≡ Menu

Karakter Pelayar Muslim di Alam Maya

ek_03.1

Melihat kepada istilah teknologi maklumat  dan komunikasi (ICT), secara umumnya ia boleh difahami sebagai kumpulan teknologi yang berkaitan dengan maklumat dan komunikasi. Salah satu daripada teknologi ini ialah internet yang begitu sebati dengan kehidupan manusia masa kini.
 
Secara umumnya boleh dikatakan hampir setiap Muslim hari ini, khususnya di negara kita, tahu tentang internet dan pernah menggunakannya, sama ada secara kerap ataupun berkala. Soalnya, sejauh mana kita dapat memisahkan diri daripada internet dewasa ini? Sejauh mana internet itu penting dalam kehidupan kita? Inilah persoalan yang boleh direnung bersama.
 
Jawapannya bergantung kepada keadaan diri masing-masing. Ada antara kita meletakkan Internet sebagai satu elemen penting dalam melaksanakan aktiviti seharian, sama ada yang berkaitan dengan kerjaya mahupun keperluan peribadi.
 
Mungkin ada yang merasakan melayari internet itu umpama berada dalam satu suasana pengalaman yang berlainan dengan dunia fizikal atau nyata. Pelbagai maklumat yang dicapai, berkaitan bidang dan topik yang diminati, isu semasa, berita dan peristiwa. Sama ada yang berkaitan dengan isu tempatan, nasional mahupun global, kini semuanya boleh dan mudah didapati di alam maya.
 
Begitu juga dengan individu yang dihubungi  dapat berinteraksi melalui internet. Kita boleh bertemu dan berkenalan dengan sesiapa  sahaja di internet; lelaki atau wanita, tidak mengira peringkat umur, bangsa atau negara.
 
Layari dengan Iman
 
Namun harus diingat, apa-apa jua kegiatan dan pengalaman yang dicipta dan dilalui di  Intemet bukan khayalan maya. Ia sesuatu yang benar-benar berlaku dan selari dengan dunia  sebenar. Aktiviti dialam maya ialah hasil  tindakan yang nyata dan dilakukan oleh manusia.
 
Oleh sebab itu, ada tanggungjawab dan tuntutan yang perlu dijaga sebagai seorang Muslim tatkala melayari Internet. Beberapa panduan umum dapat digariskan di sini sebagai peringatan apabila memanfaatkan Internet, Lerutama dari aspek maklumat dan komunikasi.
 
Pertama, perkara yang paling utama dan asas,  layarilah Internet dengan keimanan di dada. Maksudnya, sepertimana kegiatan dan aktiviti  hidup lain, iman harus senantiasa memandu segala tindak-tanduk orang Islam. Iman yang teguh dan tulus akan terpancar melalui tindakan yang dilakukan. Kepercayaan kepada Allah dan ketundukan kepadaNya perlu berada di hati setiap masa kita meneroka alam maya. Kita percaya dengan kuasa dan sifat Allah Maha Mengetahui, Maha Melihat dan Maha Mendengar, tiada satu perkara pun yang terlepas daripada pengetahuanNya.
 
Juga malaikat pencatat amalan sentiasa berada di sisi kita, merekodkan apa yang kita layari (bukan rekod log di komputer pelayan (server) sahaja yang mengesan aktiviti Internet kita!) Jika amai soleh dan kebaikan yang dibuat, maka insyaAllah ganjaran yang menanti, dan begitulah juga sebaliknya. Kekejian dan kemungkaran di alam siber adalah tanggungan buruk di kemudian han’ sekiranya tidak bertaubat dan diampunkan olehNya.
 
Menapis Input
 
Kedua, persiapan ilmu merupakan satu perkara yang tidak kurang pentingnya bagi mengemudi pelayaran di Internet ke arah yang benar, serta dapat mengelak daripada menerima penyelewengan yang berbagai-bagai  bentuknya. Kepentingan persiapan ilmu menjadi  lebih nyata terutamanya apabila mencari maklumat yang berkaitan perkara-perkara diniyyah seperti akidah, al-Quran, hadis, syariah, fiqah dan seumpamanya.
 
Sudah sedia maklum, disebabkan keadaan Internet yang terbuka dan tiada sekatan, pelbagai perkara walaupun pada zahirnya berimej Islam tetapi sebenarnya menyeleweng, begitu meluas tersebar melalui Internet. Ilmu harus ada dalam diri seorang pelayar Intemet apabila berhadapan
dengan perkara-perkara ini agar pertimbangan  yang sewajarnya dapat dilakukan.
 
Sejauh mana persiapan ilmu itu mungkin berbeza-beza antala setiap individu, tetapi sedikit sebanyak ia harus ada. Sumber-sumber selain Intemet perlu dirujuk, sama ada sebelum melayari Internet sebagai panduan, atau selepas itu untukmendapatkan kepastian dan kesahihan.
Para ulama dan guru-guru, kitab-kitabmuktabar, buku-buku yang diyakini penulisnya, boleh menjadi sumber untukpersiapan ilmu tersebut.
 
Demikian juga halnya dengan maklumat-maklumat dalam perkara-perkara yang lain.
Mungkin juga kita tidak mampu untuk mempunyai  ilmu dalam semua perkara, jadi pensahihan dan  semakan perlu dibuat selepas mendapat maklumat di Internet. Ini juga bagi mengelakkan diri daripada mempercayai maklumat yang sebenarnya palsu, beransurkan fitnah, adu domba atau pembohongan.
 
Berkaitan dengan perkara ini juga,sumber  maklumat di Internet perlulah terdiri  daripada sumber yang boleh diyakini. Sedikit  sebanyak perlu diketahui Latar belakang Iaman  sesawang atau sumber individu yang menyajikan  maklumat tersebut.
 
Pengguna juga harus berhati-hati serta menggunakan pertimbangan yang sewajarnya apabila mendapat maklumat, terutamanya  daripada forum perbincangan dan orang perseorangan, lebih-lebih lagi jika maklumat tersebut nampak meragukan dan ketara berbeza  dengan apa yang sedia diketahui berdasarkan ilmu yang sudah diketahui itu.
 
Patuh Syariah
 
Seterusnya, “tutur bicara” di Internet juga  mesti dijaga, sepertimana berbicara secara bersemuka. Akhlak dan adab dalam bermuamalat dan berinteraksi perlulah ada, sesuai dengan tuntutan Islam. Ini termasuklah budi bahasa yang menjaga hati dan perasaan orang lain
apabila berkomunikasi.
 
Mungkin juga, dek kerana orang yang menjadi lawan bicara itu tidak berada di depan mata, maka bahasa yang kasar dan kesat itu lebih mudah meniti di jari-jemari, lalu terpapar untuk tatapan semua. Ini ditambah pula dengan penggunaan nama samaran untuk menutup
identiti si pembicara.
 
Fitnah dan kepalsuan mestilah dielakkansama sekali. Kesahihan sesuatu perkara harus dipastikan sebelum dikongsi dengan seluruh dunia. Begitu juga, batasan pergaulan antara kaum Adam dengan Hawa masih perlu dijaga, walaupun di Internet.
 
Gaya dan lenggok bahasa sena foto dan video yang digunakan perlulah mengambil kira kriteria yang telah digariskan oleh syariah. Pendek kata, perkataan, ayat, gambar, audio dan video yang digunakan, sama ada untuk berinteraksi dengan orang lain, berbicara tentang orang lain, ataupun tentang diri sendiri, harulah beradab dan selari dengan akhlak dan tutur bicara islamik yang menjaga maruah dan kehormatan diri, sama ada diri
sendiri atau orang lain. Dan sepertimana yang disebutkan di atas, Allah s.w.t. Maha  Mengetahui dan para malaikat pula merekodkan dan mencatat perkara yang kita lakukan dan bicarakan.
 
Potensi teknologi Intemet sentiasa diterokai bagi mencipta pelbagai kegunaan untuk umat  manusia. Mungkin akan muncul pelbagai cara  dan kaedah untuk manusia memanfaatkan ruang siber maya itu. Dalam apa-apa jua keadaan sekalipun, dalam mencari -aklumat,  berinteralsi dan berkomunikasi, pelayaran di Internet harus dikemudi sebaiknya dengan  kemudi Islam agar la tidak tersasar daripada hala tuju yang diredai Ilahi.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: