≡ Menu

Cara mengatasi Kaki Kejang Pada Waktu Malam

c

Biasanya, kaki akan menjadi kejang atau cramp ketika anda tidur pada waktu malam yang sering dialami oleh ibu mengandung, atilit dan sesiapa sahaja. Kesan cramp adalah kaki akan menjadi sangat sakit dalam tempoh yang tertentu. Kaki akan terasa berdenyut-denyum dan sakit apabila digerakkan. Berikut merupakan antara punca masalah kaki kejang berlaku:

  • Ibu yang mengandung dan berada pada trimester kedua, Rahim akan mula membesar. Oleh yang demikian, kaki akan menjadi penat untuk membawa badan yang semakin berat. Kesannya, ia akan menyebabkanibu mengandung mudah menghadapi masalah kaki kejang (cramp) tersebut.
  • Seterusnya, atlit akan mengalami kekejangan apabila melakukan regangan yang berlebihan atau pun terseliuh. Otot akan membantu memulihkan kecederaan tersebut namun jika ianya tidak dapat dikawal, ia akan menyebabkan berlakunya kekejangan pada kaki.
  • Kurang minum air dan kedudukan/posisi tidur yang salah.
  • Kurang kalsium dan beberapa mineral lain seperti magnesium dan potassium.
  • Berdiri terlalu lama

Cara mengatasi masalah kaki kejang (cramp):

  • Cari tempat bersandar atau duduk
  • Untuk ibu mengandung, jangan berdiri terlalu lama dan cuba berjalan dengan jarak terdekat.
  • Minum air yang mencukupi
  • Mengambil khasiat kalsium dan mineral lain
  • Angkat kaki ke atas pangkuan
  • Untuk atlit, membuat urutan perlahan-lahan menggunakan minyak panas
  • Apabila kaki mulai pulih, pijak tapak kaki agar aliran darah kembali menjadi lancar
  • jumpa doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih spesifik dan mengambil ubat/cream

Comments

14 comments… add one
  • Setiap malam kaki saya sering merasa kejang, padahal tidak hamil, sudah banyak minum. Mungkin kurang kalsium ya.

  • saya juga sering alami kejang kaki terutama di betis apabila berjalan terlalu banyak atau berdiri terlalu lama, walaupun tidak mengandung. Baru-baru ni saya belajar berenang, dan alami kekejangan juga di akhir kelas. Trainer menyarankan saya mengambil ORS iaitu serbuk yg dibancuh air di farmasi utk org yg mengalami dhiariea,atau cirit birit. Ia merupakan sejenis garam. Katanya dia juga pernah kejang dan ambil ORS. ALhamdulillah selepas saya ambil 2 paket dlm 2 hari shj, masalah kekejangan kaki saya nampaknya tidak datang lagi..cuba lah. 1 paket dulu pun takpe..

  • Tips yang sangat bermanfaat. Mohon share.. 🙂 Terima kasih.

  • opahkome

    salah satu cara bila bahagian betis kejang atau melayu panggil simpul biawak 😀
    berdiri tegak dan urut secara menurun belakang betis yg kejang dgn ibu jari kaki sebelah lagi. Inshaa Allah ia akn beransur pulih dengan cepat.

  • saya mengalami kram kaki dengan rasa sakit yang luar biasa dok. apakah ini aman?

  • fyza

    saya selalu jer kena,caranyer ada dua je…masa kena tue..balut kaki dengan selimut dan cara kedua terus berjalan… pastu terus je ok..

  • sapura

    saya seringkali mengalami kekejangan kaki semasa tidur, amat menyeksakan ada ketikanya amat sukar untuk pulih seperti sediakala. apakah yg perlu saya lakukan dan ubat apakah yg perlu saya ambil?

  • som

    Assalamualaikum…anda ada masalah kejang kaki masa mengandung…mai whatsapp 0176607841. Saya ada cara penyelesaiannya.

  • hana

    sy pon sll kena…terutama ketika cuaca sejuk…dan sy ada terbaca ttg 1 pusat rawatan akupuntur yg best…di sana terdapat pelbagai rawatan utk pelbagai penyakit yg boleh didapati…jika ingin tahu lebih lanjut…blh tgk kat sini http://www.thetole.org/

  • Good info!

  • Good info

  • masa preggy dulu pernah kena kaki cramp ni, seksa yang amat

  • Selalu jadi kejang kaki nie disebabkan oleh badan kita kurang mineral.
    Duk asyik berpeluh je terutamanya yang bersukan kan.
    Takpun yang mengandung sebab perut berat bagi tekanan kuat akt kaki.
    Tue sellaku kejang kaki tue.

  • shikin

    saya kejang kaki waktu tidur kerap sangat , apa punca sebenarnya

Leave a Comment




Next post:

Previous post: