≡ Menu

Cara Menghilangkan Bintik-bintik Hitam Di Wajah

masalah bintik hitamWanita dan remaja kini mengelami beberapa jenis masalah yang terdapat pada kulit muka kita, dan yang paling sering kita jumpa ialah bintik-bintik hitam yang merupakan bintik-bintik hitam yang jelas kelihatan dipermukaan wajah, biasanya terdapat di zon T (sekitar hidung,dahi dan pipi).

Penyebabnya :

  • Bintik-bintik hitam ini terbentuk bila terdapatnya peningkatan aktiviti kelenjar minyak.
  • Pengumpulan minyak dengan kekotoran dan sel-sel kulit mati didalam liang roma yang menyebabkan terbentuknya bintik-bintik hitam dipermukaan iaitu dibahagian yang selalu terdedah kepada udara dan habuk/debu.
  • Ianya menjadi hitam disebabkan oleh proses kimia yang dipanggil “oxidasi”, lalu digelar “blackheads” atau bintik-bintik hitam.

Rawatan:

  • Mesti dilakukan pembersihan secara mendalam.
  • Cuci muka dengan menggunakan pencuci yang sesuai dengan kulit wajah, mula dari susu pembersih kemudian sabun dan disusuli dengan scrub muka.
  • Setelah wajah  dicuci bersih, stim dengan menggunakan tuala/handuk panas.

Caranya:

1)   Letakkan ais panas kedalam besen campur dengan sedikit air biasa, celupkan tuala/handuk kedalamnya dan perah.

2)   Kemudian tekapkan ke muka selama beberapa minit. Buat 2 atau 3 kali.

3)   Kemudian picit bintik-bintik hitam tersebut dengan menggunakan “bleackheads extractor” (besi kecil yang biasa dijual di kedai asesori harganya pun murah saja).

4)   Setelah dipicit, sapukan toner di seluruh wajah untuk menutup kembali liang roma yang telah terbuka.

5)   Jauhi makanan yang kaya dengan minyak/lemak.

Petua Tradisional:

  • Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  • Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  • Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Selamat mencuba! Selamat tinggal bintik-bintik hitam!

source – pakarcinta

 

Comments

1 comment… add one
  • Beras pulut dengan serbuk kayu manis tu 1st time dengar. heheeh. kalau rajin, sure menjadi amat.

Leave a Comment




Next post:

Previous post: