≡ Menu

Kaum Luth Era Moden

Kaum Luth Era Moden

Firman Allah di dalam Surah al-Qamar ayat 33 hingga 36 yang bermaksud:”(Demikian juga) kaum Nabi Luth telah mendustakan peringatan dan amaran (yang disampaikan oleh Rasulnya). Sesungguhnya Kami telah menghantar kepada mereka angin ribut yang menghujani mereka dengan batu, kecauli keluarga Nabi Luth, Kami selamatkan mereka (dengan menyuruh mereka keluar dari situ) pada waktu jauh malam sebagai limpah kurnia dari Kami.

Demikian Kami membalas orang-orang yang bersyukur. Dan demi sesungguhnya Nabi Luth telah memberi amaran kepada mereka mengenai azab seksa Kami, dalam pada itu mereka tetap mendustakan amaran-amaran itu.”

Al-Quran telah mencatatkan sejarah pengamalan seks luar tabi’e terawal berlaku di kalangan masyarakat yang diutuskan kepada mereka Nabi dan Rasul, iaitu Nabi Luth a.s. Nabi Luth a.s hidup sezaman dengan Nabi Ibrahim a.s dan diutuskan kepada kaum atau masyarakat yang tinggal di bandar Sodom. Bandar ini terletak di bahagian utara Laut Merah atau di Negara Jordan sekarang. Firman Allah di dalam Surah al-A’raf ayat 80 hingga 82 yang bermaksud: “Dan Nabi Luth juga (Kami uruskan).

Ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untukmemuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Dan tidak ada jawab dari kaumnya selain daripada berkata: Usirlah mereka (Nabi Luth dan pengikut-pengikutnya yang taat) dari bandar kamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang (mendakwah) mensucikan diri.”

Kisah kebejatan sosial yang berlaku di dalam masyarakat Sodom atau kaum Nabi Luth banyak dirakamkan di dalam al-Qur’an dan kita sendiri mendengar kisah tersebut sejak kecil. Kini. kebejatan tersebut bukan berlaku di dalam satu kaum atau masyarakat sahaja, malah menjadi isu global yang membarah. Secara tidak sedar, satu komuniti baru telah wujud dalam masyarakat dunia dan kini mereka menuntut hak yang mereka cipta sendiri. Juga secara tidak sedar, kaum Luth era moden sudah lama lahir di kalangan kita.

Apa itu homoseksual?

Homoseksual atau homoseksualiti berasal dari perkataan Greek iaitu ‘homo’ bermaksud kesamaan, manakala ‘sexsual’ pula merujuk kepada hubungan yang melibatkan tubuh badan. Homoseksual merujuk kepada kedua-duajenis jantina, lelaki dan perempuan. Kebiasaan. perkataan ‘gay’ merujuk khusus kepada lelaki dan ‘lesbian’ pula sebaliknya. Namun di dalam Bahasa Inggeris, ‘gay’ kadang-kadang dirujuk kepada kedua-dua jantina. Homoseksual tidak hanya berlegar pada hubungan seks melalui dubur atau merujuk kepada lelaki bersifat keperempuanan ataupun sebaliknya, malah membabitkan psikologi dari segi kognitif, afektif, sikap, niat serta tingkah laku seseorang. Mengikut kajian psikologi di Amerika Syarikat, pola pengamalan seks manusia diperjelaskan dengan konsep orientasi seksual dalam tiga kategori iaitu heteroseksual (seks normal), homoseksual (seks sejantina) dan biseksual (cenderung kepada kedua-dua jenis seks). Orientasi seksual merujuk kepada reaksi erotik kesan dari fantasi dan keinginan seksual dengan jantina untuk mengadakan hubungan. Fantasi dan keinginan seksual ini kekal sepanjang hidup dan setiap individu mempunyai salah satu dari identiti seksual sama ada heteroseksual, homoseksual atau biseksual.

Terdahulu, gejala gay dan lesbian dikategorikan sebagai keruntuhan moral manusia yang bertujuan seronok semata, ataupun gejala ini dilihat sebagai gejala alternatif selain dari seks rambang untuk memperoleh keseronokkan. Namun kini, mereka ibarat satu komuniti baru yang wujud dan menuntut hak yang sama dengan manusia normal. Pelbagai persatuan dibawah nama hina ini muncul di negara-negara barat malah membiak juga di timur. Jadi, istilah homoseksual kini tidak lagi diertikan sebagai aktiviti atau pengamalan seks luar tabi’e, tetapi nama bagi satu komuniti baru masyarakat dunia.

Homoseksual dan dunia.

Laungan kebebasan mutlak yang bermula sejak zaman kegelapan Eropah sehingga kini menjadi hujah bagi segolongan manusia untuk mengamalkan homoseksual. Memisahkan kehidupan dari ‘cengkaman’ agama menatijahkan segala larangan dari mana-mana agama tidak diendahkan hatta daripada Islam. Dunia kini langsung tidak memandang serong kebejatan sosial yang menggila ini bahkan memberi ruang seluasnya untuk mereka melaungkan hak ciptaan sendiri. Kadang-kadang, kewujudan mereka di sekitar masyarakat normal langsung tidak memberi cacat kepada sesebuah masyarakat. Mungkin kerana secara zahir mereka seperti manusia normal yang lain dan tidak menganggu perjalanan hidup orang lain.

Amerika Syarikat yang boleh digelar kiblat maksiat sememangnya ‘menternak’ manusia-manusia abnormal ini. Rancangan televisyen seperti Ellen dan Will and Grace yang memaparkan kisah’ kehidupan homoseksual ditayangkan sewenangnya. Mengikut statistik, peratusan wanita Amerika yang melakukan hubungan seks sejenis meningkat sebanyak I5 kali ganda sejak tahun 1988 hingga 1998. Pada jangkamasa yang sama, peratusan bagi lelaki Amerika pula dicatatkan kurang dua kali ganda dari peratusan wanita. Menurut kajian ini, jumlah lelaki yang mula mengadakan hubungan sejenis meningkat dari 2% pada tahun 1988 menjadi 4% pada tahun 1998. Manakala bagi wanita pula, meningkat dari 0.2% pada tahun 1988 kemudian mencecah 3% sepuluh tahun kemudian. Statistik ini tidak menghairankan kerana ia mewakili masyarakat yang tidak mempedulikan sensitiviti budaya, agama dan adat. Di Amerika juga wujud pelbagai persatuan homoseksual yang dianggotai oleh golongan profesional seperti doktor, peguam, ahli terapi dan sebagainya. Mereka mempunyai struktur asas persatuan, aktiviti-aktiviti  berkaitan, malahan menjaga kebajikan ahli homoseksual mereka. Negara-negara lain seperti Belgium. Kanada serta negara-negara Eropah pastinya tidak kosong dari kebejatan sosial ini. Senat Belguim sudah membenarkanperkahwinan homoseksual, Perdana Menteri Kanada juga bersetuju dengan idea karut ini. Secara kasar. dunia sememangnya memperkenankan kewujudan semula kaum Luth di era moden ini.

Homoseksual, Asia dan Malaysia.

Keruntuhan moral masyarakat di Jepun dan Korea tidak boleh dinafikan lagi. Kes-kes pelacuran pelajar menjadi masalah kepada masyarakat dua negara tersebut. Pastinya kegiatan homoseksual tidak terkecuali. Walaupun tidak separah masyarakat di Barat, namun komuniti ini hidup bebas tanpa gangguan. Dalam keripuhan kepimpinan Indonesia memerangi pengganas, komuniti homoseksual pula mencabar undang-undang. Pernikahan umum pasangan gay di sebuah gereja menyatakan betapa seriusnya kebejatan sosial yang berlaku di negara jiran Malaysia ini. Di dalam sebuah artikel. statistik pelajar-pelajar di Indonesia terlibat dengan homoseksual cukup membimbangkan. Hampir 35% pelajar-pelajar di Bandung terlibat dan mampu mengeluarkan majalah homoseks ‘GAYa Nusantara’ tanpa larangan, tanpa tapisan dari mana-mana pihak. Satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pelajar Islam Indonesia (PII) antara bulan September hingga November 2002 ke atas pelajar-pelajar di Jawa Barat amat mengejutkan. Daripada 75% pelajar yang terlibat dengan pelbagai kesalahan juvana, 45% daripadanya adalah salahlaku seksual dan di antaranya 25% pelajar lelaki yang melakukan homoseksual. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar dari umur 12 tahun hingga 24 tahun. Statistik yang membimbangkan ini menyatakan nisbah yang hampir serupa bagi masyarakat kita di Malaysia. Walaupun tidak dinyatakan secara hitam putih, gejala abnormal ini sudah lama bertapak di negara kita malah kini sudah kukuh. Kebejatan sosial ini dikatakan wujud dalam kekaburan dan kebiasaannya didedahkan berdasarkan kewujudan lelaki bersifat perempuan atau lebih dikenali sebagai pondan, maknyah atau bapok. Kendati gejala mak nyah atau pondon sudah sekian banyak di seantero tanahair, ini tidak memberi maksud gejala homokseksual secara total telah dipraktikkan di tanahair sebagaimana yang berlaku di Indonesia dan di Barat. Masyarakat Melayu yang masih berpegang pada adat dan bersungguh menjaga maruah pasti tidak boleh menerima jika di dalam komuniti mereka wujud satu keluarga gay. Mentaliti masyarakat yang suka bercakap belakang’, mungkin juga menjadi penghalang kepada tindakan berani golongan homoseksual ini.

Namun, segalanya mungkin. Masakan masyarakat serumpun yang berjiran sudah berani, tidak mustahil sedikit masa nanti berani itu berjangkit ke tanahair kita. Kemungkinan buat masa ini komuniti homoseksual belum lagi wujud di Malaysia sebagaimana wujud di Amerika dan negara-negara lain, namun tunas kebejatan ini sudah membuah dan hampir masak. Gejala maknyah, tomboy, pengkid dan lelaki lembut menjadi buah mulut masyarakat. Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang?

Renungan bersama.

Fiman Allah yang bermaksud: “Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka kami jadikan negeri kaum Luth itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka bumzinya), dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati dan memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Luth yang telah di binasakan itu, terletak dijalan yang tetap (di lalui orang).” (Surah al-Hijr, ayat:73-76)

Mungkin kisah bumi terbalik tidak diterima oleh sesetengah manusia mengikut logik dan realiti tanpa panduan yang mereka imani. Mungkin kisah tersebut dianggap dongeng orang tua bagi menghalang anak cucunya berbuat jahat. Namun, apa yang termaktub di dalam’al-Qur’an bukan dongeng atau cerita rekaan. Banyak bukti saintifik telah dijumpai sebagai hujah bahawa segala bala yang diturunkan oleh Allah kepada umat terdahulu adalah benar.

Di era moden ini, mungkin bumi tidak akan diterbalikkan (segalanya ketentuan Allah), namun penyakit Aids yang tiada penawar sehingga kini pasti mengerunkan sesiapa sahaja yang mendengar. Pengamalan seks luar tabi’e adalah salah satu cara Aids tersebar, lalu mahu menunggu bumi diterbalik sekali lagi baru gejala ini tamat?

Comments

2 comments… add one
  • Tri Arisandi

    Sekarang banyak sekali wanita cantik yang berpasangan dengan lelaki jelek, karena lelaki tampan pasangannya dengan lelaki tampan juga…

  • Nauzubillah.. mintak jauh..

Leave a Comment




Next post:

Previous post: