≡ Menu

Perkataan Ringkas tapi Bermakna

6a0148c81cfc73970c019b01133db6970c-800wi

Adakalanya kita tidak menyedari akan kata-kata yang diungkapkan daripada seseorang kepada kita memberi seribu maksud yang sangat mendalam. Mungkin kerana itu hanya perkataan biasa. Mungkin itu hanya sandiwara sahaja. Dan mungkin juga kita berperasaan biasa sahaja. Kebiasaanya, orang yang menyampaikan secara ringkas adalah untuk membuatkan si dia berfikir akan maksud yang ingin diperjelaskan.

Tidak semua perkataan ringkas itu positif, adakalanya ia juga bersifat negatif. Ini kerana ada kalanya seseorang menggunakan satu ayat sahaja tapi tujuannya adalah untuk menyindir sesuatu pihak. Kita sebagai manusia haruslah bijak dalam menjaga perkataan jangan sampai ia memakan diri sendiri. Dan harus ingat, dari perkataan juga boleh mengambarkan peribadi seseorang.

Antara ayat ringkas tapi mempunyai tujuan negatif (sindiran) adalah:

…”Muka nampak baik, tapi hati?”..

…”Rupa seburuk perangai”…

…”Berlagak kaya”…

… ” Ni confirm dah masuk neraka”…

Dan macam-macam lagi…. Sangat tak elok.. Sangat pedih didengar walaupun ayat pendek tapi pedih.. Hidup bukan untuk Sedangkan kita boleh gunakan ayat ringkas tapi lebih kearah positif (nasihat). Walaupun kita tahu dia mempunyai sikap yang buruk, pernah melakukan sesuatu kesalahan, berbuat kesilapan dan sebagainya tapi itu bukan lah alasan untuk menghinanya. Tapi gunalah perkataan tersebut tetapi mendalam maksudnya. Iaitu nasihat ringkas tapi bermakna.

Antara ayat ringkas tapi positif (nasihat) adalah:

…”Dunia sementara, akhirat selamanya”…

…”Jangan pernah hina masa lalunya, kerana kita tidak tau masa depannya”…

…”Manusia boleh berubah dalam sesaat(hidayah)”…

…”Dah masuk waktu solat, jom…. :)”…

…”Awak kawan dunia akhirat sy…”

Dan terlalu banyak lagi yang kearah positif. Apa yang cuba disampaikan dalam artikel ini adalah sentiasa menjaga perkataan ketika berkata-kata. Dan ingatlah bahawa manusia boleh berubah sama ada ke arah positif atau negatif, semuanya terletak di tangan kita sendiri. Pilihlah untuk positif. Jaga kata, jaga tingkah laku, jaga hati. InshaAllah orang akan sekeliling akan merasa senang akan kehadiran kita.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: