≡ Menu

Sirah Dan Sejarah Nabi Daud a.s

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Nabi Daud a.s merupakan anak Isya bin Basywa, iaitu cucu Yahudza bin Yaakub keturunan Nabi Ibrahim a.s yang ke-12. Beliau menjadu raja setelah kewafatan Raja Thalout. Pada zaman tersebut terdapat seorang raja yang zalim dan kafir yang bernama Jalut.

Thalout bukan dari keturunan Nabi ataupun berdarah raja tetapi mahir dalam paperangan dan seorang pemimpin perang. Tugas pertama Thalout setelah dinobatkan sebagai raja ialah membentuk satu pasukan yang terdiri daripada pemuda gergasi yang masih kuat dalam menghadapi rakyat palestin yang terkenal dengan kekuatan dan keberanian.

Jalout merupakan panglima perang pasukan musuh dan terkenal sebagai seorang yang berani, cekap dan tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan. Sesiapa sahaja yang berani menentangnya sudah pasti akan jatuh dibunuh. Beliau merupakan seorang raja yang zalim, kejam, sentiasa memerangi dan mengusir rakayat Bani Israil dari tempat tinggal mereka. Negeri yang diperintahnya adalah diantara Syam dan Mesir.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Masyarakat Bani Israil meminta kepada Allah S.W.T supaya dianugerahkan seorang raja yang bakal memimpin mereka berperang di jalan Allah S.W.T. Sewaktu dalam peperangan banyak di antara mereka yang mengatakan tidak sanggup. Hanya 313 orang sahaja yang sanggup dan berani maju. Terdapat riwayat yang menyebut bahawa pasukan itu sebenarnya berjumlah 303 313 orang yang berangkat untuk berperang. Mereka memiliki kemantapan iman kepada Allah S.W.T serta tidak takut walau sedikit pun dalam menghadapi musuh yang kuat walau jumlah mereka sedikit sahaja. Dalam peperangan itu Jalut mati dibunuh oleh Nabi Daud a.s dan kemudian menuntut janji daripada raja Thalout, tetapi Thalout tidak juga memberi. Nabi Daud a.s meninggalkan raja Thalout bersama sebilangan besar tenteranya kerana rasa tidak puas hati terhadap perbuatan raja Thalout yang tidak menepati janji.

Thalout menggangap Nabi Daud a.s sebagai satu ancama dan mengambil keputusan untuk membunuh Nabi Daud a.s dan meninggalkan istananya serta hilang tanpa jejak. Kesempatan ini digunakan oleh Nabi Daud a.s untuk menaiki taktha. Seluruh rakyatnya mengangkat dan memahkotakan Nabi Daud a.s sebagai raja.

Nabi Daud a.s dikurrniakan suara yang sangat merdu yang tiada tara bandingan serta dapat melembutkan besi dan membuat bermacam-macam barangan keperluan hidup, seperti pakaian dan lain-lain. Nabi Daud a.s meninggal ketika menjangkau usia 100 tahun 6 bulan dan dimakamkan di Baitul Maqdis.

0 comments… add one

Leave a Comment