama kedatangan Rasulullah menyingkirkan kegelapan kezaliman syirik yang dianuti oleh orang Arab sebelum itu.
 
Dalam ayat yang ke-3 pula menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. menerusi kejadian lelaki dan perempuan, jantan dan betina. Persenyawaan sperma dan ovum menatijahkan kejadian makhluk yang baru dengan kehendak daripadanya.
 
Walaupun manusia mampu mengkaji ke peringkat asal usul zat kejadian manusia menerusi ilmu DNA, kromosom dan sebagainya, namun mereka masih belum mampu meleraikan ketentuan-ketentuan Allah s.w.t. menjadikan seperti itu. Tentu ada hikmah di sebalik kejadiannya.
 
Selanjutnya dalam ayat ke-4 pula Allah s.w.t menjelaskan perbezaan kerja dan kecenderungan manusia dalam kehidupannya. Perkataanسَعْيَكُمْperingkat permulaannya bermaksud berjalan dengan cepat sebelum peringkat berlari. Akhirnya ia berkembang sehingga membawa maksud kerja yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Kalimah شَتَّى merupakan kata jamak “Shatit”(شَتِيت)yang berasal daripada “al-Shtit”(الشَت)yang bermakna bersebaran yang teramat sangat.
 
Menurut al-Imam al-Suyuti dalam al-Dur al-Manthur dan al-Wahidi dalam Asbab al-Nuzul, ayat keempat ini diwahyukan untuk memberitahu
kita tentang perbezaan hala tuju Abu Bakar al-Siddiq yang menjadi uswah kaum Mukminin berbanding manusia yang memilih kesesatan walaupun telah diseru oleh Nabi s.a.w. untuk beriman. Golongan yang menderita ini memilih laluan berbeza yang bertentangan dengan Abu Bakar. Inilah Umayyah dan Ubay bin Khalaf. Ini merupakan sebuah riwayat yang menjelaskan maksud ayat keempat surah ini.
bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

 

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment



Next post:

Previous post: