≡ Menu

Kata-kata Imam Hassan Al-Banna

Imam Hassan Al-Banna
Hasan Al-Banna telah menyatakan,
“Kitab yang terletak di perpustakaan sedikit yang membacanya,
tetapi seorang muslim sejati adalah ‘kitab terbuka’ yang semua orang membacanya.
Ke mana saja ia pergi, ia adalah ‘dakwah yang bergerak’

Aqidah Imam Hasan Al-Banna: Pertembungan Antara Manhaj al-Asy’ari dengan Salafiyyah

Imam Hasan Al-Banna berkata dalam risalah Aqo’id beliau ketika membuat kesimpulan tentang ayat-ayat mutasyabihat:

وخلاصة هذا البحث، أن السلف والخلف قد اتفقا على أن المراد غير الظاهر المتعارف بين الخلق، وهو تأويل في الجملة، واتفقا كذلك على أن كل تأويل يصطدم بالأصول الشرعية غير جائز، فانحصر الخلاف في تأويل الألفاظ بما يجوز في الشرع، وهو هيّن كما ترى، وأمر لجأ إليه بعض السلف أنفسهم

Maksudnya:

Kesimpulan perbahasan ini bahawasanya Salaf dan Khalaf telah bersepakat bahawasanya yang dimaksudkan (pada ayat-ayat mutasyabihat tersebut) bukanlah dengan makna zahir yang diketahui oleh makhluk-makhluk. Ini adalah manhaj ta’wil.Mereka (Salaf dan Khalaf) juga bersepakat bahawasanya setiap ta’wil yang bercanggah dengan usul syar’iyyah tidak dibenarkan.

Namun, perselisihan terbatas kepada ta’wil lafaz-lafaz mutasyabihat dengan ta’wil yang dibenarkan oleh syarak. Maka, khilaf tersebut sangat ringan sebagaimana yang anda lihat. Bahkan perkara tersebut (ta’wil mutasyabihat) juga dilakukan oleh sebahagian salafus-soleh itu sendiri”.

Kesimpulannya, pendirian Imam Hasan Al-Banna terhadap nas-nas mutasyabihat adalah:

Salaf dan Khalaf sepakat bahawasanya tidak boleh memahami nas-nas mutasyabihat dengan makna zahir yang digunakan oleh makhluk seperti contohnya, tidak boleh faham yadddengan makna tangan, dan sebagainya.

Salaf dan Khalaf sepakat melarang ta’wil bagi nas-nas mutasyabihat dengan ta’wilan yang bercanggah dengan syarak.

Pada hakikatnya, Salaf dan Khalaf tetap menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat kerana tidak berpegang dengan makna zahirnya.

Perbezaan kecil antara Salaf dengan Khalaf adalah, majoriti khalaf menta’wilkan (memberi ta’wil) ayat-ayat mutasyabihat dengan ta’wil yang dibenarkan oleh usul syarak sedangkan golongan Salaf tidak memberi ta’wilnya. Pun begitu, menurut Imam Al-Banna, ada juga sebahagian Salaf yang menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat. Jadi, perbezaan antara Salaf dengan Khalaf sangat kecil.

Oleh sebab pendirian tegas Imam Hasan Al-Banna dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat sebagaimana pendirian As-Sawad Al-A’zhom (majoriti umat Islam), maka golongan Mutasallif banyak mengkritik dan menuduh Imam Hasan Al-Banna sebagai sesat sebagaimana mereka menuduh sesat Al-Asya’irah (majoriti umat Islam).

Lihatlah bagaimana Dr. Umar Al-Asyqar berkata dalam buku “Al-Aqidah fi Allah” m/s 245:

حاول بعض المعاصرين كالشيخ حسن البنا والشيخ حسن أيوب وغيرهما أن يهوّنوا من خطيئة هؤلاء الذين عُرفوا باسم الخلف، وأن يقربوا بين وجهة نظر السلف والخلف، ولكن الحقيقة التي يجب أن تدرك أن مذهب الخلف الزاعمين أن ظاهر الصفات غير مراد المؤولين لها، مذهب بعيد عن الصواب، ولا لقاء بينه وبين مذهب السلف، ولا يشفع لبعض الخلف حسن نيتهم، فحسن النية لا يجعل الباطل حقاً

Maksudnya:

Sebahagian ahli ilmu zaman ini seperti Sheikh Al-Banna, Sheikh Hasan Ayyub dan sebagainya memperkecilkan kesalahan mereka yang dikenali sebagai Khalaf (merujuk kepada golongan Al-Asya’irah) dan mendekatkan pandangan Salaf dan Khalaf (dalam bab ayat mutasyabihat) sedangkan pada hakikatnya (-menurut sangkaan Umar Al-Asyqar-) yang perlu diketahui bahawasanya mazhab Khalaf yang menyangka makna zahir bagi sifat-sifat (ayat mutasyabihat) bukan dimaksudkan oleh Allah lalu mereka menta’wilkannya, maka itu merupakan mazhab yang jauh dari kebenaran. Tiada titik pertemuan antara Khalaf dengan mazhab Salaf dan sebahagian Khalaf tidak perlu lagi diberi pembelaan dengan niat mereka yang baik kerana niat yang baik tidak pernah menjadikan sesuatu kebatilan sebagai kebenaran”.

Lihatlah betapa Dr. Sulaiman Al-Asyqar yang merupakan antara golongan Mutasallif (pengaku salafi) mengkritik hebat Al-Asya’irah (dengan sebutan Khalaf) dan mengkritik hebat orang yang cuba mendekatkan kedua-dua manhaj, Salaf dan Khalaf dalam masalah mutasyabihat, seperti Imam Hasan Al-Banna.

Oleh kerana itulah, Dr. Al-Qaradhawi membalas kritikan Dr. Sulaiman dalam buku beliauFusulun Fi Al-Aqidah dan membela pendirian Imam Hasan Al-Banna.

Pendirian Imam Hasan Al-Banna lalu dibela oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam buku Al-Fusul merupakan pendirian majoriti ulama’ Islam sejak zaman salaf sehingga zaman khalaf (kerana term salaf dan khalaf berkaitan dengan masa, bukan berkaitan dengan mazhab tertentu) yang mana ianya terus dipertahankan oleh golongan Ahlus-Sunnah wal Jamaah dari kalangan Al-Asya’irah dan Al-Maturidiyyah.

Setelah mendapati kesepakatan manhaj Salaf dan Khalaf yang tidak berpegang dengan makna zahir bagi nas-nas mutasyabihat, dapatlah difahami bahawasanya yang bercanggah dengan manhaj kedua-dua ini adalah manhaj Mujassimah (yang wujud sejak zaman Salaf) dan sesetengah Mutasallif (yang mengikut kefahaman Mujassimah terdahulu).

Hendaklah mereka yang mengaku mengikut fikrah Al-Ikhwan atau dakwah Imam Hasan Al-Banna berpegang dengan aqidah Imam Hasan Al-Banna yang juga merupakan aqidah Al-Asya’irah yang juga merupakan aqidah Salaf yang juga merupakan aqidah Ahlus-Sunnah wal Jamaah dan menjauhi aqidah Mujassimah atau sebahagian Mutasallif. Bagaimana mengaku ikut dakwah Al-Ikhwan tetapi aqidah bercanggah dengan pendirian Hasan Al-Banna malah lebih mirip kepada Mujassimah mahupun kepada sesetengah Mutasallif?

Fahaman-fahaman sesat perlu dicegah daripada merebak ke dalam jemaah dakwah dan islah kerana jika tidak dibendung, maka jemaah tersebutlah sebenarnya membawa mafsadah(kemudaratan) kepada masyarakat Islam, walaupun atas nama islah. Bak kata Dr. Sulaiman juga: “niat yang baik tidak pernah menjadikan kebatilan sebagai suatu kebenaran”. Begitu juga, mengaku salaf tetapi tidak mengikut manhaj salaf sebenar tidak pernah menjadikan seseorang itu seorang salaf.

Sumber

jobs from - my.neuvoo.com Adakah anda sedang mencari kerja di rumah? .
Ini peluang untuk anda bekerja sambilan atau sepenuh masa dari rumah. Gaji lumayan dan dalam Dolar Amerika. Kekosongan segera seluruh negara. Maklumat lanjut sila join website berikut: ==> Cari Kerja
bua tduit dengan youtube adsense

 

Comments

2 comments… add one

Leave a Comment



Next post:

Previous post: