≡ Menu

Mengharungi Pendakian Kehidupan

img_3766

 
Setelah lama tidak beriadah, saya berpeluang  menyertai seorang sahabat karib untuk sama-sama  mendaki Bukit Broga di Semenyih, Selangor. Kami  bergerak ke sana selepas menunaikan solat Subuh  dan amat mengeiutkan kami kerana di kiri dan
kanan jalan menuiu ke bukit tersebut sudah dipenuhi dengan kenderaan para pengunjung.  Suatu yang amat menakjubkan kerana rupa-rupanya  masih ramai yang menyertai aktiviti luar  seperti ini.
 
Sebaik tiba di tapak permulaan, kami memulakan  pendakian di celah-celah pepohon sawit. Kami  menyertai kelompok pengunjung lain yang sama- sama ingin mendaki ke puncak Broga. Ada  pengunjung yang kami kenali dan ada yang tidak.
 
Tempoh pandakian sekitar sejam itu memberi  ruang kepada saya untuk berinteraksi dengan  rakan-rakan pendaki, berdamping dengan alam dan  diri sendiri
 
Memulakan Sesuatu yang Baik
 
Mendaki puncak Broga ternyata memerlukan  kekuatan dan ketahanan. Laluannya yang berdenai  memudahkan kita menjejaki laluan pendaki  terdahulu. Di beberapa lokasi yang agak curam, terdapat anak-anak tangga yang telah disiapkan  oleh pendaki terdahulu dengan cara menakik dan  menarah tanah bukit tersebut. Ini membantu  pendaki yang terkemudian untuk melaluinya. Ada  juga pihak yang menyediakan tali terentang yang diikat ke pokok untuk membolehkan para  pendaki berpaut pada tali itu semasa mendaki.
 
Inilah mungkin yang dapat kita fahami daripada  hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:  “Sesiapa yang memulakan satu sunnah yang baik, maka baginya pahala orang yang mengikuti sunnah  (jalan) tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun  pahala mereka yang terkemudian.” (Riwayat  Ahmad)
 
Kita sebagai orang terkemudian perlu menghargai  jasa dan sumbangan orang terdahulu yang  menunjukkan jalan kebenaran kepada kita.  Khususnya kepada Rasulullah s.a.w., generasi  para sahabat dan ahli keluarga Baginda yang  telah memastikan nikmat Islam dan iman ini dapat kita kecapi pada hari ini. Begitu juga sumbangan para ulama dan aulia terdahulu dalam untaian sejarah Islam.
 
Justeru, untuk memastikan kelangsungan risalah  nubuwah ini, kita juga perlu meneruskan tradisi  menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam  kehidupan.
 
Analoginya, pendaki yang bertali arus menuju ke puncak perlu saling membantu dan bergandingan  demi menjamin rakan-rakan yang di bawah turut  dapat mendaki ke puncak.
 
Pendakian dalam Kehidupan
 
Oleh kerana agak lama tidak bersukan, saya  cepat berasa penat. Ada rakan menasihatkan saya  dengan petuanya: “Mendaki dengan perlahan- lahan, ikut kemampuan, Iangkah perlu kecil- kecil agar tidak gelincir dan menapak dengan  konsisten untuk terus naik ke atas.”
 
Memang, pendakian adalah satu cabaran. Jika  mendaki bukit sudah terasa penat dan lelah,  bagaimana pula pendakian dalam kehidupan ini?  Sama ada mendaki tangga kerjaya, pangkat dan  jawatan, usaha dan perniagaan yang diceburi  serta menjadi ketua dan pemimpin. Semua “pendakian” ini memerlukan langkah dan tindakan yang betul.
 
Mendakilah ke puncak jaya dengan langkah yang  teratur dan tersusun. Jangan terlalu ghairah  ingin naik ke atas dengan terus melonjak  beberapa anak tangga sekaligus kerana  dikhuatiri akan rebah ke bawah dan mengalami kecederaan jika tergelincir. Lebih buruk lagi apabila mendaki ke puncak dengan memijak  dan menginjak orang lain. Ambil iktibar  daripada pesanan rakan tadi yang menyatakan;  biarlah langkahnya kecil, konsisten dan pasti  kerana ia lebih menjamin untuk seseorang  selamat tiba ke puncak. Benarlah sabda  Rasulullah s.a.w., mafhumnya “Sebaik-sebaik  amal adalah yang berterusan (konsisten)  meskipun sedikit.” (Riwayat al-Bukhari)
 
Tidak Kalah dengan Cabaran
 
Dalam pendakian tersebut, kami terpaksa  berhadapan dengan arus manusia yang turun dari  puncak kerana mereka telah memulakan pendakian  seawal jam 5 pagi. Ini merupakan satu tajribah (percubaan) menarik kerana mendaki dalam  situasi melawan arus, ia terasa lebih mencabar!
 
Jika mendaki pun sudah sukar dan memenatkan,  ujian pendakian ini bertambah kerana terpaksa  berhadapan dengan rintangan arus para pendaki  lain yang sedang turun. Sekali-sekala kami  terpaksa mengelak dan berganjak ke tepi  seketika untuk menjauhi arus manusia tersebut agar tidak “hanyut” ke bawah.
 
Inilah hakikat pendakian jiwa kita menuju Allah  s.w.t. Dalam situasi mengangkat nilai dan harga  diri menuju cinta Ilahi yang tinggi, kita akan  berhadapan dengan arus deras yang sentiasa  menolak kita jatuh ke dasar. Setiap kali kita  ingin mencari jalan yang diredai Allah s.w.t.,  pasti terdapat desakan dan hasutan daripada  hawa nafsu, syaitan dan dunia yang ingin  merintangi pendakian rohani kita.
 
Hawa dan nafsu merupakan dua arus deras dari  dalam diri seseorang manusia yang sering  menghanyutkannya. Manakala syaitan dan dunia  pula ibarat tsunami kuat yang boleh  mencampakkan seseorang jauh dari puncak menuju  jalan Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. Oleh  sebab itu, kaedah dan langkah yang betul perlu  dilaksanakan untuk melawan cabaran dan dugaan ini dengan pergantungan hanya kepada Allah  s.w.t.
 
Pendakian juga memerlukan sifat sangka baik,  optimis dan matlamat yang jelas. Apabila  melepasi satu halangan, kita perlu bersiap-siap  untuk berhadapan denai dan bukit yang  seterusnya. Ada kalanya pendakian kita seolah- olah silih berganti antara denai yang datar  dengan lorong curam yang memayahkan. Inilah  hakikat kehidupan apabila susah dan senang silih berganti. Pendaki yang optimis akan sentiasa bersangka baik bahawa selepas lorong dan jurang yang curam dan dalam, dia  akan menemui dataran dan denai yang mudah.  Benarlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud:  “Sesungguhnya, setiap kesukaran disertai  kesenangan.” (Surah al-Inshirah 94: 6)
 
Justeru, jangan cepat putus asa, kecewa atau  lemah semangat hanya kerana halangan yang  mendatang. Selepas awan mendung pasti akan  turun hujan rahmat diikuti sinar mentari yang  memancar. Jika tidak pun, hujan panas selalunya  akan menghasilkan pelangi yang lebih indah adunan warnanya dengan pelbagai tujuh lapisan  warna. Bukankah pelangi itu indah? Bukankah  keindahan itu hadir selepas deraian air hujan?
 
Begitu juga keadaan hati manusia. Kadang- kadang, deraian air mata akan menyuburkan jiwa  seseorang untuk menumbuhkan benih-benih iman,  sabar, reda, pasrah dan sifat-sifat mahmudah lain. Inilah warna-warni indah pelangi  kehidupan.
 
Menentukan Matlamat
 
Mendaki ke puncak bukit juga memerlukan fokus  dan matlamat yang jelas. Jangan biarkan puncak  yang ingin kita takluk hilang daripada  pandangan kita. Sentiasa pastikan visi,  pandangan dan penglihatan bertumpu pada puncak yang betul. Ia sebagai jaminan agar tidak tersasar atau sesat di pertengahan jalan.
 
Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. berpesan yang  bermaksud: “Jika kamu memohon daripada Allah,  maka pohonlah jannah al-Firdaus al A‘Ia.”  (Riwayat al-Tabarani)
 
Jelasnya, letakkan matlamat yang jelas dalam  kehidupan ini iaitu menuju syurga al-Firdaus  yang tertinggi. Justeru, mari kita mempersiapkan diri untuk  meneruskan pendakian dalam kehidupan ini.  Pendakian kim yang paling utama adalah untuk menggapai syurga al-Firdaus yang tertinggi.  Untuk menuju syurga Allah, ia bukan satu  perkara yang mudah kerana arus dan halangan  yang sentiasa menolak dan menarik kita turun ke bawah.
 
Lalu, telusuri laluan dan sunnah mereka yang  terdahulu dengan berpegang kepada kitab Allah  (al-Quran al-Karim) dan sunnah Rasulullah.  Semoga kita diberi hidayah dan taufik untuk  menemui kekasih kita di al-Firdaus al-A‘la. Selamat mendaki!
bunting-murah bua tduit dengan youtube adsense

 

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment



Next post:

Previous post: