≡ Menu

Sirah Dan Sejarah Nabi Muhammad s.a.w

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 Apri 571 Masihi) dan dilahirkan di Mekkah. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab dari suku Qurais berasal daripada suku kaum yang dipandang mulia ketika itu. Ibu susu Baginda pula bernama Halimatus Saadiah (menjadi adat masyarakat untuk mecari pengasuh bagi anak-anak mereka)

Nabi dijaga oleh Halimatus Saadiah selama 4 tahun dan dikembalikan semula kepada ibunya. . Bapa baginda meninggal dunia semasa beliau berada di dalam kandungan. Semasa dalam perjalanan pulang dari melawat kubur suaminya Ibu baginda pula meninggal di suatu tempat

yang dipanggail Abwa‟ Nabi berumur 6 tahu ketika itu . Maka tinggallah Nabi SAW seorang
diri dan dijaga oleh datuknya.

Semakin baginda meningkat dewasa sifat kepimpinan baginda mula terpancar keluar dan baginda juga digelar Al-Amin kerana tsentiasa berkata benar. Baginda berkhawin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun yang terkenal dalam kaum Quraisy kerana kesucian, sifat budiman dan dermawannya. Sewaktu baginda berusia 35 tahun terjadilah perselisihan di antara pembesar Quraisy untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad di depan

Ka‟bah dan dengan tindakan yang bijak baginda menyelesaikan masalah tanpa ada pihak
yang tidak puas hati.

Sewaktu Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun baginda sering pergi ke Gua Hira‟ untuk menyendiri daripada kaumnya yang menyembah berhala kerana Nabi Muhammad SAW tidak suka kepada cara sembahan kaumnya itu. Pada malam 17 Ramadhan atas perintah dari Allah SWT malaikat Jibril datang kepada baginda untuk mengajar baginda

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!
membaca dengan perkataan “bacalah” tetapi Nabi Muhammad SAW tidak dapat membaca

dan situasi ini berulang sebanyak 3 kali. Baginda mengigil ketakutan dan segera pulang ke rumah dan setibanya ke rumah baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutinya dan sekali lagi Jibril a.s menyeru supaya orang yang berselimut bangun dan menjauhi maksiat.

Setelah Nabi Muhammad SAW sedar beliau adalah Rasul maka selama 3 tahun beliau berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekatnya. Selepas itu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terang-terangan. Akibat daripada perkara itu baginda mendapat tentengan dari kaum kafir quraisy dan mereka mengancam untuk membunuh baginda lalu Allah SWT memerintahkan bagida berhijrah ke Kota Madinah.

Setelah beliau selesai menunaikan tugasnya menyeru agama Islam di kalangan penduduk Bangsa Arab dan seluruh umat manusia maka pada tanggal 12 rabiulaawal 11 Hijiriyah (7 jun 632 Masehi) baginda pulang kerahmatullah dalam usia 63 di tahun dan di makamkan di kota madinah. Nabi Muhammad S.A.W mewariskan kepada keluarganya, sahabatnya dan umat manusia sekeliannya dengan sabda baginda yang bermaksud :

“Aku telah meningalkan kepada kamu semua dua buah pusaka tidak akan tersesat
jalan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran)
dan Sunnah Rasulullah (Hadis)

==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

1 comment… add one

    Leave a Comment