Friday, May 24, 2013

You are here: Home > Bulan-bulan Islam > Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Safar

Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Safar

 

Amalan-amalan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain.

Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Safar yang menjadi amalan Rasulullah saw ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh.

Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim.

Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.

Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.

Kepercayaan dan Amalan-amalan Khurafat

Walaupun sudah semakin kurang namun masih ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut datuk nenek moyang kita yang entah dari mana asasnya.

Di antara kepercayaan dan amalan-amalan karut yang berlaku dan ada kaitan dengan bulan Safar itu ialah;

Rabu terakhir adalah hari malang

Biawak petanda celaka

Burung hantu petanda kemudharatan

Burung gagak petanda kematian

Bulan Safar adalah bulan bala

Kononnya untuk mengelakkan petanda-petanda buruk ini dari berlaku maka disunatkan mandi Safar, berpuasa dan membuat kenduri tolak bala khas di bulan Safar. Kepercayaan dan amalan-amalan di atas tadi adalah khurafat kerana tiada asas ataupun sumber rujukan dari mana asalnya.

Adapun ada hadis-hadis yang mengatakan tentang perkara-perkara tersebut adalah ditolak kerana ia adalah hadis palsu yang sengaja direka-reka dan sudah dinafikan oleh satu hadis shahih yang diriwayatkan oleh imam Bukhari;

Maksudnya;

Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa.

Maka hukum berpegang dengan kepercayaan karut adalah ditolak. Jika ia berkaitan atau menyalahi akidah maka ia boleh membawa kepada syirik dan merosakkan iman. Apabila iman sudah rosak, maka ia akan mempengaruhi amalan maka amalan juga tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala.

Beramal dengan perkara-perkara tersebut juga adalah ditolak kerana ia adalah bid’ah dhalalah. Maka beramal dengan perkara-perkara bid’ah dhalalah adalah haram hukumnya. Dan ada banyak lagi kepercayaan dan amalan-amalan yang karut berkaitan dengan bulan Safar ini mengikut kawasan-kawasan dan kaum-kaum tertentu.

Oleh itu ilmu agama yang berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah adalah neraca untuk menilai setiap sesuatu sama ada mengikut Syarak atau sebaliknya. Dalam memperbetulkan perlakuan segelintir umat di kalangan masyarakat Islam yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut ini, maka pendakwah dan individu yang faham dan ingin membetulkannya hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu agama dan methodologi dakwah itu sendiri agar kerja dakwah itu menjadi lebih berkesan dan lancar.

Incoming search :
bulan safar,kelebihan bulan safar,keistimewaan bulan safar,kebaikan bulan safar,bulan safar 2013,puasa bulan safar,amalan sunnah di bulan safar,manfaat puasa bulan safar,puasa di bulan safar,puasa0 sofar,manfaat puasa purnama,puasa sapar,kebaikan di bulan safar,bulan shafar,bulan syafar,kelebihan bulan islam,kepercayaan karut mengenai gagak,kenduri bulan safar,kelebihan puasa bulan safar,kelebihan lahir dalam bulan rejab,kelebihan lahir pada bulan may,Www apa manfaat puasa bulan sapar,Niat puasa dibulan safar,tarik bulan safar 2013,tarik bulan melayu 2013,tazkirah kelebihan bulan safar,sunah puasa di bulan safar,niat puasa sunnah bulan safar,puasa sunat bulan safar,Puasa d bulan safar,tiada jangkitan lari dari kusta singa,petanda buruk burung hantu,tiada sial pada bulan,kelebihan berpuasa di bulan safar,keistimewaan puasa bulan sapar,fadilat puasa bulan safar,fadilat mandi safar,fadhilat puasa sunat bulan safar,fadhilat dan kelebihan bulan safar,contoh puasa bulan safar,cerita islam bulan safar,amalan pada bulan safar,bulan islam dan kelebihannya,bilan safar,bila bulan safar 2013,arti puasa safar,faedAh puasa di bulan safar,hukum puasa bulan safar,keistimewaan bulan-bulan islam,keistimewaan bulan shafar,keistimewaan bulan sapar,keistimewaan bulan r,keistimewaan bulan may,keistimewaan bulan 1 safar,keistimewaaan bulan safar,keistimewaa ulan syafar,kebaikan setiap bulan islam,kebaikan dibulan safar,kebaikan burung gagak,Apa keistimewaan bln safar
     
bedak arab borong

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
Mempunyai Masalah Rambut Gugur?
Masalah GIGI KUNING?

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: