≡ Menu

Mari Mengenal 25 Nabi Dan Rasul

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Para nabi merupakan orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya sendiri manakala Rasul pula adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.

Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad S.A.W yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zaman baginda sehingga hari kiamat. Selepas kewafatan baginda, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam,kita perlu patuh kepada Iman Rukun Iman yang kedua iaitu percaya kepada para nabi dan para rasul.

Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi yang sebenar tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 100,000 orang dan manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 300 orang. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipastikan.

Jumlah para Nabi dan Rasul sangat banyak. Namun yang harus diimani hanya 25 Rasul
sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Mereka adalah :
01.Nabi Adam a.s.                            02.Nabi Idris a.s.
03.Nabi Nuh a.s.                               04.Nabi Hud a.s.
05.Nabi Salih a.s.                              06.Nabi Ibrahim a.s.
07.Nabi Luth a.s.                              08.Nabi Ismail a.s.
09.Nabi Ishaq a.s.                             10.Nabi Ya’akub a.s.
11.Nabi Yusuf a.s.                              12.Nabi Ayub a.s.
13.Nabi Syu’aib a.s.                           14.Nabi Musa a.s.
15.Nabi Harun a.s.                             16.Nabi Zulkifli a.s.
17.Nabi Daud a.s.                               18.Nabi Sulaiman a.s.
19.Nabi Ilyas a.s.                                20.Nabi Ilyasa’ a.s.
21.Nabi Yunus a.s.                             22.Nabi Zakaria a.s.
23.Nabi Yahya a.s                              24.Nabi Isa a.s.
25.Nabi Muhammad s.a.w

Sebenarnya ramai lagi Nabi-nabi lainya yang namanya tidak dicantumkan di dalam Al-Quran. Dalam hal ini Allah hanya memberikan syariat yang ditunjukan kepada Nabi Muhammad menerusi firman Allah:

“Dan Kami telah mengutus Rasul-Rasul yang sungguh telah Kami kisahkan tentang
mereka kepadamu, dan Rasul-Rasul yang tidak Kami kisahkan tentang mereka
kepadamu.”
(An-Nisa’:164)
Para Nabi itu mempunyi darjat yang berbeza antara satu sama lain dari segi
keutamaan dan kedudukannya. Sebagaimana firman Allah:
“Dan sesunguhnya Kami lebihkan sebahagian Nabi-Nabi itu atas sebahagian yang lain.” (Al-Isra’:55)

Allah SWT telah melebihkan darjat dan keutamaan Nabi Muhammad SAW diatas para Nabi dan Rasul yang lain. Nabi Muhammad SAW diutus kepada seluruh manusia dan jin, sedang para Nabi sebelum baginda diutus hanya kepada umat mereka saja

Islam menjadikan iman kepada para Nabi dan Rasul sebagai salah satu rukun 

akidah (rukun iman) sebagaimana firman Allah:
“Katakanlah (hai orang-orang mukmin ), kami beriman kepada Allah dan apa saja
yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub, dan anak cucunya, dan apa

saja yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada Nabi- Nabi dari Tuhanya. Kami tidak membezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya kami menyerah diri.”

Di antara para Rasul itu ada yang disebut dengn “Ulul „Azmi”, ertinya Rasul yang paling banyak menghadapi cabaran yang berat dan berjuang dengan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Rasul-rasul itu adalah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad S.A.W.

Di samping keempat-empat sifat itu, mereka juga mempunyai sifat lain, iaitu:
Terbebas dari sebarang aib yang merosakkan nama baik, „Ishmah ( terpelihara ) ataupun
disebut juga „maksum.‟

Salah satu keistimewaan para Nabi dan Rasul adalah bahawa mereka sebagai manusia yang paling sempurna kejadian dan akhlaknya, paling tinggi ilmunya, paling mulia keturunannya, paling benar perkataannya, paling dapat dipercayai, dan mereka terhindar dari sebarang samada secara fizikal mahupun rohani.

Para Nabi sentiasa mendapat pengawasan, pertolongan dan petunjuk daripada Allah
SWT. Oleh itu mereka terhindar dari sebarang perbuatan dosa. Ertinya, mereka tergolong “
maksum “, tidak melakukan
kesalahan dengan sengaja apalagi perbuatan dosa.
Sebagaimana firman Allah:
“Tidak mungkin seseorang Nabi berkhianat.” ( Ali Imran: 161 )
Mukjizat yang diturunkan Allah Taala kepada para utusan-utusan-Nya itu berbagai
bentuknya, antara lain:

1. Mukjizat Kauniyah, yakini mukjizat yang merupakan keajaiban seperti terpancarnya air mata dari celah-celah batu yang dipukul oleh Nabi Musa dengan tongkatnya ketika kaumnya kehausan; awan yang memayungi Bani Israil didaerah At-Taih dan

terbelahnya air laut yang dilalui Nabi Musa untuk melarikan diri dari kerajaan fir‟aun,
yang kemudiannya tertutup semula ari laut itu selepas baginda menyeberanginya.

2. Akhbarun Haibiyah (khabar gembira ), yakin mukjizat Nabi berupa pengetahuan tentang perkara-perkara yang belum pernah ia lihat, seperti khabar yang disampaikan Isa kepada kaumnya, ia dapat menceritakan apa yang dimakan dan apa yang disimpan di rumah kaumnya.

3. Mukhalifun Lil Qawaninit-Thabi‟iyyah, yakini mukjizat Nabi berupa sesuatu yang bertentangan dengan hukum alam, seperti yang dilakukan oleh orang-orang kafir untuk membakar Nabi Ibrahim yang tiba-tiba merasa kesejukan ditengah-tengah api yang bergejolak.

4. Mukjizat yang berupa keanehan-keanehan, sesuai dengan keperluan adanya mukjizat. Allah SWT memberikan mukjizat kepada para Rasul-Nya sesuai dengan keperluannya yang dihadapi umatnya untuk membuktikan kebenaran kerasulannya kepada mereka.

Allah SWT memilih para nabi-Nya agar supaya mereka menjadi duta antara Allah dan hamba-hamba-Nya. Allah memilih mereka di antara setiap makhluk ciptaan yang lainnya kerana mereka mendapat beban memikul amanah yang agung, iaitu amanah wahyu dan menyampaikan dakwah serta risalah kepada segenap hamba-Nya. Telah berlaku kebijaksanaan Allah yang luhur untuk menjadikan mereka sebagai manusia yang paling sempurna akhlaknya, paling utama ilmunya, paling mulia sahsiahnya dan paling agung amanahnya. Allah menjaga mereka dengan pertolonga-Nya dan melindungi mereka dpenjagaan-Nya serta mengawasi mereka.

Para nabi a.s. walaupun mereka itu manusia biasa, kerana mereka juga makan dan minum, sihat dan sakit, menikahi wanita, berjalan-jalan di pasar, ditimpa oleh belbagai segi yang dirasa pahit oleh manusia seperti lemah, tua dan mati, namun mereka berbeza dengan manusia pada umumnya kerana mereka mempunyai beberapa kekhususan dan mereka memiliki sifat-sifat yang agung dan luhur. Adanya kekhususan sifat-sifat ini bagi mereka merupakan sesuatu yang memang harus ada pada mereka. Sifat-sifat itu adalah seperti berikut:

1. Shidiq ( jujur )
2. Amanah ( dapat dipercayai )
3. Tabliqh ( menyampaikan wahyu )
4. Fatanah ( cerdas )
SIDDIQ

Sifat ini merupakan suatu kepastian bagi nabi. Sifat ini, walaupun bagi manusia biasa

juga merupakan keharusan, namun untuk bekal dakwah para nabi sifat itu menjadi sesuatu yang mutlak wajib ada, dan bahkan merupakan sifat pembawaan pada diri mereka. Maka tidaklah mungkin bagi seorang nabi, nabi mana pun juga, dari dirinya timbul sesuatu yang dapat merosak kewibawaan seperti berbohong dan berkhianat, memakan harta manusia dengan jalan yang tidak sah, dan sifat-sifat buruk lainnya.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!
Memandangkan sifat itu tidak wajar bagi manusia biasa, maka bagaimana halnya dengan seorang nabi yang dekat dengan Tuhan atau raul yang mulia? Seandainya boleh terjadi adanya kebohongan pada para nabi, maka pastilah itu tidak berkaitan dengan berita yang disampaikan melalui wahyu atau kemungkinan hanyalah persoalan-persoalan yang berkaitan dengan diri mereka sendiri, atau mereka menciptakannya darikonsep pemikiran
mereka kemudian mereka menyandarkannya kepada Allah secara bohong, namun rasanya
hal itu tidak mungkin terjadi pada mereka.

Oleh kerana itulah kita mendapati Al-Quranul Karim menghukumnya dengan ketentuan yang pasti terdadap setiap yang mencuba mengada-ada dengan atas nama Allah, atau lisannya berbuat dusta. Allah berfirman tentang diri Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“Seandainya dia (Muhammad ) mengada-adakan sebagai perkataan atas (nama)

Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kananya. Kemudian benar0benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalang ( Kami ) dari pemotongan urat nadi itu. Dan sesunguhnya Al-Quran itu benar-benar suatu pengajaran bagi orang-orang yang

bertakwa”.
(Al-Haqqah: 44-48)

Ayat ini merupaka ancaman yang menakutkan bagi orang yang membuat dusta nama Allah dalam urusan akidah. Ini adalah suatu ketentuan yang tidak ada ampun (belas kasih) di dalamnya. Ketentuan ini lahir untuk menetapkan kemungkinan yang satu tanpa adanya kejujuran Rasulullah SAW bersarta manusia

AMANAH

Maksudnya iaitu bahawa seorang nabi adalah orang yang diberi kepercayaan terhadap wahyu, menyampaikan perintah-perintah Allah dan larangan-larangan-Nya kepada hamba-hamba-Nya dengan tanpa melebihi atau menguranginya, tanpa mengubah atau menantinya. Hal ini sesuai dengan firman Allah Tala yang bermaksud:

“(iaitu) orang –orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut
kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang pun selain kepada
Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan”.
(Al-Ahzaab: 39)

Jadi semua nabi itu diberi kepercayaan keatas wahyu, mereka menyampaikan urusan-urusan Allah sebagaimana adanya, tidak mungkin bagi mereka untuk membuat khianat atau mereka merahsiakan atas apa yang diperintahkan oleh Allah, kerana khianat itu bertentangan dengan amanah.

Para nabi yang mulia semuanya telah menunaikan amanah dengan cara yang paling
sempurna. Seandainya para nabi itu tidak mempunyai sifat amanah pastilah akan berubah dan berganti risalahnya dan manusia pasti tidak menjadi tenang terhadap wahyu yang diturunkan. Dalam kaitan ini, Sayyidah „Aisyah r.a. berkata:” seandainya Muhammad itu menyimpan sesuatu yang diturunkan Allah padanya pastilah ia menyembunyikan ayat berikut ini ( maksudnya ): 

“Dan kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan
menyatakan, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allahlah yang berhak untuk kamu
takuti….”
(Al-Ahzaab: 37)

Masing-masing nabi dan rasul tentu memiliki sifat amanah yang sempurna, supayajiwa menjadi tenang menuju keselamatan wahyu. Segala yang dibawa nabi sesunguhnya semata-mata dari sisi Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

TABLIGH

Sifat ini merupakan kekhususan terhadap para rasul yang mulia, yang bermaksud dengannya adalah bahawa rasul itu menyampaikan hukum-hukum Allah serta menyampaikan wahyu yang diturunkan kepada manusia dari langit. Mereka tidak menyembunyikan sedikit pun dari apa yang diwahyukan oleh Allah kepada mereka, walaupun seandainya di dalam penyampaian risalah bagi manusia itu akan menimbulkan suatu penganiayaan yang besar atau kejahatan yang mestinya hanya layak ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan dan kerosakan.

Demikianlah kita dapat mengetahui bahawa semua para rasul itu mengistiharkan dengan terus terang bahawasanya mereka itu bersungguh-sungguh menyampaikan risalah Allah dan menasihati umat, sampai kepada rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW, yang mana Allah memerintahkan untuk menyampaikan risalah.

Allah mengutus para Rasul agar dapat memberi peringatan kepada sekalian alam. Allah mengutusnya pada suatu masa kekosongan para rasul agar beliau mematahkan alasan-alasan ahki kitab iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani agar mereka tidak

mengatakan: “Tidak pernah datang kepada kami seorang pemberi khabar gembira dan
pemberi peringatan”.
Rasulullah SAW telah menyampaikan ajaran Tuhanya, dan ketika turun
kepadanya firman Allah yang bermaksud:
“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintah
(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik”.
(Al-Hijr: 94)
FATANAH

Fatanah adalah kecerdasan dan kecerdikan. Seorang nabi tidaklah diutus kecuali ia mempunyai keagungan dan kecerdikan yang luar biasa, sempurna kecerdasannya dan daya fikiranya. Perhatikanlah firman Allah Taala yang melukiskan tentang Nabi Ibrahim a.s. perhatikanlah sikap Nabi Ibrahim di dalam diskusinya dengan kaumnya yang musyirik, nescaya anda akan mendapatkan di dalamnya tanda-tanda kecerdikan dan kecerdasan pada diri Nabi Ibrahim a.s. menerusi dialog berikut yang bermaksud:

“Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur terpotong-potong kecuali yang
terbesar ( induk ) dari patung-patung yang lain, agar mereka kembali ( untuk
bertanya ) kepadamya. Mereka berkta: “siapakah yang melakukan perbuatan tuhan-
tuhan kami? Sesungguhnya dia termasuk orng-orang yang zalim”. Mereka berkata: “
( kalau demikian ) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang ramai, agarmereka menyaksikan”.

Mereka bertanya: “Apakah kamu yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan- tuhan kami, wahai Ibrahim?” Ibrahim menjawab: “Sebenarnya patung yang besar itu yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara”.

Maka mereka telah kembali kepada kesedaran mereka dan lalu berkata:
“Sesungguhnya kami sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)”.
Kemudian kepala mereka tertunduk (lalu berkata):
“Sesungguhnya kamu ( wahai Ibrahim ) telah mengetahui bahawa berhala-berhala
itu tidak dapat berbicara”. Ibrahim berkata: “Maka mengapakah kamu menyembah
selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak ( pula )
memberi mudharat kepada kamu?” Ah ( celakalah ) kamu dan apa yang kamu
sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami?”
(Al-Anbiya’: 58-67)
SUATUhal yang sangat penting mengenai dakwah para nabi a.a. ialah bahawa
mereka itu mempunyai karakteristik dan keistimewaan tersendiri, iaitu:
Pertama: Dakwah para nabi itu merupakan tuntutan Ilahi, maksudnya melalui
wahyu dan aklif daripada Allah.
Kedua: Para nabi tidak meminta upah atas misi kerasulanya, mereka hanya
mengharapkan pahala dari Allah.
Ketiga: Memurnikan agama kerana Allah dan mengikhlaskan Ibadah kepada-
Nya.
Keempat: Sederhana dalam mengajak, tidak memberatkan atau menyukarkan.
Kelima: Jelas sasaran dan tujuan dalam dakwah para nabi.
Keenam: Bersikap zuhud terhadap dunia dan mengutamakan akhirat daripada
kehidupan dunia.
Ketujuh: Memfokuskan pada akidah tauhid dan menitikberatkan dalam hal
keimanan kepada yang ghaib.
Inilah keistimewaan terpenting dari dakwah para nabi yang mulia. Kami akan menjelaskan tiap-tiap segi dari masing-masing keistimewaan dengan penjelasan dan huraian yang memadai

Kenabian merupakan kurnian Allah S.W.T yang di anugerahkan kepada hamba yang dikehendaki-Nya yang tidak boleh diperolehi dengan kemampuan akal, tidak boleh di capai dengan usaha dan memperbanyak ketaatan, dan tidak pula diterima sebagai warisan. Akan tetapi ianya hanya boleh diterima melalui ketentuan Allah Taala. Hal ini sebagaimana firman-Nya:

“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia. SesungguhnyaAllah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Al-Hajj:75)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dia menurunkan para malaikat dengan membawa wahyu dan perintah-Nya kepada siapa sahaja dan yang Dia kehendaki di antara para hamba-Nya iaitu: Peringatlah olehmu sekalian, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku maka hendaklah kamu bertaqwa kepada-Ku.”
0 comments… add one

Leave a Comment