≡ Menu

Sirah Dan Sejarah Nabi Ilyas

NABI-ILYAS

Nabi Ilyas a.s adalah putera Yasin. Beliau merupakan keturunan Nabi Harun a.s yang keempat. Beliau diutus oleh Allah S.W.T kepada kaumnya bani Israil yang gemar menyembah patung Ba‟al. Nabi Ilyas a.s menyeru kepada mereka agar meninggalkan Ba‟al dan menyembah Allah S.W.T.

Kaum Nabi Ilyas a.s sering berdusta terhadap seruan Nabi Ilyas a.s. Mereka menerima balasan oleh Allah S.W.T dengan seksaan yang berat yakni berupa musim kemarau yang berpanjangan. Hujan tidak membasahi bumi menyebabkan mereka kehausan, kebuluran dan semua tanaman serta ternakan mereka tidak menjadi. Situasi itu menimbulkan rasa insaf ke dalam diri mereka untuk seketika. Mereka datang menghadap Nabi Ilyas a.s memohon supaya mereka terhindar daripada azab itu. Nabi Ilyas a.s kemudian berdoa kepada Allah S.W.T dah Allah S.W.T mengabulkan doa Nabi Ilyas a.s itu, hujan turun dengan lebat menjadikan tanah sawah serta ladang mereka subur. Binatang- binatang ternakan membiak secara sihat dan bertambah bilangannya.

Setelah mendapat rahmat dan kurniaan Allah SWT mereka kembali alpa dengan kehidupan dan lupa akan rahmatNya. Mereka kembali derhaka bahkan melampaui batas zaman sebelumnya.

Mereka seterusnya menerima seksaan Allah SWT yang lebih pedih. Nabi Ilyas dan
Nabi Ilyasa‟ sudah pun beredar pergi terlebih dahulu sebelum seksaan daripada Allah SWT
datang menimpa mereka. Nabi Ilyas dan Nabi Ilyasa‟ terselamat daripada seksaan tersebut,
kerana mereka merupakan insan yang berbakti dan taat kepadaNya.

Cari Duit Tambahan

0 comments… add one

Leave a Comment



Next post:

Previous post: