≡ Menu

Integriti dalam Menuntut Ilmu

img_0012

Jika kamu meniru atau berbincang dengan rakan sebelah, saya tidak perlu berkata apa-pa. Kamu sudah dewasa. Tetapi cuba fikirkan perkara ini. Kamu nanti lulus dalam uiian Bahasa lnggeris ini dan kamu layak masuk ke universiti. Kemudian, dengan keputusan Bahasa Inggeris ini iuga kamu mendapat pekerjaan,”  seorang pensyarah bahasa Bahasa lnggeris dari Ireland menasihati sepasang pelajar Arab.
 
Hari itu ada ujian bulanan bagi subjek Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar dalam kelas  kecil itu diam. Saya terus menjawab soalan.
 
“Cuba fikirkan, adakah kamu benar-benar layak, sedangkan tahap penguasaan bahasa kamu lebih rendah daripada keputusan peperiksaan?” Bryan, seorang lelaki Katolik terus “berleter”. Tazkirah daripada seorang bukan Muslim kepada sekelompok orang Islam!
 
Biarpun berbeza agama, sudut pandang Islam dan agama lain dalam aktiviti meniru ketika peperiksaan adalah sama. Meniru itu menipu. Kata-kata itu melintas dalam fikiran saya apabila bertembung dengan isu yang sama di hadapan pelajar dewasa yang mempelajari Islam. Segelintir pelajar meniru atau menipu semata-mata untuk lulus dalam mana-mana subjek pengajian Islam. Bukan dalam ruang masa peperiksaan sahaja, fenomena ini turut berjangkit kepada penulisan akademik, biarpun tulisannya berhias dalil al-Quran dan sunnah. Biarpun terminologinya disebut plagiarisme, namun sifat asasnya sama iaitu menipu.
 
Persoalannya, mengapa penyakit ini turut berlaku dalam dunia pengajianIslam? Perkara ini memerlukan muhasabah. Biarpun isu ini tidak meruncing, namun graduan ini akan memenuhi institusi pendidikan Islam dan pentadbiran Islam.
 
Jika ketika masih belajar tiada pengalaman untuk berlaku jujur, nilaiintegriti itu tidak akan subur dalamalam pekerjaan. Seandainya tekanan peperiksaan yang ringan itu dirasakan terlalu berat sehingga terpaksa tidak jujur, apakah ada benteng lagi untuk berintegriti di alam kehidupan kerjaya yang tekanannya lebih mencabar?
 
Artikel ini bukan untuk mengkritik sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan. Fokusnya terhadap kejujuran pelajar dalam pembelajaran. Ia berkaitan rapat dengan niat penuntut ilmu itu sendiri. Tiada masalah pada usaha pembelajaran yang matlamat akhirnya ialah penganugerahan sijil selagi Allah dikekalkan sebagai matlamat utama.
 
Kerangka ilmu dan amal Muslim tidak boleh lari daripada pesanan Rasulullah sebagaimana yang dilaporkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Sesiapa menuntut ilmu yang sepatutnya kerana Allah, tetapi mempelajarinya kerana untuk mendapatkan habuan dunia, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada hari kiamat.”(Riwayat Ibn Majah)
 
Amanah Terhadap Ilmu
 
Disiplin dalam mempelajari agama begitu ketat. Semenjak perkembangan awal Islam, para ulama secara tidak langsung telah merumuskan cara ilmu itu wajar dipelajari. Kemudian, terbinalah adab-adab menuntut ilmu yang diperincikan oleh para ulama dalam bahagian awal sesebuah buku.
Uniknya, memandangkan sistem pembelajaran klasik Islam tidakberorientasikan peperiksaan, maka tiadalah sepatah dua nasihat ulama tentang larangan meniru dalam peperiksaan. Juga kerana tiada penulisan tesis yang perlu dihasilkan, maka tiadalah nasihat para ulama tentang larangan plagiarisme terhadap karya orang lain.
 
Namun, sejarah ada merakamkan tentang perkembangan penulisan ilmu hadis sebagai satu bidang yang menekankan aspek integriti. Amanah terhadap ilmu dipraktikkan oleh para sahabat, tabiin dan pengikut mereka. Malahan para ulama hadis mempunyai disiplin yang tinggi dalammemelihara kesucian hadis Nabi.
 
Perbincangan ilmu sanad dan al-jarh wa al- ta‘dil sarat dengan penilaian kadar integriti seseorang yang melaporkan hadis. Perawi yang boleh dipercayai pulamempunyai tingkatannya. Begitu terperincipara ulama Islam menekankan aspekintegriti, malahan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada agama.
 
Muhammad Ibn Sirin berkata: “Ilmu ini (sanad hadis) ialah agama, maka lihatlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu.”
Apabila ilmu sanad ialah agama, tentunya integriti orang yang mewariskan ilmu agama itu dititikberatkan. Hanya ilmu yang sahih dan pasti datang daripada Nabi sahaja yang dipusakai secara lisan dan tulisan. Mereka yang berdusta akan dikritik dan dilabel agar tiada seorang pun daripada kalangan generasi terkemudian boleh mengaitkan ilmu yang datang daripadanya.
 
Integriti para pelapor hadis ini direkodkan dalam banyak buku seperti hasil kerja al-Zahabi bertajuk Siyar A‘Iam al-Nubalaf Biografi setiap pelapor hadis daripada setiap generasi diperincikan, termasuklah komentar terhadap akhlaknya. Sama ada seseorang itu pendusta ataupun tidak dan jujur ataupun tidak. Persoalan integriti tidak terhenti kepada aspek akhlak sahaja. Tetapi turut dinilai dari aspek kekuatan ingatan kerana ia
ibarat enjin kepada integriti dalam pelaporan hadis.
 
Sikap amanah terhadap ilmu ini telah ditekankan oleh para ulama. Bukan sekadar daripada siapa ilmu itu datang, tetapi turut
meliputi cara ilmu itu diperoleh. Disiplin setinggi ini perlu dijiwai dalam diri setiap penuntut ilmu Islam.
 
Contoh Buat Umat
 
Apabila membincangkan persoalan integriti, kisah pengumpulan al-Quran ialah contoh terbaik untuk direnungi.
Gagasan pengumpulan al-Quran bermula pada zaman Abu Bakar al-Siddiq setelah beliau dan Umar al-Khattab mengamati kesan besar peperangan al-Yamamah. Ramai daripada kalangan ahli qurra’iaitu mereka yang menghafal keseluruhan al-Quran telah syahid. Para sahabat utama ini khuatir al-Quran akan hilang daripada umat ini.
 
Untuk menjayakan misi tersebut, Abu Bakar telah mengamanahkan pembukuan al-Quran kepada Zaid bin Thabit, seorang Ansar yang pernah
bertugas sebagai penulis wahyu kepada Rasulullah. Zaid baru berusia 21 tahun ketika menggalas tugas berat itu. Memandangkan Zaid
mempunyai nilai integriti yang tinggi, beliau membuat satu prosedur khusus bagi proses pengumpulan tersebut. Prosedur yang berteraskan integriti untuk menjamin ketulenan kandungan al-Quran.
 
Zaid telah mengumpul dan mencari bahan bukti bagi semua ayat dalam bentuk hard copy. Walaupun Zaid dan para sahabat tahu dan menghafal semua ayat al-Quran, namun mereka perlukan edisi hard copy bagi membuktikan ketulenan al-Quran. Ada yang tertulis di pelepah kurma, permukaan batu, Iembaran kulit dan juga tulang haiwan.
 
Malahan Zaid menetapkan syarat bahawa penulisan ayat itu mestilah dibuat di hadapan Rasulullah. Bagi memastikan perkara itu benar-benar berlaku, setiap pemilik tulisan al-Quran itu perlulah mengemukakan dua orang saksi yang mengakui bahawa ayat al-Quran itu ditulis di hadapan Rasulullah.
 
Zaid melaporkan bahawa semua ayat telah ditemui bukti bertulis kecuali ayat terakhir surah al-Tawbah yang akhirnya ditemui hanya pada seorang individu bernama Abu Khuzaimah al-Ansari. Ayat ke-128 surah al-Tawbah itu tidak ditemui edisi tulisannya pada orang lain selain Abu Khuzaimah.
 
Perkara ini membuktikan kesungguhan para sahabat untuk memastikan al-Quran benar-benar tidak boleh dipertikaikan nilai integritinya pada kemudian hari. Jika tiada integriti pada jiwa sahabat, al-Quran tidak akan sampai untuk bacaan dan rujukan kepada umat pada hari ini.
 
Tegas dalam Mempertahankan Sistem Nilai
 
“Ustaz terlalu tegas dengan kami tadi. Takkanlah melihat buku sedikit pun tidak boleh,” seorang pelajar agak berusia dan berstatus ustazah berani menyindir saya. Saya diam tidak mengendahkannya.
 
“Kami ini sibuk bekerja. Mana sempat hendak study.” Beliau cuba memberikan justifikasi atas tindakan sebilangan rakan sekuliahnya
yang terkejut ditegur oleh saya dalam peperiksaan pertengahan semester tadi.
 
Sikap amanah terhadap ilmu ini telahditekankan oleh para ulama. Bukan sekadar daripada siapa ilmu itu datang, tefapi turut
meliputi cara ilmu itu diperoleh. Disiplin setinggi ini perlu dijiwai dalam diri setiap nenuntut ilmu Islam.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment


Next post:

Previous post: