≡ Menu

Kiamat Menurut Islam

Kiamat Menurut Islam

Bagi manusia yang berakal dan beriman pastinya akan mengakui bahawa tiada satu pun objek yang wujud, peristiwa yang terjadi dan hukum yang berlaku di aiam semesta ini yang dijadikan sia-sia ataupun tanpa tujuan. Maka Allah tidak akan menciptakan alam semesta ini dengan sia-sia. Pastinya setiap yang wujud di alam ini tidak bersifat kekal termasuklah alam ini melainkan Allah.

Itulah hukum alam yang merupakan sunnatullah yang perlu kita yakini. Justeru itu Islam menolak segala pandangan dan fahaman sesat ahli falsafah serta barat yang mengatakan bahawa alam semesta ini adalah satu zat yang konsisten, statik dan tidak berubah. Sepertimana pandangan daripada ahli falsafah materialisme yang mempercayai bahawa alam ini kekal dan beroperasi tanpa memerlukan pencipta. Firman Allah s.w.t:

“Adakah kamu mengira Kami menciptakan kamu sia-sia dan kamu tidak akan kembali kepada Kami.”(al-Mukminun: 15)

Oleh yang demikian itu, agama Islam tetap berpendirian mengatakan bahawa akan berlaku suatu ketika nanti satu hari yang akan menghancurmusnahkan segala isi alam. Tiada satu pun kehidupan yang terselamat daripada cengkamannya. Itulah hari kiamat, hari yang pasti tiba dan mesti dipercayai oleh semua orang yang bertauhidkan Allah yang esa kerana ianya merupakan salah satu daripada rukun iman. Ianya telah dijelaskan dalam al-Quran yang bemaksud:

“(IngatIah) masa penyeru (malaikat) menyeru (mereka pada hari kiamat) kepada perkara yang tidak diingini (oleh orang yang bersalah)” (al-Qamar: 6)

Pastinya tidak tergambar di benak fikiran kita akan kedahsyatan dan kengeriannya pada hari itu yang merupakan suatu perkara yang tidak diketahui dan tidak terjangkau dek akal manusia kerana belum pernah lagi ada mana-mana umat manusia yang mengalami sesuatu yang menyerupainya. Hari kiamat akan datang secara tiba-tiba tatkala tiada seorang pun yang menginginkannya. Han tersebut begitu mencengkam manusia di kala mereka sedang berkerja di pejabat, tidur di rumah, berbicara di gagang telefon, tertawa, menangis atau pun sedang melakukan maksiat. Jelasnya kedatangan kiamat ini akan membuatkan manusia terkesima dengan apa yang berlaku di hadapan mata mereka kelak.

Pun begitu tiada seorang pun yang mengetahui akan tiba waktu hari kiamat sebagaimana di dalam kitab “Masyahidu Yaumu al-Kiamah” karangan Syeikh Mittawali Sya’rawi yang menegaskan bahawa detik akan berlakunya hari kiamat tidak di ketahui oleh sesiapa pun sama ada para malaikat, syaitan, jin mahupun manusia. Ini kerana pengetahuan merekamengenai kiamat adalah terbatas pada hal-hal yang berkaitan dengan apa yang dijelaskan di dalam al-Quran. Hatta Rasulullah s.a.w sendiri tatkala ditanya oleh kaum Yahudi mengenai kiamat hanya mampu menyatakan apa yang dikhabarkan oleh Allah s.w.t sahaja. Ianya diceritakan dalam surah al-A’raf, ayat 187:

”Mereka bertanya kepada kamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: ”Bilakah masa datangnya?” katakanlah: ”5esungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah di sisi Tuhanku, tiada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.”

Pastinya hari kiamat itu akan datang menjengah kerana Allah tidak akan sekali-kali memungkiri janji-janjiNya. Tidak tercepat atau terlambat walau sesaat pun sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran surah al-Hajjiyat, ayat 47.

Tuntasnya pandangan Islam mengenai hari kiamat adalah lebih rasional dan tepat malah perlu dipercayai oleh semua Iapisan manusia. Ini berdasarkan hujah-hujah daripada dalil-dalil yang telah disepakati akan benarnya hari kiamat sama ada yandg berkaitan dengan hari kebangkitan, hari pembaiasan, syurga dan neraka. Seterusnya menolak segala pandangan dan fahaman sesat daripada semua ahli falsafah sama ada falsafah materialisme serta falsafah Mason mahupun pandangan barat yang ada antaranya mempercayai akan kewujudan alam dan kemusnahannya tetapi tidak kepada peristiwa kebangkitan. Malah menganggap kiamat itu hanyalah seolah-olah seperti peristiwa yang berbentuk peperangan yang menggerunkan sebagaimana dakwaan ulama Yahudi, Musa bin Maimun yang mengatakan hari kiamat itu umpama hari yang berlakunya peperangan. Inilah propaganda jahat yang direkacipta untuk menyesatkan sekaiian manusia daripada bertauhidkan Allah. Sebaliknya tunduk kepada kuasa mereka yang didalangi oleh kuasa-kuasa besar barat bagi memastikan mereka terus dapat menguasai dunia ini sehingga berjaya mengenepikan kuasa Islam.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: