≡ Menu

Fadhilat Malam Lailatul Qadar, Kelebihan Dan Tanda-Tandanya

lail-alqodr

Lailatul Qadar

Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر‎) adalah satu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Qur’an yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Qur’an dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.

Saat pasti berlangsungnya malam ini tidak diketahui namun menurut beberapa hadis, malam ini jatuh pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan, tepatnya pada salah satu malam ganjil yakni malam ke-21, 23, 25, 27 atau ke-29. Malah ada sebahagian ulama yang menganggap ia berlaku pada malam genap seperti malam 24 Ramadan. Walau bagaimanapun, antara hikmah malam ini dirahsiakan agar umat Islam rajin beribadat di sepanjang malam khususnya di sepuluh malam yang terakhir. Sebahagian Muslim biasanya berusaha tidak melewatkan malam ini dengan menjaga diri agar berjaga pada malam-malam terakhir Ramadan sambil beribadah sepanjang malam.

 LAILATULQADAR MALAM YANG DINANTI OLEH MUKMIN

10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.

Maksudnya: “Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut

Maksudnya: “Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya”

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.

Maksudnya: “Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.

Maksudnya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.

Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:

Maksudnya: “Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain.”

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan.

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan.

Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Doa-malam-lailatul-Qodar-

Doa khusus di Malam Lailatulqadar

Doa tersebut diterangkan di dalam hadis berikut

1. Hadis yang diriwayatkan daripada Aishah r.a.

Maksudnya: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. bagimana kiranya saya mengetahui malam Lailatulqadar dengan tepat. Apa yang saya akan doakan pada saat itu. Baginda menjawab berdoalah dengan doa yang berikut”

Maksudnya: “Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya engkau sentiasa memaafkan salah silaf hamba lagi suka memaafkan oleh itu maafkanlah salah silafku. Terdapat juga beberapa doa yang disar ankan oleh para alim ulamak kita melakukannya seperti membaca doa

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.

Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar :

– Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.

– Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.

– Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

– Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.

Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.

MALAM LAILATUL-QADAR

Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik- baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

” Malam Lailatul – Qadar lebih baik daripada seribu malam “

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada  beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:

Maksudnya:

” Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu “

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari  terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan  menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:

” Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. “

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah  s.a.w. bersabda:

Maksudnya:

” Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil. “

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama’ bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27  Ramadhan. Menurut Abu Ka’ab katanya, “Demi Allah sesungguhnya ibn Mas’ud telah meyakinkan bahawa  malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam  27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu  tidak lagi berusaha mencarinya.”

Daripada Riwayat Mu’awiyah:

Maksudnya:

” Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke-27. “

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30  perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya  kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:

” Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. “

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, “Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya:

” Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku. “


mencari-malam-lailatul-qadar

ANTARA TANDA-TANDA LAILATUL QADAR

Lailatul Qadar merupakan satu malam yang mempunyai kelebihan lebih seribu bulan yang lain. Ini dapat kita lihat daripada apa yang telah dinukilkan oleh Allah di dalam al-Quran dalam surah al-Qadar. Begitu juga dengan apa yang telah diberitahukan oleh Rasulullah S.A.W dalam beberapa hadis yang sohih.

Kita disuruh untuk menghidupkan malam lailatul qadar dan tidak membiarkannya berlalu begitu saja. Rasulullah S.A.W telah bersabda dalam hadis muttafaq ‘alaih daripada Abu Hurairah yang artinya : Sesiapa yang menghidupkan malam lailatul qadar penuh keimanan dan keikhlasan akan diampun baginya dosa yang telah lalu.

Menurut imam Fakhrurrazi bahwa Allah menyembunyikan malam lailatul qadar dari pengetahuan kita sebagaimana Dia menyembunyikan segala sesuatu yang lain. Dia menyembunyikan keredhaanNya pada setiap ketaatan sehingga timbul dalam diri kita keinginan untuk melakukan semua ketaatan atau ibadat itu.

Begitu juga Dia menyembunyikan kemurkaanNya pada setiap perkara maksiat agar kita berhati-hati dan menjauhi segala maksiat dan tidak memilih antara dosa besar dan kecil untuk melakukannya kerana dosa kecil jika terus dilakukan secara berterusan akan menjadi dosa besar jika kita tidak bertaubat dan berusaha meninggalkannya.

Dia menyembunyikan wali-waliNya agar manusia tidak terlalu bergantung kepada mereka dalam berdoa sebaliknya berusaha sendiri dengan penuh keikhlasan dalam berdoa untuk mendapatkan sesuatu daripadaNya kerana Allah menerima segala doa orang yang bersungguh-sungguh dan tidak mudah berputus asa.

Dia menyembunyikan masa mustajab doa pada hari Jumaat supaya kita berusaha sepanjang harinya. Begitulah juga Allah menyembunyikan penerimaan taubat dan amalan yang telah dilakukan supaya kita sentiasa istiqamah dan ikhlas dalam beramal dan sentiasa bersegera dalam bertaubat.

Demikianlah juga dengan penyembunyian malam lailatul qadar agar kita membesarkan dan menghidupkan keseluruhan malam Ramadhan dalam mendekatkan diri kepadaNya bukan hanya sekadar menunggu malam lailatu qadar sahaja untuk beribadat dan berdoa.

Tetapi inilah penyakit besar yang menimpa umat Islam yang menyebabkan malam-malam Ramadhan lesu kerana mereka hanya menanti malam yang dianggap malam lailatul qadar sahaja untuk beribadat. Kerana mengejar kelebihan lailatul qadar yang mana kita tidak mengetahui masanya yang tertentu menyebabkan kita terlepas dengan kelebihan Ramadhan itu sendiri yang hanya datang setahun sekali.

Antara tanda-tanda dalam mengetahui malam lailatul qadar adalah berdasarkan beberapa hadis di bawah :

1. Abi Ibnu Ka’ab telah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda mengenai lailatul qadar yang artinya : Sesungguhnya matahari yang keluar pada hari itu tidak begitu bercahaya (suram). – Hadis riwayat imam Muslim dalam kitab puasa –

2. Telah diriwayatkan daripada Nabi S.A.W bahawa baginda telah bersabda yang artinya : Sesungguhnya tanda-tanda lailatul qadar, bahawa malamnya bersih suci seolah-olah padanya bulan yang bersinar, tenang sunyi, tidak sejuk padanya dan tidak panas, tiada ruang bagi bintang untuk timbul sehingga subuh, dan sesungguhnya tanda-tandanya matahari pada paginya terbit sama tiada baginya cahaya seperti bulan malam purnama tidak membenarkan untuk syaitan keluar bersamanya pada hari itu. – Hadis riwayat imam Ahmad dengan isnad jayyid daripada Ibadah bin As-Somit –

3. Dalam Mu’jam At-Tobarani Al-Kabir daripada Waailah bin Al-Asqa’ daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul qadar bersih, tidak sejuk, tidak panas, tidak berawan padanya, tidak hujan, tidak ada angin, tidak bersinar bintang dan daripada alamat siangnya terbit matahari dan tiada cahaya padanya(suram).

4. Telah meriwayat Al-Barraz dalam musnadnya daripada Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang artinya : Malam lailatul Qadar bersih tidak panas dan tidak pula sejuk.

Qadhi ‘Iyad telah mengatakan ada dua pendapat mengenai matahari yang terbit tanpa cahaya iaitu:

1) Ia merupakan tanda penciptaan Allah SWT.
2) Menunjukkan bahawa kerana terlalu banyak para malaikat yang berzikir kepada Allah pada malamnya dan mereka turun ke bumi yang menyebabkan sayap-sayap dan tubuh  mereka yang halus  menutupi dan menghalangi matahari dan cahayanya.

Daripada hadis-hadis di atas bolehlah kita buat kesimpulan bahawa antara tanda-tanda lailatul qadar ialah :

a. Pada malamnya keadaan bersih dengan cuaca tidak sejuk dan tidak pula panas.

b. Malamnya tenang yang mana terang dan angin tidak bertiup sebagaimana biasa dan awan agak nipis.

c. Malamnya tidak turun hujan dan bintang pula tidak bercahaya seolah-olah tidak timbul.

d. Pada siangnya pula matahari terbit dalam keadaan suram.

faktor-mencari-lailatul-qadar

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

Diantara kita mungkin pernah mendengar tanda-tanda malam lailatul qadar yang telah tersebar di masyarakat luas. Sebagian kaum muslimin awam memiliki beragam khurafat dan keyakinan bathil seputar tanda-tanda lailatul qadar, diantaranya: pohon sujud, bangunan-bangunan tidur, air tawar berubah masin, anjing-anjing tidak menyalak, dan beberapa tanda yang jelas batil dan rosak.

Maka dalam masalah ini keyakinan tersebut tidak boleh diyakini kecuali berdasarkan atas dalil, sedangkan tanda-tanda di atas sudah jelas kebatilannya kerana tidak adanya dalil baik dari al-Quran ataupun hadis yang menjelaskannya. Maka bagaimanakah tanda-tanda yang sebenar berkenaan dengan malam yang mulia ini ?

Nabi sollallahu’alaihi wa sallam pernah menggambarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang .

Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Wallahua’lam

Comments

38 comments… add one
  • nordin omor

    semoga berusaha ke arahnya dengan izin Allah swt.

  • salamualaik,,ana nak mintak izin untuk copy maklumat diatas ini,boleh?untuk share kepada yg lain.

    • CP

      Silakan moga bermanfaat bersama…

      • Arman

        Akomodasi villa dan hotel dan Cottages di pantai carita anyer dengan harga yang relatif terjangkau!

  • Klinik Hipnoterapi Banjarmasin

    terima kasih, semoga kita bertemu malam lailatul qadar

  • assalamualaikum..minta izin untuk copy ye..

  • Terima Kasih banyak manfaat nya

  • Syukron, artikel ini sangat bermanfaat menambah ilmu semoga kita diperkenankan Allah untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar, Amiiin Ya Rabbal Alamin

  • p2u

    Terima Kasih, moga sama-sama kita mendapat malam lallatul qadar

  • Di malam 10 terakhir perbayakkan ibadah supaya kita dapat malam 1000 bulan

  • DM

    Terima Kasih Info yang sangat bagus ameen

  • Semoga kita mendapat malam yang penuh barakah ini insyallah

  • Teringat kupulan raihan dengar nasyid nie

  • Mohon untuk di kongsi ya admin

  • Sama-sama kita berlumba untuk beribadah supaya kita dapat merasai malam yang sangat indah ini

  • Perkongsian yang hebat

  • HM

    Rindu nak dapat Malam Lailatul Qadar

  • octo

    sangat bermanfaat..in sha Allah

  • hr

    in sha Allah.. semoga medapat berkat

  • LIHA BINTI SABAN

    Assalalualaikum ,Saya Cikgu Liha Binti Saban, orang panggil saya Kak Liha. Kak Liha berumur 47 tahun. Di sini kak Liha ingin berkongsi pengalaman Kak Liha tentang malam – malam terakhir bulan Ramadhan . Bila Kak Liha ingat kembali tentang kejadian malam yang pernah kak Liha ingat, terlalu banyak istemewanya , menandakan kuasa Allah S.W T. mengatasi segala- galanya. Pertama sekali malam – malam terakhir Ramadhan 2012. Kak Liha baru saja selesai sholat Terawih bersama jemaah yang lain. Kebiasaannya selepas sholat Terawih kami menikmati jamuan ringan. Kak Liha pun duduk di tepi surau. Kak Liha sangat terkejut melihat kejadian malam yang sungguh luar biasa. Apa yang kak Liha perhatikan daun – daun pokok seperti orang tunduk, seolah – olah orang sujut, pada masa tu orang yang ada dalam surau tu tak perasan dan kak Liha tak berani nak bagi tahu orang lain. Yang kedua ialah baru- baru ini pada 27 Ramadhan. Sekali Lagi kak Liha suatu pemandangan malam yang sungguh luar biasa. Jam menunjukkan pukul 11.00 malam . Kak Liha dan dua orang anak baru saja selesai sholat terawih dan majlis khatam Al-quran di surau. Kak Liha ditemani dua orang anak perempuan. Dipertengahan jalan kami dikejutkan dengan pemandangan kabus yang tebal. kebetulan kami berjalan kaki saja malam itu. Kabus yang keluar semakin banyak, kami melimpasi padang sekolah. Seluruh padang dipenuhi dengan kamus dan cahaya yang bersinar- sinar . Pada mulanya anak kak Liha takut juga, Kak Liha sendiri meremang bulu roma , kebetulan malam itu malam Jumaat. Suatu pemandangan yang sungguh luar biasa. Subhanallah , Allahu Akbar, itulah kata – kata yang tak putus yang kami 3 beranak ucapkan. Kak Liha sempat berdoa semuga diampunkan dosa, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Pada keesokan harinya matahari tidak memancarkan cahanya, nampak bulat sahaja . Itulah sedikit perkongsian dari kak Liha Binti Saban, SK Tawakal Satap Bekenu , Miri Sarawak. Cikgu Liha,lihabintisaban@gmail.com

  • Lailatul Qodr artinya malam ketetapan, atau malam ditetapkannya turunnya AlQuran, ini mempunyai makna orang-orang yang mendapatkannya akan memahami AlQuran dalam kehidupannya, yaitu setiap saat rahmat Allah mengiringinya, dimudahkan dan diselamatkan Allah dari berbagai macam bahaya yang akan datang, karena cahaya Allah bersama Malaikatnya selalu bersamanya. dan Inti rahmat Lailatul Qodr adalah :
    1. Mengenal Tuhannya.
    2. Mampu mengenal dirinya
    3. Setiap saat perbuatannya dalam kebajikan( terhindar dari kejahatan)
    4. Cerdas dalam memahami hidup dalam mencintai Allah.
    5. Selalu mendapat petunjuk dan bimbingan Allah apa yang belum diketahuiinya.
    Dikutif dari surat Al`Alaq ayat 1- 5

  • Pegalamanku dimalam Ramadhan tahun 1998.
    1. Aku sedang mengkaji kata Tasbih bersama 8 orang temanku, usai shalat Tasbih, Mulai pukul oo – 01.45 dimalam Ramadhan tanggal 20 Ramadhan aku saat itu menjadi imam shalatnya
    2. Tiba-tiba temanku sedang duduk bersila terangkat dan bersamaan Aku bersama teman yang lain, hingga aku bersama serentak mengucapkan kata subhanallah.
    3. Tiba-tiba datang sinar mengucapkan salam, ternyata mengakui Rasulullah saw, bersama ruh suci 9 waliyullah lainnya
    4. disaksikan oleh orang-orang berjubah putih menghadap Kiblat, aku bersama teman lainnya serasa berada di tengah sedang disaksikan oleh orang berjubah putih tak terhitung banyaknya, mungkin ratusan ribu jumlahnya.
    5. Aku terasa bukan berada dimasjid, berada ditengah lapangan yang sangat luas sepertinya aku sedang di Bai`at.
    6. Kemudian aku diperintahkan shalat Ghaib bersama-sama, selesai aku berpelukkan dan berlinangan air mataku tak mau berhenti, yang terucap dalam diriku Subhanallah dan istighfar bersma teman-temanku.
    7. Tiga bulan kemudian Aku mendapatkan petunjuk dari Allah surat AlBaqoroh ayat 63 (enam puluh tiga) disuruh pegang teguh tidak boeh dilepas perbuatan dalam bertaqwa kepada Allah swt
    8. sejak Ramadhan 1998- 2003, aku tak pernah tidur malam mengkaji AlQuran dimasjid, aku pulang setelah shalat dhuha, kemudian aku berangkat bekerja.
    9. Nama pembimbingku Rono Bintoro dan Allah memberikan gelar, Syech Al Ahmadi Imami Yusri An Nurullah artinya seseorang yang terpuji memudahkan jalan menuju cahaya Allah,
    10. Beliau berpesan Laksanakan AlQuran dan jangan memusyrikan Allah dengan sesuatu apapun, pasti hidupmu bagaikan Rasulullah dimasa hidupnya.
    11. Pesannn beliau ,” Janganlah aku di Ziarahi dan jangan aku di Tahlili ketika aku wafat , sebab sangat tipis sekali akan kemusyrikan, bisa jadi engkau akan kultus kepada ku dan kepada Kuburku.
    12. Beliaau sudah wafat setelah mengajariku memahami AlQuran selama 3 tahun tanpa sedikitpun tidur malam setiap malam, dan AlHamdulillah hingga kini Allah swt selalu menunjuki pemahaman AlQuran sesuai dengan kadar pemahaman yang aku miliki, dan aku peraktekan sesuai dengan AlQuran.
    13. Pesan beliau yang pernah berjumpa Rasulullah, serta setiap malam mengajarkan makhluq Jin mengaji Al Quran lebih dari 40 Jin, bahwa AlQuran bukan di hafal dan bukan dikhatam akan tetapi setelaaaah dibaca di peraktekkan dalam kehidupan sehari-hari………hingga menghasilkan amalan shaleha, dengan kata lain sedikit bicara banyaklah bekerja, demikian pesan beliau sebelum meninggal dunia yang umurnya hanyalah 40 tahun saja.
    Demikian pengalaman ritualku

  • Assalam, terima kasih infonya. InsyaAllah moga kita beroleh LailatulQadar! Aaminn.

  • Makasih informasinya semoga bermanfaat bagi sesama khususnya umat muslim di seluruh dunia

  • semoga kita sama-sama beroleh malam lailatul qadar.

  • terima kasih infonya
    tentang keutamaan malam yang penuh hikmah ini
    sangat bermanfaat

  • Isman Wahyudi

    terimakasih menjadikan bati kami lebih tentram

  • Isman Wahyudi

    Semoga menjadikan inspirasi buat kita semua terimakasih.

  • artikelpedia

    saya sangat ingin bertemu lailatul qadr

  • doni

    Jadi ayat pertama itu turun saat malam lailatul qadar atau saat di gua hira?. Kok ada dua ayat yang pertama turun?

  • zulkar

    Semua insya allah mendapat malam qadar,shalat,puasa,iman dan perbanyak baca alquran.

  • Abu

    Kalau kita buat dosa pada malam lailatul qadar ape akan jadi

  • Jelita

    Salam,aku bukanlah hamba tuhan yang beriman sepenuhnya, sembahyang pun tidak sempurba waktunya.tahun 2015bulan ramadhan pertengahan.aku bangun bersahur dan melihat cahaya biru berkikau di luar rumah.terang menembusi kain langsir yang tebal.apakah itu lailatul qadar?tolong betikan jawapannya.kalau ianya laikatul qadar.,aku bersyukur alhamdulillah tetapi untuk manusia sepertiku? Yang tak pernah sempurna sembahyang dan puasanya.

  • cik dendelion

    asalamualaikum… minta izin copy ayat.. terima kasih

Leave a Comment




Next post:

Previous post: