≡ Menu

Mempamerkan Kemiskinan itu Zuhud?

ne_15.1

Ada yang tertanya-tanya, Islam menentang  kekayaan dan perolehan harta? Ada pula yang memainkan perkataan “zuhud” bagi menyokong  kempen dan kefahaman mereka.
 
Benar, zuhud ialah satu sifat yang amat  baik dan terpuji dalam Islam.
 
Bagaimanapun, saya mendapati terdapat salah faham masyarakat Islam dalam memahami ertinya, sehingga is ditakrifkan sebagai menjauhkan diri daripada dunia dan membiarkan diri miskin. Ada juga yang  menganggap zuhud sebagai tidak menggunakan  harta yang diperoleh untuk diri dan keluarga.
 
Selain itu, is juga dikatakan zuhud jika berumah, berpakaian dan berkereta usang walaupun mempunyai harta; membiarkan umat Islam tidak membina sebarang kilang, bangunan dan perniagaan kerana ia dikira sebagai zuhud iaitu lari daripada dunia sejauh-jauhnya. Dengan demikian dunia akan datang kepada kita. Adakah ini  benar-benar sesuatu yang diarahkan oleh  Islam?
 
Tidak kurang juga yang membawakan dalil- dalil yang hebat seperti hadis Nabi s.a.w. yang bermaksud: “Jadilah kamu di dunia seperti orang asing atau seperti orang yang melintas.” (Riwayat al-Bukhari)
 
Ditambah lagi hadis lain yang bermaksud: “Demi Allah, tiadalah kehidupan di dunia kecuali seperti seseorang yang mencelup jarinya ini (sambil Yahya, iaitu perawi, menunjukkan jari telunjuknya) ke dalam laut dan lihatlah apa yang mengikut (jari tadi dari air).” (Riwayat Muslim)Demikian juga ayat Allah s.w.t. bermaksud: “Tetapi kamu (orang kafir) memilih kehidupan duniawi. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-Ala 87: 16-17)

 
Apakah Zuhud Sebenarnya?Masih ramai umat Islam yang tidak faham  erti sebenar zuhud. Mereka menganggap zuhud itu:

 
1. Menjauhkan diri daripada dunia.
 
2. Berpakaian lusuh.3. Berkereta dan berumah buruk dalam  keadaan mampu.

 
4. Membiarkan diri miskin.
 
Zuhud yang sebenarnya adalah dengan  mengutamakan kehidupan akhirat berbanding  dunia. Sebagaimana yang dinyatakan dalam  surah al-A’la ayat 16 dan 17 tadi, iaitu  Allah s.w.t. menyifatkan orang bukan Islam  mengutamakan dunia semata-mata, kemudian  Allah menyebut kehidupan akhirat itu lebih  baik dan kekal.
 
Apabila Allah s.w.t. menggunakan perkataan  “lebih baik”, ini bermakna kehidupan dunia  adalah “baik”, cuma akhirat “lebih baik”  dan “lebih kekal”..lusteru Islam tidak  sesekali melarang umatnya mencari yang  baik. Nabi juga pernah menyebut bahawa  Allah itu Maha Baik dan suka akan perkara- perkara yang baik.
 
Cuma yang salah dalam hal harta ini  dinyatakan dengan jelas oleh Allah dalam  ayatnya yang bermaksud: “Sekali-kali janganlah demikian. Sebenarnya kamu mencintai kehidupan dunia dan meninggalkan (kehidupan) akhirat.” (Surah al-Qiyamah 75: 20-21) Iaitu mencari dan mencintai dunia sehingga melupakan akhirat.
 
“Apakah maksud melupakan akhirat?” tanya seorang peserta kursus kewangan kepada saya.
 
“Maksudnya mengetepikan, tidak endah serta malas mencari ilmu tentang halal haram dalam perolehan dan perbelanjaan hartanya. Orang sebegini tidak endah sama ada ia riba, rasuah, pecah amanah, curi dan lain- lain. Yang penting baginya ialah poket semakin penuh.”
 
“Termasuklah juga, mengabaikan kewajiban Islam kerana terlalu mabuk dalam mencari harta seperti tidak solat, tidak berzakat, mengabaikan tanggungjawab kepada rumah tangga dan sebagainya,” terang saya.
 
Tiba-tiba seorang rakannya pula bersuara: “Jadi apa kaitannya dengan zuhud, ustaz?”
 
Pamerkan Nikmat Allah
 
“Ini bermakna zuhud itu ialah usaha mencari  dan membelanjakan harta tanpa melupakan  hukum dan keredaan Allah s.w.t. Pandangan  Allah akan sentiasa menjadi prioriti dalam  pengurusan dan pendapatan hartanya. Ia juga  akan memastikan zakat dan sedekah  dikeluarkan.
Itulah zuhud. Zuhud bukannya menjadikan  diri miskin dan menjauhi dunia, walaupun  keretanya besar, rumahnya indah, jamnya  berjenama,” tambah saya lagi.
 
“Bolehkah gunakan benda-benda begitu  ustaz?” tanya pemuda pertama lagi.
 
“Sudah tentu boleh, jika sudah ditunaikan  seluruh kewajiban dalam perolehan harta itu  dan hatinya sentiasa dijaga agar tidak  bangga dan sombong dengan kejayaannya.
 
Saya kemudiannya menceritakan suatu anekdot ringkas, kisah sahabat Nabi s.a.w.  Sahabat tersebut bertemu Nabi s.a.w.  dengan penampilan yang agak daif. Melihat  keadaannya yang demikian, Nabi s.a.w.  bertanya: “Adakah engkau mempunyai harta?”Sahabat itu menjawab: “Ya.”

Baginda bertanya lagi: “Dari mana dan apa jenis hartamu itu?”

Sahabat itu menjawab lagi: “Allah telah  memberiku harta daripada ternakan unta,  kambing dan kuda.”

Nabi terus bersabda yang bermaksud:

“Jika seseorang kamu telah diberikan harta (yang halal), maka hendaklah atau haruslah ditunjukkan kesan-kesan nikmat dan kemuliaan Allah (yang diberikan) kepadanya.” (Riwayat Abu Daud no. 4063,  al-Tirmizi no. 2006, al-Tirmizi. Al-Albani hadis ini hasan sahlh)Imam lbn Hajar mengulas berkenaan maksud hadis ini: “Hendaklah seseorang itu memakai pakaian bersih yang layak dengan kedudukannya agar jika terdapat orang yang ingn meminta bantuan, maka boleh dikenali siapa yang boleh memberikannya. Pada masa yang sama, mestilah ia menjaga niatnya dan menjauhi pembaziran.” (Fath al-Ban, jil. 10, hlm. 260 dan ruhrah al-Ahwari, jil. 6, hlm. 122) Tuhfah al-Ahwazi, jil. 6, hlm. 122)

 
Jangan Kaya di Dunia Tetapi Tercela di AkhiratTafsiran zuhud yang saya benkan adalah dengan bersandarkan ayat Allah yang tidak menegah kita mernadi kaya dan berharta, tetapi yang dikehendaki adalah supaya senbasa peka dan berwaspada dengan bpu daya harta agar tidak lalai dan pada perkara halal haram dan keredaan Allah.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:  “Wahai orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dahpada mengingati Allah. Sesiapa yang membuat demikon, maka mereka rtulah orang yang rugi.”(Surah al-Munahqun 63: 9)

Islam tidak melarang sama sekali kita  menjadi kaya dan menggunakan pe-alatan,  kemudahan dan pakalan yang layak dengan pendapatan kita. Malah ia amat digalakkan untuk menjadi kaya dengan cara yang halal, kerana dengan itu zakat dapat dikeluarkan bagi membantu umat Islam yang tidak berkemampuan.

Harta hanya akan memadi tercela apabila ia membawa kepada kelalaian dan pengabaian yang wajip Allah.

 
Inilah yang disebutkan oleh salah seorang  ulama tabiin yang terhebat iaitu Sa’id Ibn  Jubair:”Harta yang menipu ialah apa-apa  yang melalatkanmu daripada mencari akhirat.  Dan apa-apa sahaja yang tidak melalatkanmu daripada akhirat bukanlah daripada jenis harta atau kerja yang melalaikan tetapi dianggap harta yang boleh menyampaikan kamu kepada apa yang lebih baik (akhirat).” (Jami’ al-Ulum wa al-Hikam, htm. 360)
 
KesimpulanDiharuskan mencari harta sebanyak-banyaknya dengan syarat ia tidak lalaikan daripada akhirat. Melalaikan akhirat adalah dengan tidak mengendahkan hukum Islam dan mengambil ringan tentangnya. Fokus utama mereka hanyalah memperoleh keuntungan dan menebalkan poket sahaja. Halal haram diletakkan sebagai soal kedua.

Jadi, fahamilah konsep sebenar dalam  pencarian harta. Fahamilah pandangan Islam dalam semua instrumen mendapatkan harta.  Tidak dinafikan terlalu banyak cara dan instrumen baru serta canggih yang diperkenalkan tetapi awas, tidak semuanya membawa kebahagiaan di akhirat kelak.

Bersifat zuhud bukanlah bermaksud membiarkan diri miskin, bdak berusaha,  berkenderaan buruk dan berpakatan lusuh  dalam keadaan berharta dan mampu. Kesimpulannya, amat diharapkan agar umat Islam tidak menjadikan zuhud sebagai alasan mereka tidak berdaya maju dan tidak pula tersilap memahami konsep harta dalam Islam hanya kerana tidak faham erti sebenar zuhud.

 

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: