≡ Menu

Keburukan Gugel Jer Yang Semua Patut Tahu

TUJUH KEBURUKAN ‘GUGEL JER’ YANG SEMUA PATUT TAHU

Gugel Jer merupakan produk baru keluaran Masfira Network, dibawah kendalian Puan Masfira Latif, owner untuk produk Buat Duit Dengan YouTube AdSense.
Keistimewaan produk-produk Puan Masfira adalah panduannya berbentuk praktikal, di mana, anda buat anda dapat.

Sebagai contoh: Jika dia meminta anda menaip A dan mengatakan anda dapat hasil B, anda taip A, insyaAllah anda dapat hasil B.

Oleh kerana panduan-panduan Puan Masfira berbentuk praktikal, maka untuk Panduan ‘Gugel Jer’, Puan juga menggunakan pendekatan serupa.

Anda ikut dan anda dapat hasil.

Namun, setelah memiliki Panduan ini, berikut adalah 7 Keburukan yang Anda Patut Tahu.

1. Cracking

Cracking adalah satu istilah di dalam dunia penggodaman di mana kita boleh menyusup masuk ke dalam laman web orang lain. Ianya dipanggil cracking kerana si cracker ini tidak merosakkan laman web orang, sekadar masuk dan pergi. Motifnya pula tidak dikenalpasti.

Apa yang buruknya apabila memiliki Gugel Jer ini adalah sesetengah orang yang tidak dapat menahan diri, berpotensi untuk masuk ke dalam laman web orang lain, dan memuat turun produk-produk digital yang dijual.

Sudah tentu, dengan mudah seseorang boleh akses ke laman web yang berkongsikan fail-fail percuma, tapi tempiasnya, fail tak percuma turut terdedah!

Sedar tidak sedar, ianya bukan merujuk kepada laman web antarabangsa sahaja malahan dalam negara juga!

2. Doxing
Doxing adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada pencarian maklumat seseorang di internet, samada ianya private atau terbuka dan biasanya dengan niat jahat.

Dengan Panduan Gugel Jer, seseorang yang jahat dengan mudah boleh mencari maklumat rahsia orang lain dan mendedahkannya kepada umum.

Teknik ini sememangnya senjata paling utama orang yang bekerja dalam bidang penyiasatan seperti detektif peribadi, debt collector dan sebagainya kerana mereka perlu mencari orang dan makluamt tentang orang yang mereka cari. Sudah tentu sempurna untuk orang yang mencari saudara yang dah lama menghilang dan sebagainya.

Namun, jika jatuh ke tangan orang jahat, orang jahat ini berpotensi mengambil gambar, video, fail leak peribadi yang disimpan dalam laman web, atau laman penyimpanan fail peribadi seperti google drive, docs dan sebagainya.

3. Susah Buat Duit

Bercakap tentang Buat Duit, ramai orang suka membeli panduan sebegini. Ini kerana ramai yang perlu buat duit sampingan terutamanya sekarang.

Namun, dengan memiliki panduan Gugel Jer ini, berpotensi ramai yang tidak akan membeli produk Buat Duit yang biasa-biasa lagi. Sebab semua yang available di Google, akan dengan mudah dicari dengan panduan Gugel Jer ini.

Produk-produk seperti Panduan Affiliate Untuk Newbie, Panduan Blog Untuk Newbie, Panduan AdSense untuk Newbie, Panduan Facebook Ads/ Power Editor Untuk Newbie berpotensi tidak dibeli kerana pemilik Gugel Jer sekadar taip sahaja dan dah dapat panduan. Paling tragis, dia jumpa panduan advanced yang lebih baik daripada yang diajarkan di seminar ribu ringgit dalam negara kita ni.

Sesiapa yang berhasrat untuk menghasilkan produk panduan ala kadar, memang terkesanlah bisnes anda. Anda kena improve produk anda ke tahap berkualiti Gred A++ seperti yang Puan Masfira selalu katakan.

4. Penat

Jika anda seorang blogger, mungkin anda pernah menghadapi keadaan di mana anda mengalami writer’s block. Anda tak tahu nak tulis apa sebab tak ada idea.

Mungkin juga anda adalah influencer Facebook atau YouTubers, dan tersekat terutamanya bila nak menghasilkan content berkualiti.

Dengan Panduan ‘Gugel Jer’, anda tidak akan mengalami keadaan sedemikian, malahan sebaliknya, anda akan mengalami kemuntahan content berkualiti. Sebagai contoh, untuk keyword ‘rezeki’ sahaja, terdapat 75,000 content berkualiti untuk anda gunakan. Dengan panduan support peribadi Gugel Jer, untuk keyword ‘rezeki’ anda mampu memiliki ~200,000 content berkualiti untuk keyword ‘rezeki’. Peribadi ni maksudnya, anda kena tanya kat support email untuk Gugel Jer ni.

Sudah tentu, dengan Panduan Gugel Jer ini, anda cenderung penat sebab tak tahu nak guna mana satu content sebab dah terlalu banyak content berkualiti. Oh ya, content berkualiti ni merujuk kepada content yang boleh dibukukan. Jika sebelum ni penat nak cari idea, Panduan Gugel Jer buat anda penat nak pilih idea berkualiti pula.

5. Bangga Diri dan Terasa Hensem/ Cantik

Jika sebelum ini anda kerap bertanya, macam mana? di mana? untuk sesuatu yang berada di Google, tak kira carian biasa atau tersmbunyi, mungkin selepas ini anda adalah orang yang akan tahu jawapannya.

Anda akan jadi orang serba tahu, tempat rujukan orang lain untuk mencari sesuatu di internet.

Namun, seperti dalam kisah Spiderman, “with great power, comes great responsibility”, anda tertakluk dengan tanggungjawab untuk sentiasa kekal hero. Jika tidak, kebolehan anda ini boleh menyebabkan anda merasa bangga diri, terasa hensem/ cantik sebab anda sahaja yang dicari, dan riak pada satu tahap sampai jadi macam Magneto dalam X-Men.

6. Buat Duit/ Sibuk Sebab Tamak

Bagi yang terlepas topik sebelum ini, saya ada bercerita tentang buat duit dengan link shortener. Boleh kata, ianya adalah sumber duit instant/ segera. Buat dan dapat duit.

Dengan Panduan Gugel Jer, dan ratusan group yang dahagakan pelbagai jenis content, anda boleh menjadi pembekal info dalam ratusan group ini dan menjana wang bagi setiap info yang diberi. Sebagai contoh, 100 group. Jika sehari anda dapat 10 download bagi setiap group, bersamaan 1000 download… maka anda menghasilkan RM10 sehari.

Jika anda boleh provide content sekelip mata dengan Panduan Gugel Jer, mengapa anda terhadkan diri berkongsi satu info? Semestinya anda nak berkongsi banyak, mungkin 100 info per group. Jika setiap 1 info, anda jana RM10, 100 info sehari anda jana RM10x100: iaitu RM1000 sehari.

Jika anda dah nampak RM1000 sehari, mungkinkah anda akan rasa tamak dan nak cari 1000 group, gunakan software autopost, dan berkongsi info setiap minit?

Jika dah sibuk sangat, mungkinkah anda akan lupa nak luangkan masa bersama keluarga tersayang?

Inilah keburukan Panduan Gugel Jer, bukan sahaja anda boleh jadi sibuk buat duit, anda berpotensi sibuk cari info. Penyakit serius ni!

7. Facebook Jer la pulak

Oleh kerana Gugel Jer ini dah cukup merbahaya dan keupayaannya sudah dikenalpasti, tak lama lagi Puan Masfira akan keluarkan Facebook Jer pula.

Facebook Jer ini adalah ‘Gugel Jer’ versi Facebook.

Anda dengan mudah boleh mencari rahsia di dalam Facebook pula. Keburukan-keburukan yang anda baca di atas berganda sebab kali ni Facebook pun anda kuasai.

Kebaikannya, 1000 orang sahaja akan dapat FREE panduan Facebook Jer ni.

Adakah anda termasuk yang 1000 orang itu?

Kesimpulan

Meskipun dengan 7 keburukan diatas, Gugel Jer sebenarnya memiliki banyak kebaikan jika anda menggunakannya sebaik mungkin. Ia boleh
i. menjimatkan duit anda daripada membeli produk ala kadar
ii. menjimatkan masa anda daripada info sampah
iii. membolehkan anda menambah ilmu tak kira bidang termasuk agama, perniagaan, blog dsb
iv. membuka luas peluang anda tak kira untuk buat duit, untuk memajukan potensi diri dsb

Terpulang kepada anda untuk merealisasikan ayat “with great power, comes great responsibility” ini. Keputusan di tangan anda.

bua tduit dengan youtube adsense

 

Comments

1 comment… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: