≡ Menu

Patung Orang Soleh

Patung Orang Soleh

Jangan kamu menyembah kecuali kepada Allah s.w.t.Ketika kesesatan mula tersebar dalam  kehidupan masyarakat, tidak ada seorang pun yang tidak terikut melainkan seorang lelaki  yang duduk dalam kesedihan. Beliau satu-satunya manusia yang masih berpegang dengan  wasiat Adam a.s. ahawa syaitan itu musuh bagi anak cucu Adam seluruhnya.
 Lelaki tersebut ialah Nuh bin Lamuk yang  sentiasa beriman kepada Allah s.w.t. Nuh a.s. lahir setelah Nabi Adam a.s. wafat yang  jaraknya 10 abad (1000 tahun).
 
Sebuah hadis riwayat al-Hakim, al-Tabari dan lain-lain, daripada Abu Umamah r.a. beliau  berkata: “Ada seseorang bertanya: ‘Ya Rasulullah, apakah Adam itu seorang Nabi?’ Jawab Baginda: ‘Ya.’ Lelaki itu bertanya lagi: ‘Berapa lama jarak antara dirinya  dengan Nabi Nuh a.s.?’ Baginda menjawab: ‘10  abad!”
 
Secara umumnya dapat dikatakan bahawa Nabi  Nuh a.s. diutus Allah Taala ketika manusia  menyembah berhala dan taghut serta tenggelam dalam kesesatan dan kekafiran, kemudian Allah  Taala mengutusnya sebagai rahmat bagi umat manusia.
 
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas, beliau  berkata: “Jarak umur antara Nabi Adam a.s.  dan Nabi Nuh a.s. ialah 10 abad. Semua orang pada masa itu memeluk Islam.”
 
Dalam kitab Qasas al-Anbiyaj Imam Ibn Kathir  rhm. menyebut: “Setelah berabad-abad kejayaan  Islam, keadaan berubah menjadi sebaliknya iaitu ketika manusia beralih kepada  penyembahan berhala.” Penyebab perubahan itu  seperti yang terdapat dalam hadis riwayat  Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas tentang pentafsiran ayat Allah s.w.t. dalam surah Nuh ayat 23 yang bermaksud: “Dan mereka  berkata: ‘Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu  dan jangan sesekali kamu meninggalkan  (penyembahan) Wad, Suwa‘, Yaghuth, Ya‘uq dan  Nasra.”’
 
Ibn Abbas mengatakan: “Nama-nama tersebut  ialah nama orang soleh daripada kaum Nabi  Nuh. Ketika mereka wafat, syaitan membisikkan
kepada kaumnya agar mereka membuat patung  orang soleh antara mereka dan memberikan nama patung-patung mengikut nama-nama orang soleh  tersebut. Mereka patuh pada bisikan syaitan  itu. Pada mulanya patung-patung tersebut  tidak disembah, namun setelah mereka  meninggal dunia, maka patung-patung itu  akhirnya disembah.”
 
Ibn Abbas berkata Iagi: “Berhala-berhala yang  ada dalam kalangan kaum Nuh akhimya muncul  tengah-tengah bangsa Arab.”
 
Buat Patung Agar Lebih Bermotivasi Beribadat?
 
Ibn Jarir dalam tafsirnya, Jami’ al-Bayan menyebut: “Merekalah orang soleh yang hidup  antara waktu Adam dan Nuh. Mereka mempunyai  ramai pengikut setia. Selepas mereka  meninggal, para pengikutnya berbincang. Ada  yang mencadangkan:
 
‘Bagaimana jika kita membuat patung-patung  mereka kerana dengan demikian, kita akan  lebih kuat beribadat jika teringat kepadanya.
 
“Maka para pengikut mereka membuat patung- patung tersebut. Apabila para pengikut orang  soleh tadi telah meninggal dunia dan berganti  dengan generasi baru, iblis datang  menggoncang hati mereka. Iblis berkata: ‘Jika  kamu bersedia menyembah mereka, maka hujan  akan turun kepadamu.’ Mereka pun bertekad menyembah patung-patung tersebut.”
 
Menurut Dr. Hamid Ahmad al-Tahir dalam kitab  beliau Qasas al-Anbiya’li al-Atfal, Nabi Adam  a.s. meninggal dunia setelah mengajar anak  cucunya agar hanya menyembah Allah dan tidak  mensyirikkannya dengan sesuatu pun. Baginda  wafat setelah menceritakan kepada mereka  mengenai kisahnya dengan iblis agar diambil pengajaran dan peringatan, malah ditegaskan  kepada mereka bahawa iblis itu musuh bagi  mereka.
 
Hari berganti bulan, bulan berganti tahun hinggalah anak cucu Adam bertambah jumlahnya.  Kebanyakan mereka telah melupakan nasihat dan
wasiat yang telah disampaikan oleh Adam a.s.  Hanya segelintir sahaja yang masih ingat dan mengikuti ajaran yang dibawa Adam a.s.
 
Akan tetapi, setiap masa pasti ada orang  soleh yang sangat dicintai masyarakat dan penduduk sekitarnya kerana mereka dapat  memberi petunjuk dan menunjukkan jalan menuju  Allah s.w.t. Apabila orang soleh itu  meninggal dunia, penduduk tempatan membuat  patung khusus untuknya dengan tujuan agar mereka selalu dapat mengingat dan tidak lupa  untuk meniru jejak hidup orang soleh  tersebut.
 
Antara orang soleh tersebut, terdapat lima orang yang terkenal iaitu Wad, Suwa’,  Yaghuth, Ya‘uq dan Nasra. Ketika mereka meninggal dunia, masyarakat pun segera  membuat patung orang soleh itu untuk mereka.
 
Agenda Licik Iblis
 
Seiring dengan berlalunya waktu dan masa yang  cukup lama sehingga 10 abad atau 1000 tahun  sejak kewafatan Adam a.s., mereka telah  melupakan nasihat dan wasiat Adam a.s. Mereka  lebih suka tunduk pada kemahuan dan pujukan  iblis sehingga mereka kufur kepada Allah  s.w.t. dan tidak mahu menyembahnya. Di  sinilah iblis mendapat peluang untuk  menjalankan misinya untuk menyesatkan anak  cucu Adam a.s. yang sangat dibencinya dan menyebabkan ia mendapat kutukan Allah s.w.t.  seterusnya mengeluarkannya daripada rahmat  Allah.
 
Lima buah patung orang soleh tadi terkubur di  bawah tanah. Selanjutnya apa yang iblis cuba  lakukan? Iblis telah menjelma menjadi seorang lelaki kemudian dia bertanya kepada  penduduk-penduduk: “Apa yang kamu semua  sembah?”
 
Para penduduk menjawab: “Kami tidak menyembah  apa-apa pun.” “Adakah kamu semua mahu aku  tunjukkan tuhan yang menjadi sembahan nenek  moyang kamu semua?” iblis mula mencadangkan  sesuatu agar anak Adam sesat.
 
“Ya, kami mahu.” Ibarat lembu dicucuk  hidungnya, para penduduk tersebut mengikut  tanpa banyak bantahan. Kelihatan agenda iblis  begitu mudah dilaksanakan.
 
Iblis pun menunjukkan lima buah patung kepada  mereka, lalu iblis berkata kepada mereka:  “Inilah tuhan yang telah menjadi sembahan  nenek moyang kamu semua.”
 
Kata-kata iblis ini terus dipercayai oleh  mereka. Bermulalah sembahan terhadap patung  yang pertama dalam sejarah manusia. Mereka menyembah lima buah patung tersebut iaitu  Wad, Suwa’, Yaghuth, Ya‘uq dan Nasra. Mereka  tidak menyedari bahawa patung-patung tersebut tidak dapat mendengar dan tidak pula dapat  berkata-kata. Patung-patung tersebut hanyalah batu-batu yang mereka buat sendiri. Begitulah liciknya iblis laknatullah.
 
Masih Ada Lagi yang Beriman
 
Melihat keadaan masyarakat yang menyembah berhala, Nuh berasa gelisah, lalu Baginda  bertafakur tentang alam sekelilingnya yang  menakjubkan. Kemudian Baginda membuat  kesimpulan bahawa alam yang elok ini pasti  ada Tuhan Yang Maha Agung yang mencipta.
 
Selain memikirkan tentang keindahan dan  keagungan ciptaan Allah Taala, Nuh a.s. juga  selalu teringat tentang wasiat dan nasihat  bapanya. Dalam wasiat tersebut bapanya  berkata: “Jangan kamu menyembah, kecuali  kepada Allah s.w.t.” Baginda juga ingat akan  nasihat bapanya: “lblis ialah musuh bagimu.” Ketika itu tiada seorang pun di muka bumi ini  yang beriman kepada Allah s.w.t. kecuali  hanya seorang sahaja iaitu Nuh a.s.
 
Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Najm  ayat 52 yang bermaksud: “Dan kaum Nabi Nuh  sebelum itu (telah juga dibinasakan).  Sesungguhnya mereka adalah orang yang sangat  zalim dan sangat melampaui batas.” Wallahu  a’lam.

 

 

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: