≡ Menu

Kenapa Anda Perlu Miliki Samsung Galaxy S Gear ?

Miliki Samsung Galaxy S Gear

Anda ada telefon pintar? Jadi, anda perlu miliki Samsung Galaxy S Gear. Namun begitu, apakah Samsung Galaxy S Gear? Singkatan baginya ialah Gear S. Ianya merupakan alatan mudahalih sepertimana telefon pintar anda. Bezanya ialah, Gear S merupakan sebuah telefon pintar dalam bentuk jam tangan. Ya, sama seperti jam tangan digital! Bezanya ialah, ia dipadatkan dengan lebih banyak fungsi daripada seutas jam tangan.

Bagaimana ia berfungsi. Gear S dilengkapi dengan aplikasi yang hampir sama dengan sebuah telefon pintar sepeeti untuk membuat panggilan, menghantar pesanan ringkas dan juga memberi anda notifikasi penggera. Gear S dilengkapi juga dengan paparan skrin 2 inci bertaraf HD AMOLED. Paparan nyata lebih jelas dan hebat dengan skrin berwarna. Tambahan pula, skrin Gear S merupakan skrin sentuh yang berfungsi untuk menjawab panggilan ataupun memasang aplikasi yang terdapat di dalamnya.

Antara aplikasi yang boleh didapati di dalam Gear S ialah,  aplikasi Bluetooth. Aplikasi ini berfungsi sebagai penghubung antara perisian lain seperti telefon pintar anda untuk memasang muzik ataupun sebagai alat komunikasi pantas untuk menjawab panggilan telefon. Walaubagaimanapun, versi terbaharu Gear S tidak perlu lagi menggunakan Bluetooth kerana ianya boleh dimasukkan simkad berbentuk nano. Versi ini memadatkan lagi fungsinya sebagai sebuah alat komunikasi pintar.

Pemakaian pintar yang memberikan anda pengalaman mobility yang berbeza. Gear S turut dilengkapi dengan sistem GPS mudahalih. Kini, perjalanan ke destinasi anda menjadi lebih mudah dengan hanya di hujung jari. Ciri-ciri S Voice yang tersedia juga turut membenarkan pengguna menggunakan aplikasi ini dalam bentuk hands-free. Nikmatilah pengalaman yang berbeza apabila memandu mahupun menunggang dengan hanya di hujung jari anda. Gear S juga sesuai dihubungkan dengan kebanyakan GALAXY device.

Jadi, apa yang anda tunggu lagi? Dapatkan segera Gear S anda sendiri. Gear S boleh didapati di kebanyakan pusat jualan Samsung ataupun di kedai-kedai elektronik  yang menyokong jualan GALAXY device. Nikmati pengalaman yang berbeza dengan evolusi gadget elektronik ini.

Comments

1 comment… add one

Leave a Comment


Next post:

Previous post: