≡ Menu

Kerana Sebatang Pen

aku sebatang pen

Jika kita meneliti sikap para ulama berkenaan hutang, kita akan melihat sikap warak yang sangat tinggi dalam diri mereka. Mereka ialah orang yang paling sedar akan bahaya hutang dan sangat mengambil berat dengan perkara ini.
 
Salah seorang daripada ulama tersebut ialah Imam Abdullah bin al-Mubarak (w.181H).
 
Sejak usia mudanya,
 
Ibn al-Mubarak sangat rajin menuntut ilmu. Beliau sering kali berpindah ke pelbagai negeri untuk berjumpa para ulama dan menulis hadis-hadis mereka.
 
Suatu ketika, dalam sebuah majlis ilmu di Syam, pen yang beliau gunakan untuk menulis telah rosak. Lalu, beliau meminjam sebatang pen daripada seorang pelajar lain yang duduk bersebelahan dengannya.
 
Setelah majlis berakhir, Ibn al-Mubarak bangkit untuk meneruskan perjalanannya ke Mesir. Kerana agak tergesa-gesa, beliau terlupa mengembalikan pen yang dipinjam itu kepada pemiliknya. Beliau hanya teringat setelah tiba di Mesir.
 
Menyedari beliau telah mengambil hak seseorang tanpa izin, Ibn al-Mubarak segera kembali ke Syam. Padahal peqalanan dari Syam ke Mesir sangat jauh dan perlu melintasi lautan. Setibanya di Syam, beliau segera mencari pemilik pen tersebut dan mengembalikannya.
 
Demikianlah sifat warak Ibn al-Mubarak. Beliau sedar bahawa barang pinjaman yang bukan miliknya boleh menghalanginya daripada memasuki syurga. Justeru, beliau bersegera mengembalikan walaupun perlu merentas perjalanan yang begitu jauh.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: