≡ Menu

Hukum Murtad Mengikut Maqasid Syariah

ad0145173c00f7fe99af7442fbe6a818_XL

Hit Al-din atau memelihara agama merupakan maqasid asasi yang paling terkedepan dari segi kedudukannya berbanding maqasids lain.
 
Bahkan seorang tokoh fiqh siyasi terkenal;  al-Mawardi menetapkan bahawa antara 10 tugas  utama seorang pemerintah ialah hifz al-din  dengan kata-kata berikut, maksudnya:  “Menjaga agama berdasarkan asasnya yang  tetap dan apa yang disepakati oleh para  ulama salaf. Jika muncul seorang  mubtadi’(maqasid asasi atau penyeleweng  agama yang mempunyai syubhah, hendaklah  dijelaskan hujah kepadanya dan dinyatakan  kebenaran serta telah dikenakan kepadanya  apa yang wajib daripada hak-hak dan hudud (hukuman atau ketetapan daripada Allah), agar agama sentiasa terjaga daripada  kecacatan, dan seluruh umat terhalang  daripada kegelinciran.” (Al-Ahkam al-  Sultaniyyah, jil. 1 hlm. 26)
 
Oleh sebab itu, syariah menganggap setiap  serangan terhadap agama adalah satu jenayah  dan pelakunya akan dikenakan hukuman sama  ada hudud atau takzir mengikut tahap jenayah  yang dilakukan. Namun sekiranya penjenayah  terhadap agama ini menyembunyikan  jenayahnya, maka urusannya diserahkan kepada  Allah Taala yang Maha Mengetahui segala  rahsia dan perkara tersembunyi.
 
Jenayah serangan terhadap agama yang pertama  ialah jenayah riddah atau murtad iaitu  keluar dari agama setelah memeluknya. Allah  Taala berrirman yang bermaksud: “Dan sesiapa  antara kamu yang murtad (berpaling tadah)  daripada agamanya (agama Islam), Ialu dia  mati sedang dia tetap kafir, maka orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya  (yang baik) di dunia dan akhirat, dan mereka  itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya  (selama-lamanya).” (Surah al-Baqarah 2: 217)
 
Hukuman Had Atas Murtad dan Kaitannya dengan  Hifz al-Din
 
Terdapat fenomena yang sangat bahaya berlaku  di beberapa buah negara Islam iaitu serangan  terhadap keutuhan aqidah umat Islam.  Pelbagai cara dan serangan dilancarkan,  namun tujuannya hanya satu untuk  mengeluarkan umat Islam daripada aqidahnya  yang suci kepada kegelapan, kesesatan dan  kekufuran.
 
Dalam menangani isu ini, para fuqaha  menjelaskan bahawa Allah Taala mensyariatkan  pelaksanaan hudud antaranya ialah had riddah  atau hukuman murtad. Tujuan utama  pensyariatannya adalah untuk memelihara  maqasid syariah yang paling penting iaitu  menjaga agama. Kita hendaklah meyakini  bahawa Allah s.w.t. Yang Maha Bijaksana  dalam syariatnya, Maha Penyayang kepada  hambanya serta Maha Mengetahui apa yang baik untuk makhluknya.
 
Sekiranya kita merujuk karya-karya fiqah,  kita akan mendapati fuqaha empat mazhab  utama meletakkan satu bab khusus mengenai  isu murtad dan hukum-hakam berkaitannya.  Sebagai contoh, al-Kasani (w.587H)  menjelaskan: “Adapun rukun riddah adalah  seperti menyebut perkataan kufur dengan  lidah selepas adanya iman kerana riddah  ialah perbuatan kembali daripada iman  (kepada kufur)!’ (Badai’ al-Sana ’i‘)
Al-Sawi al-Maliki menjelaskan: “Riddah  adalah apabila seorang Muslim menjadi kufur  dengan sarih (jelas) melalui perkataan, atau  perkataan yang menyebabkan kufur atau  perbuatan yang mengandungi kufur.” (Af-Sharh  al-Saghh; jil. 6 hlm. 144)
 
Al-Allamah al-Sharbini dalam Mughni al- Muhtaj (jil. 4 hlm. 133): “Riddah ialah memutuskan Islam dengan niat atau perbuatan  sama ada kata-katanya berbentuk penghinaan atau penafian serta melalui iktikad.”
 
Al-Buhuti al-Hanbali pula menjelaskan: “Murtad ialah orang yang menjadi kufur selepas Islam sama ada melalui perkataan, iktikad, syak atau perbuatan.” (Kashaf al-Qinaj jil. 6 hlm. 136)
 
Kesemua definisi yang dikemukakan merujuk  kepada perbuatan keluar dari agama sama ada  secara Iisan, perbuatan atau iktikad. Bahkan  syak terhadap perkara asas iman dalam agama  juga termasuk dalam kategori muftad.
 
Hukum Bunuh
 
Dalam khazanah fiqah, majoriti fuqaha  bersetuju bahawa hukuman bagi jenayah murtad ialah hukum bunuh dengan syarat-  syarat seperti istitabah (meminta  bertaubat), menangguhkan dengan sebab kehamilan jika wanita atau mengkaji syubhah  yang dibawa oleh si pelaku. Pandangan  majoriti ini ialah Maliki, Syafi’i dan  Hanbali dan disokong oleh dalil-dalil kuat sebagaimana dinyatakan oleh Ibn Taimiyah rhm. (Majmu’aI-Fatawa, jil. 4 hlm. 252)
 
Walau bagaimanapun, ada satu pandangan yang  dipelopori Abu Hanifah yang menyatakan  bahawa golongan murtad sama seperti kafir  asli, iaitu tidak dibunuh kecuali jika ada  unsur khianat daripada pihak mereka iaitu  memerangi agama. Elemen hirabah iaitu  memerangi Islam akan mewajibkan seseorang  yang murtad itu dibunuh. Ini kerana ia boleh membahayakan sebuah negara Islam. Ini tidak  pelik kerana dunia hari ini juga mempunyai  undang-undang hukuman bunuh atas penjenayah   yang mengkhianati negara sendiri.
 
Kesimpulan secara umumnya, ulama bersepakat  bahawa agama Islam dan penganutnya wajib  dipelihara dan dilindungi. Ibn Taimiyyah  mengulas lanjut isu ini: “Manakala orang  murtad, maka yang mengharuskan hukuman bunuh  ialah kerana berlaku kufur selepas iman, ia merupakan satu jenis kufur khusus. Hal ini kerana jika tidak dibunuh, nescaya orang yang masuk dalam agama, akan mudah keluar  daripadanya. Jadi, membunuhnya bertujuan  memelihara ahli agama Islam dan memelihara  agama.” (Majmu’al- Fatawa, jil. 4, hlm. 252)
 
Tugas Pemerintah Menjaga Agama
 
Pemerintah Islam mempunyai tugas yang sangat  penting khususnya dalam memastikan penerusan  dan pemeliharaan agama Islam di atas muka bumi. Menjaga agama bukan hanya dengan  memberi pendidikan yang sempuma daripada  pemerintah kepada rakyat. Bahkan  pemeliharaan agama juga perlu diperketat melalui penguatkuasaan undang-undang Allah.
 
Ini dapat difahami daripada ayat al-Quran,  Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Demi  sesungguhnya! Kami telah mengutus rasul- rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan  mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah  menurunkan bersama mereka kitab suci dan  keterangan yang menjadi neraca keadilan,  supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan Kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handlal. (Surah al-Hadid 57: 25)
 
Al-Shanqiti mentafsirkan ayat ini  sebagaimana berikut: “Dalam ayat ini ada isyarat yang menunjukkan perlu mengangkat  pedang (kuasa undang-undang) selepas  dinyatakan hujah. Sekiranya kitab-kitab  tidak dapat memberi kesan, maka perlu  mengambil tindakan melalui ketenteraan. Dan kadang kala Allah menghalang (kemaksiatan)  dengan kekuasaan pemerintahan sesuatu yang  tidak dapat dihalang melalui al-Quran.”  (Adwa’al-Bayan, jil. 1 hlm. 484)
 
Justeru, para ulama mengatakan bahawa  termasuk dalam urusan darurah al-din  (perkara penting dalam agama), orang Islam  perlu melantik pemimpin mereka supaya dapat  bersatu di bawah pemerintahannya dan  dilaksanakan undang-undang Allah atas muka  bumi. Mudah-mudahan Allah Taala memberi taufik kepada seluruh umat Islam untuk meninggikan undang-undang Allah.
bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

 

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment



Next post:

Previous post: