≡ Menu

Dahulukan Ibu Bapa

 

ibu

Anak soleh tidak akan sekali-kali melebihkan dirinya mengatasi ibu bapa sehingga sanggup memdahulukan diri sendiri berbanding keperluan mereka. Jika semasa kita masih bergantung kepada ayah dan ibu walaupun untuk makan dan minum mereka tidak pernah sekali-kali bertangguh memenuhi keperluan dan kehendak kita sebagai anak, apatah lagi mendahulukan keperluan mereka.
 
Pentingnya akhlak mendahulukan ibu bapa dalam apa-apa urusan sekalipun agar mereka rasa dihargai dan dihormati.
 
Diriwayatkan pada suatu hari Abu Hurairah r.a. melihat ada dua orang lelaki yang lalu di hadapan beliau. Dia bertanya kepada lelaki itu: “Apakah hubungan kamu dengan lelaki tua ini?” Kata si anak: “Wahai Abu Hurairah, saya anak dan ini bapaku.” Lalu, Abu Hurairah memberi tiga nasihat kepada anak itu. Katanya: “Jika lelaki ini ayahmu, maka ikutlah tiga nasihat daripadaku…”
 
1. Jangan Memanggilnya dengan Nama
 
Kita tidak boleh memanggil ibu bapa dengan nama mereka. Ia satu penghinaan dan melambangkan gersangnya adab mulia kita. Sebagai contoh, jika nama bapa kita Abu Bakar, kita tidak boleh memanggilnya dengan, “Isy, Abu Bakar ni!” Begitu juga dengan ibu kita, sebagai contoh, “Hei Maryam, saya lapar!” Kita tidak boleh sesekali memanggil mereka begitu kerana itu akan merendahkan maruah mereka dan menunjukkan diri kita tidak mempunyai adab dan pekerti sebagai seorang anak.
 
Sebaliknya, anak-anak mempunyai anyak pilihan untuk memanggil orang tuanya seperti “ayah”, “ibu”, “papa”, “mama” atau apa-apa sahaja panggilan ‘ yang menunjukkan kita menghormati mereka sebagai ibu bapa. Biasanya, sejak kita dilahirkan lagi, ibu dan ayah “kita akan membahasakan diri mereka sebagai “mama” atau “abah” sebagai contoh, bagi tujuan mendidik akhlak kita dan membuktikan kasih sayang mereka yang tidak terhingga. Tergamakkah kita sebagai seorang anak menukar panggilan sayang dan mesra itu dengan panggilan berbentuk penghinaan?
 
2. Berjalan di Hadapan Mereka dengan Izin
 
Berjalan di hadapan mereka sewenang-wenangnya menunjukkan kita tidak menghargai keberadaan mereka di situ. Ibu bapa akan berkecil hati dan merasakan seolah-olah mereka tidak wujud pada pandangan anak-anak. Kehadiran mereka tidak disedari atau tidak diendahkan oleh anak-anak. Hancur hati ibu bapa. Bagi anak-anak, jika tiada pilihan, kita dibolehkan berjalan di hadapan ibu bapa dengan meminta izin terlebih dahulu dan tundukkan sedikit badan kita. Ini sebagai tanda hormat seorang anak kepada orang tuanya.
 
3. Jangan Duduk Sebelum Ibu Bapa Duduk
 
Mungkin ada yang tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan larangan ini. Ini termasuk akhlak mendahulukan ibu bapa dalam apa-apa urusan sekalipun agar mereka rasa dihargai dan dihormati. Sebagai contoh, apabila ibu dan bapa membawa kita berziarah ke rumah saudara-mara atau rakan taulan, jangan masuk terlebih dahulu sebelum ibu bapa. Begitu juga apabila duduk di meja makan, jangan biasakan diri duduk terlebih dahulu sebelum ibu bapa duduk, tidak kira sama ada di rumah sendiri atau di rumah saudara-mara dan sahabat handai.
 
Mendahulukan Ibu Bapa Walaupun Mereka Tidak Kisah
 
Perbuatan mendahulukan diri sendiri mengatasi orang tua ini sewajarnya dihindari oleh anak-anak. Mungkin ada sesetengah anak merasakan ibu bapanya tidak begitu mengambil berat hal tersebut. Ibu bapa mungkin tidak pernah menegur anaknya dan tidak menunjukkan reaksi mereka terasa. Bagaimanapun, bagi seorang anak mithali, jika dibiarkan diri sendiri melakukan yang sedemikian, lama-kelamaan akan menjadi kebiasaan dalam diri dan akan menimbulkan rasa tidak hormat kepada orang yang lebih tua.
Oleh sebab itu, sentiasalah mendahulukan ibu bapa sama ada mereka kisah ataupun tidak sebagai bukti pada Allah s.w.t. bahawa kita amat menghormati mereka. Sebagai anak yang mempunyai ibu bapa dan turut mempunyai anak-anak, asuhlah anak-anak kita mendahulukan kita serta datuk dan neneknya.
 
Kebaktian Semasa Hayat Ibu Bapa
 
Apa salahnya kita mendahulukan ibu bapa sementara mereka masih hidup di dunia. Ia suatu kebaktian yang mudah dilakukan semasa hayatnya. Apa yang susah adalah untuk merendahkan hati kita untuk merendahkan ego sendiri. Apabila mereka sudah tiada, kebaktian lain pula yang mampu kita berikan. Ketaatan seorang anak dan segala bakti yang dilakukan bukan sekadar semasa ibu bapanya masih hidup sahaja tetapi ia berterusan sehingga mereka meninggal dunia. Beruntunglah seorang anak yang tidak menderhaka dan sentiasa berbuat baik kepada kedua-dua orang tuanya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Ibunya mengandungkan dengan susah payah dan melahirkan dengan susah payah (pula). Mengandungkan sampai bercerai susu ialah 30 bulan.” (Surah al-Ahqaf 46: 15)
Berbakti kepada Ibu Bapa Setelah Mereka Meninggal Dunia
 
Rasulullah s.a.w. pemah ditanya oleh seseorang, dalam satu hadis n’wayat Ibn Hibban, katanya: “Ya Rasulullah! Apakah masih ada sesuatu yang diwajibkan ke atas saya untuk berbakti kepada ibu bapa saya setelah mereka meninggal dunia?” Rasulullah menjawab yang bermaksud: “Ya, iaitu memohon kerahmatan ke atas kedua-duanya, meminta keampunan, menunaikan segala janji, memuliakan semua rakannya dan menghubungkan silaturahim yang tidak terhubung, melainkan dengan kedua-duanya.” Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Sesungguhnya setinggi-tinggi darjat kebaktian ialah apabila seseorang itu suka menghubungi keluarga kesayangan ayahnya sesudah dia (ayahnya) meninggal dunia.” (Riwayat Muslim)
 
Orang yang Sempurna Kemanusiaannya
 
Al-Fudail bin Iyad berkata: “Orang yang sempurna kemanusiaannya ialah orang yang taat kepada ibu bapanya, menghubungi kerabatnya, hormat kepada kawan-kawannya dan baik budi kepada keluarga, anak-anaknya dan pelayan-pelayannya serta menjaga agama dan memperbaiki harta kekayaannya, menyedekahkan kelebihan hartanya, memelihara lidahnya dan tetap tinggal di rumahnya (yakni tekun dalam ibadat kepada Tuhannya) dan amal pekerjaannya sertatidak berkumpul dengan orang yang suka membicarakan hal orang lain.”
 
Kaedah Mendidik Anak
 
1. Memberi nasihat.
 
2. Bercerita.
 
3. Bersoal jawab dengan anak-anak.
 
4. Cuba mengaitkan dengan pengalaman yang lepas.
 
5. Memberi teguran dengan cara yang baik.
 
6. Bermain dan bergurau dengan anak-anak.
 
7. Menggunakan kaedah praktikal dan latihan dalam mendidik anak-anak.
 
8. Menjadi teladan buat anak-anak.
 
9. Memberi galakan dan amaran.
 
10. Tidak berlebihan dalam suruhan dan gesaan.
 
11. Ambil berat kebajikan anak-anak.
 
12. Asuh minda.
 
13. Solat yang berterusan.
Jobs from - my.neuvoo.com Adakah anda sedang mencari kerja di rumah? . bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

 

Comments

1 comment… add one

Leave a Comment



Next post:

Previous post: