≡ Menu

Pakar Bedah Ghaib Menggerunkan Halimah

1

Warna alam berubah daripada kuning kepada oren. Waktu Asar menjelma. Halimah tiba di kampung halaman. Tanah tandus menyambut kehadiran bayi mulia.
 
Mbek… Mbek… Bunyi kambing-kambingnya kedengaran ceria. Ia baru pulang dari tempat penggembalaan. Halimah menjengukkan kepala bagi meninjau binatang-binatang berjasa itu.
 
“Ya Allah!”
 
Halimah terkejut melihat kantung susu kambing-kambingnya bengkak. Susu menitis- nitis minta diperah. Halimah melihat kambing-kambing jirannya pula. Kurus, kering dan tidak bertenaga.
 
“Keberkatan apakah ini?” Halimah teruja.
 
Hari seterusnya, jiran-jiran Halimahmenggembala kambing mereka di tempat kambing-kambing Halimah digembala. Mereka berharap moga-moga kcberkatan itu menempiasikambing mereka juga.
 
Kampung Bani Saad Menjadi Subur
 
Selama dua tahun bayi kecil bernama Muhammad membesar dalam pelukan Halimah, keluarga itu dilimpahkan rezeki yang mencurah-curah. Tanah gersang menjadi subur. Kambing kurusmenjadi gemuk. Tanaman-tanaman ceria disirami hujan.
 
Halimah kagum dengan Muhammad. Kebanyakan bayi seusianya tidak mahu makan makanan lain selain susu ibu sehingga berusia dua tahun.
Tetapi, Muhammad berbeza. Sebelum berusia dua tahun, beliau sudah pandai menyesuaikan diri dengan makanan pelengkap. Halimah menceraikan Muhammad daripada susuannya ketika usianya genap dua tahun.
 
Kasih Halimah kepada Muhammad semakin mekar hari demi hari. Namun janji tetap janji. Halimah tahu dia perlu menghantar Muhammad ke pangkuan ibunya.
 
Berwawasan Jauh
 
Sepanjang perjalanan menuju ke Makkah, Halimah bcrasa scbak dan sayu, seakan tidak sanggup untuk berpisah dengan bayi im. Bukan semata-mata disebabkan oleh naluri kasih bahkan kcrana risaukan risiko andai bayi itu membesar di Makkah.
 
Sewaktu berjumpa Aminah, Halimah merayu: “Kami harap anak ini tetap bersama-sama kami. Kami khuatir lingkungan Makkah akan memberi pengaruh buruk kepadanya.”
 
Naluri seorang ibu yang mencintai anaknya, Aminah berasa keberatan untuk melepaskan Muhammad sekali lagi. Namun dia lebih memikirkan masa depan Muhamnad. Dia mengagumi sikap Halimah yang berpandangan jauh.
 
Aminah berfikir: “Andai Muhammad membesar di kawasan perkampungan, bahasa Arabnya akan menjadi lebih fasih dan lancar. Bahasa yang ada di Makkah bercampur dengan pelbagai bahasa pengunjung Kaabah yang datang dari pelbagai daerah.” Tambahan pula, tanpa sokongan vaksin, penyakit mudah merebak di Makkah ketika itu.
 
Aminah merelakan putera tercinta kembali semula ke perkampungan bani Sa‘ad. Halimah ternyata sangat gembira.
 
Malaikat Pakar Bedah
 
Suatu hari, anak Halimah datang sambil berlari dengan tergesa-gesa dan kelihatan gopoh-gapah. Badannya seram sejuk dan menggeletar. Wajahnya sangat ketakutan.
 
“Ibu! Ayah!” dia menjerit jari jauh.
 
Halimah dan suaminya mendapatkan puteranya itu.
 
“Ibu, ayah! Muhammad ditangkap oleh dua orang lelaki berpakaian putih. Dia dibaringkan, perutnya dibuka. Orang itu mengeluarkan sesuatu dari perut Muhammad,” adu anak Halimah.
 
Halimah dan suaminya cemas.
 
Mereka mencari Muhammad di kawasan belakang khemah. Mereka mendapati Muhammad berdiri sendirian dengan wajah pucat. Dia nampak
ketakutan. Halimah mendakapnya.
 
“Apa yang terjadi, nak?” tanya Halimah.
 
Muhammad bercerita: “Saya didatangi dua orang lelaki berpakaianvputih. Saya ditidurkan, lalu merekavmembelah perut saya. Mereka mangeluarkan sesuatu dari perut saya.”
 
Halimah mcmbawa Muhammad masuk ke rumah. Mereka berusaha menenangkan perasaan Muhammad.
 
Suaminya berbisik: “Abang takut anak ini kerasukan Baik kita hantarkan sahaja kepada keluarganya sebelum menjadi gila.”
 
Terdengar Petanda Kenabian
 
Halimah dan suaminya bergegas ke Makkah. Ketika itu usia Muhamamd dalam lingkungan 5 hingga 6 tahun. Mereka berterus-terang menyatakan hasrat untuk mengembalikan Muhammad kepada Aminah.
 
Aminah kehairanan. Dia berkata: “Bukankah dulu kamu yang meminta mahu menjaga Muhammad?”
 
Halimah menjawab: “Saya takut apa-apa terjadi kepada Muhammad.”
 
Aminah curiga dengan kenyataan tersebut. Dia mendesak Halimah menceritakan apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas Muhammad.
 
“Dia pernah disentuh jin,” cerita Halimah berdasarkan sangkaannya.
 
“Tidak mungkin! Jin atau syaitan tidak akan menyentuhnya. Anakku ini mempunyai keistimewaan sejak sebelum dilahirkan.
 
Kalian mahu tahu?” bongkar Aminah. Halimah mengangguk. Aminah lalu bercerita.
 
“Sewaktu aku mengandungkannya, ada cahaya terang yang keluar dari perutku. Dari cahaya itu, aku mampu melihat istana Bushrah di Syam.
 
Aku juga berasa ringan, seakan tidak hamil. Sewaktu dia lahir, saat tangannya menyentuh alas tidur, kepalanya mendongak ke langit.” (Sirah Ibn
Hisham, riwayat Abu Ya‘la dan al-Tabarani)
 
Halimah kemudiannya pulang dengan kerinduan yang berat untuk ditanggung.
 
Halimah di Hati Nabi
 
Muhammad kini menginjak dewasa. Membesar dalam keadaan yatim piatu kerana ibunya meninggal ketika Baginda berusia enam tahun. Tatkala usianya mencecah 25 tahun, Baginda menikahi puteri bangsawan bernama Khadijah, majikannya sendiri.
 
Selang beberapa waktu, Halimah datang menemui anak susuannya. Halimah gembira dengan perkahwinan mereka. Halimah berkongsi kisah duka tentang kampung bani Sa‘ad yang sedang ditimpa kemarau dan kebulur.
 
Khadijah mendengar bcrita tersebut Beliau yang tidak mempunyai ibu mentua untuk berbakti dapat memanfaatkan peluang untuk berbakti kepada ibu mentua susuan. Khadijah menghadiahkan 20 ekor kambing dan 20 ekor unta kepada Halimah.
 
Halimah terharu. Dahulu, dia hampir tidak mahu mengambil Muhammad sebagai anak susuan kerana bimbang tiada upah tinggi yang bakal diterima. Lebih-lebih lagi Muhammad anak yatim. Namun, dia positifkan fikiran. Dengan kehendak Allah, harta berganda-ganda yang dia terima setelah Muhammad dewasa. Inilah keberkatan!
 
Anak Susuannya Seorang Nabi
 
Siapa tidak bangga jika anak yang disusui sejak kecil menjadi orang besar? Halimah lebih layak berbangga apabila anak yang disusuinya diangkat menjadi seorang Nabi dan Rasul terakhir.
 
Selepas terdengar berita kenabian Muhammad, Halimah berangkat meninggalkan kampungnya. Tidak sabar menyatakan keimanannya kepada
Muhammad. Masih terngiang-ngiang memori silam tatkala puteranya menjadi saksi terhadap perkara aneh yang menimpa Muhammad.
 
Rasulullah menyambut kedatangan Halimah dengan sambutan hangat. Baginda melepaskan kain serbannya dan dihamparkan ke tanah. Moga tiada debu yang menghinggapi ibu mulia itu tatkala ia duduk. Para sahabat yang melihat, teruja dan kagum melihat sendiri peribadi Nabi. Halimah menjnggal dunia di Madinah dan dikebumikan di perkuburan Baqi‘.
 
Halimah al-Sa’diyyah
 
1. Berasal daripada bani Sa’ad bin Bakr2. Tinggal di tengah suku Badwi bersama-sama suaminya al-Harith.

3. Ibu susuan Rasulullah s.a.w. selepas Thuwaibah (hamba Abu Lahab) dan Ummu Aiman (wanita Habsyah hamba Abdullah).

4. Mengajar Rasulullah s.a.w. erti kasih sayang dan kefasihan bahasa.

5. Pengasuh kepada Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutalib.

6. Menyusukan Hamzah bin Abdul Mutalib (bapa saudara Rasulullah), hingga menjadikan Hamzah saudara susuan Baginda.

7. Meninggal dunia di Madinah dan dikuburkan di perkuburan Baqi’.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment


Next post:

Previous post: