≡ Menu

Nur Cahaya Islam

Cahaya Bimbingan

Aku hanya seorang manusia dan seorang hamba yang jahil yang dicipta oleh tuhan yang maha kuasa. Aku perlukan cahaya bimbingannya yang dia sentiasa menyinari jalan orang-orang yang soleh. Aku bukanlah hambanya yang sempurna tetapi aku cuba untuk menjadi hambanya yang terbaik yang terbaik dalam mentaati perintahnya kerana setiap orang diberi peluang dalam kehidupannya,untuk memperbaiki kesilapannya.

Allah S.W.T berfirman didalam kitabnya yang suci yang mafhumnya

“Aku tidak akan mengubah satu kaum melainkan mereka berubah sendiri”

Kerana itulah setiap manusia sepatutnya memulakan pembaharuan dalam diri masing–masing kerana peluang itu sentiasa ada dan Allah sentiasa menanti taubat dari hamba-hambanya sebelum pintu taubat tertutup rapat ketika itu, tidak ada sebarang taubat yang diterima walaupun matamu mengalirkan air mata berdarah sekalipun.

Fitrah Allah ciptakan manusia adalah pada hati yang trikat dengan tauhid iaitu agama yang satu. Oleh itu, barangsiapa yang lari dari tauhid maka dia berlari dari fitrah iaitu asal kejadian dirinya Allah tidak mengharapkan supaya kita berubah menjadi sempurna kerana tidak ada manusia yang sempurna akan tetapi Allah hanya mengharapkan kepulangan kita ke pangkuannya membawa iman yang sempurna dan penyaksian bahawa Allah dialah yang satu dan tidak ada tuhan melainkan Dia.

– Zulaikha Zinnirah&Aisha Siddiqah

Comments

1 comment… add one

Leave a Comment


Next post:

Previous post: