Wednesday, July 23, 2014

You are here: Home > Maklumat Kesihatan > Khasiat Dan Kelebihan Jambu Batu

Khasiat Dan Kelebihan Jambu Batu

by Cahaya Purnama

jambu_batu1-copy2

Jambu batu atau Psidium guajava merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak cabang. Tingginya dapat mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi serta banyak biji.

Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk dalam famili atau suku Myrtaceae.

Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin yang berkhasiat sebagai antibakteria.

Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut.

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia …

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

“Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,” ujar beliau

Incoming search :

khasiat jambu batu,khasiat daun jambu batu,Khasiat buah jambu batu,daun jambu batu,jambu batu,khasiat jambu batu untuk ibu hamil,khasiat pucuk jambu,khasiat air jambu batu,manfaat jambu batu untuk ibu hamil,khasiat daun jambu,khasiat jambu batu tanpa biji,khasiat jambu batu untuk ibu mengandung,khasiat jus jambu batu merah,khasiat minum air rebusan daun jambu,khasiat pokok jambu,makan jambu batu ketika mengandung,manfaat buah jambu air,manfaat buah jambu btu,manfaat pucuk daun jambu batu,adakah jambu merah bangak gula,kelebihan mkn jambu batu ibu hamil,kelebihan makan jambu batu,adakah jus jambu sesuai untuk ibu mengandung,bolehkah makan jambu batu dengan epal semasa cirit birit,jambu batu bagi ibu hamil,jambu batu untuk ibu hamil,jus harum malam bagi hamil,jus jambu batu,kandungan buah jambu batu,kebaikan air jus untuk ibu hamil,kebaikan jambu air,kebaikan jambu batu untuk ibu mengandung,kebaikan makan buah jambu batu,kegunaan jambu batu,kelebihan air jus jambu batu,kelebihan buah jambu,kelebihan buah jambu batu,kelebihan jus jambu batu,wanita hamil boleh makan jambu batu

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
Mempunyai Masalah Rambut Gugur?

Previous post:

Next post: