≡ Menu

Penyakit Pasang Surut – Hernia

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

 

Apa itu ‘pasang surut’??

 

Pasang surut (dalamB.Melayu) manakala dlm konteks medikalnya ia dipanggil ‘hernia’. Hernia adalah bonjolan dan ia mempunyai pelbagai jenis. Pasang surut adalah salah satu jenis ‘hernia’ yang sering berlaku dan ia dipanggil ‘inguinal hernia’. Pasang surut berlaku apabila sebahagian daripada usus telah terkeluar dari bahagian perut dan membentuk bonjolan di kawasan antara perut dan peha.

Pasang surut ini lebih banyak berlaku kepada kaum lelaki bermula dari umur pertengahan sampailah kepada orang2 tua. Saya yakin pasang surut ini bukanlah satu fenomena yang asing bagi masyarakat Malaysia.Oleh itu, mari kita sama2 mengenali apa itu pasang surut.

 

 

Bagaimana ia boleh berlaku?

Pasang surut berlaku apabila otot (muscles) yang berada di antara perut dan peha itu menjadi lemah, samada memang telah lemah sejak dari lahir atau menjadi lemah apabila umur telah meningkat.Beberapa faktor telah dikesan yang menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah.Yang pertama, mungkin disebabkan seseorang itu sering batuk terutamanya seorang perokok.Batuk akan memberikan tekanan yang tinggi kepada organ2 dalam tubuh kita. Tekanan yang tinggi menyebabkan usus terkeluar dari tempat asalnya dan membentuk bonjolan yang dapat dilihat dengan mata kasar.Yang kedua, masalah ini berlaku mungkin disebabkan seseorang itu sering melakukan kerja2 yang berat spt mengangkat brg2 yang berat dan apa2 sahaja pekerjaan yang melibatkan seseorang itu sering membongkok dan berdiri tegak semula. Yang ketiga, mungkin juga disebabkan seseorang itu sering meneran ketika ingin membuang air besar dan ini berlaku mungkin disebabkan sembelit. Yang kelima, mungkin juga sejak lahir lagi otot di kawasan itu sudah ada masalah dan menjadi lemah.

 

Bagaimana untuk mengesan seseorang itu mendapat pasang surut?

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Terdapat bonjolan di kawasan yang dinyatakan di atas dan bonjolan ini lebih ketara untuk dilihat apabila seseorang itu batuk.Selalunya bonjolan ini tidak menyakitkan dan ia tidak akan kelihatan ketika seseorang itu baring.

 

Cara untuk menangani pasang surut?

Sila berjumpa segera dengan doctor untuk mendapatkan pengesahan lanjut mengenai masalah ini.Terdapat dua cara untuk menangani masalah ini.Pertama melalui pembedahan.Pembedahan adalah cara yang terbaik untuk masalah ini.Pembedahan dilakukan untuk memasukkan kembali usus yang telah terkeluar itu ketempat asalnya.Sekiranya pembedahan tidak dilakukan, usus itu akan terus terkeluar dan akan menyebabkan bahagian yang terkeluar itu menjadi mati kerana tidak mendapat bekalan darah yang diperlukannya. Apabila komplikasi ini berlaku, individu tersebut akan berasa sakit yang tidak dapat ditanggung lagi dan mungkin akan mendapat kesan2 sampingan yang lain.

Namun, sekiranya seseorang itu tidak memenuhi kriteria2  yang membolehkan dia untuk dibedah, inidividu itu mungkin boleh menggunakan cara kedua iaitu dengan memakai ‘hernia truss’.seperti gambar dibawah.

 

 

Alat ini boleh didapati di farmasi dan ia bertujuan bukan untuk merawat masalah pasang surut, tetapi untuk memberi sokongan sementara kepada usus yang telah terkeluar itu untuk kembali ke tempat asalnya. Namun, alat ini tidak dapat menandingi kesan yang diperolehi dari pembedahan.Pembedahan tetap merupakan cara yang terbaik untuk masalah ini.

 

Pencegahan awal?

Elakkan perkara2 yang boleh menyebabkan otot di kawasan itu menjadi lemah.Elakkan merokok kerana merokok boleh menyebabkan seseorang itu kerap batuk.Elakkan dari melakukan pekerjaan2 yang berat.Jangan meneran semasa membuang air besar dan haruslah makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan, serta minum banyak air kosong untukmengelakkan masalah sembelit dari berlaku. Berjumpa doktor dengan segera sekiranya terdapat tanda2 pasang surut berlaku.

 

Akhir kata, ‘mencegah lebih baik dari merawat’. Wallahua’lam..

 

Sumber : Doktor Cahaya Purnama

0 comments… add one

Leave a Comment