≡ Menu

Koleksi Hadis Kemurniaan Akhlak

akh - nasihat

  • Menyukai suatu yang terbaik –
    Daripada Sahl bin Saad r.a, Nabi S.A.W bersabda:”Sesungguhnya Allah ‘Azzawajala adalah mulia. Ia menyukai kemuliaan. Ia juga menyukai akhlak yang tinggi dan membenci akhlak yang rendah (Riawayat Al-Hakim dan Al-Tabrani)
  • Kedudukan Sifat Malu -Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga,” (Riwayat Al-Tirmizi)
  • Malu Sebahagian Daripada Iman – Daripadanya Abdullah bin Umar r.a, Nabi S.A.W mendengar seseorang mempertikai sifat malu pada sahabatnya, maka baginda bersabda:”Malu adalah sebahagian daripada iman.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • Sifat Malu Yang Sebenar – Daripada Imran bin Husain r.a, Nabi S.A.W bersabda:”Malu tidak mendatangkan suatu hasil pun melainkan kebaikan.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
  • • Meninggalkan keraguan – Daripada Al-Hasan Bin Ali bin Abu Talib r.a, Nabi S.A.W bersabda: Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu. Sesungguhnya kebenaran adalah ketenangan, dan pembohongan adalah keraguan.” (Riwayat Al-Tirmizi dan Ahmad)
  • Perhiasan Diri – Daripada Aisyah r.ha, Nabi S.A.W bersabda:”Tiada sifat lemah lembut pada sesuatu pun melainkan ia menjadi perhiasannya. Ianya tidak dicaut daripada sesuatu melainkan mencacatkannya. (Riwayat Muslim)
  • Keutamaan Bersabar – Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, Nabi S.A.W bersbda: “Seseorang itu tidak dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar.” (Riwayat Al-Bukhari)
  • Kekuatan Diri Yang Sebenar – Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi S.A.W bersabda: “Bukanlah orang gagah itu, orang yang kuat bertinju. Akan tetapi orang yang gagah adalah orang yang dapat mengawal diri ketika marah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

 

Comments

1 comment… add one

Leave a Comment



Next post:

Previous post: