Monday, April 21, 2014

You are here: Home > Kisah 25 Nabi Dan Rasul > Sirah Dan Sejarah Nabi Sulaiman a.s

Sirah Dan Sejarah Nabi Sulaiman a.s

by Cahaya Purnama

NABI-SULAIMAN

Nabi Sulaiman adalah anak kepada Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi beliau telah menampakkan tanda-tanda kecerdasan, ketajaman otak, kepandaian berfikir serta ketelitian di dalam mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan.

Sewaktu Nabi Daud a.s iaitu ayahnya menduduki tahta kerajaan Bani Isra’il beliau selalu mendampinginnya dalam tiap-tiap perbicaraan di mahkamah. Oleh itu Nabi Daud a.s telah melatih Nabi Sulaiman a.s dari awal lagi untuk menggantikannya untuk menduduki taktha singgahsana kerajaan Bani Isra’il. Tetapi tindakan Nabi Daud a.s ini mendapat tentangan daripada abang Nabi Sulaiman a.s yang bernama Absyalum yang beranggapan bahawa dialah yang sepatutnya lebih layak menduduki taktha itu. Absyalum akhirnya memberontak tetapi akhirnya Absyalum berjaya dibunuh oleh askar yang dikerah oleh Nabi Daud a.s.

Nabi Sulaiman a.s diberikan kuasa penuh keatas kerajaan Bani Isra’il yang makin meluas, Allah SWT juag telah menundukkan baginya makhluk-makhluk lain, iaitu Jin angin dan burung-burung yang kesemuanya berada di bawah perintahnya melakukan apa yang dikehendakinya dan melaksanakan segala arahannya. Di samping itu Allah S.W.T juga memberikannya suatu kurnia berupa mengalirnya cairan tembaga dari bawah tanah untuk dimanfaatkannya bagi karya pembangunan gedung-gedung, perbuatan piring-piring sebesar kolam air, periuk-periuk yang tetap berada diatas tungku yang dikerjakan oleh pasukan Jin- Nya. Setelah Nabi Sulaiman membangunkan Baitulmaqdis dan melakukan ibadah haji sesuai dengan nadzarnya pergilah ia meneruskan perjalannya ke Yeman. Setibanya di San’a ibu kota Yeman ,ia memanggil burung hud-hud sejenis burung belatuk untuk disuruh mencari sumber air di tempat yang kering tandus itu. Ternyata bahawa burung hud-hud yang dipanggilnya itu tidak berada bersama dengan burung-burung yang lain. Nabi Sulaiman a.s marah dan mengancam akan mengajar burung Hud-hud itu jika ketidak hadirannya itu tanpa alasan dan uzur yang nyata.

Burung hud-hud itu memberitahu atas kelewatannya itu kerana ternampak satu kerajaan yang besar yang diperintah oleh seorang ratu yang bernama Balqis dan menjadikan matahari sebagai tuhan mereka. Seterusnya Nabi Sulaiman a.s mengutuskan surat kepada Ratu Balqis untuk mengajaknya memeluk islam dan dipendekkan cerita akhirnya Ratu Balqis akur dan memeluk isalm dengan hati terbuka. Menurut sebahagian ahli tafsir dan ahli sejarah nabi-nabi, bahawa Nabi Sulaiman akhirnya berkahwin dengan Balqis dan dari perkahwinannya itu lahirlah seorang putera. Menurut pengakuan maharaja Ethiopia.

33
Abessinia, mereka adalah keturunan Nabi Sulaiman dari putera hasil perkahwinannya
dengan Balqis itu.

Al-Quran mengisahkan bahawa tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan kematian Sulaiman kecuali anai-anai yang memakan tongkatnya yang ia sandar kepadanya ketika Tuhan mengambil rohnya. Para Jin yang sedang mengerjakan bangunan atas perintahnya tidak mengetahui bahawa Nabi Sulaiman telah mati kecuali setelah mereka melihat Nabi Sulaiman tersungkur jatuh di atas lantai, akibat jatuhnya tongkat sandarannya yang dimakan oleh anai-anai. Sekiranya para Jin sudah mengetahui sebelumnya, pasti mereka tidak akan tetap meneruskan pekerjaan yang mereka anggap sebagai seksaan yang menghinakan.

Incoming search :

sirah nabi sulaiman,biodata nabi sulaiman,nabi sulaiman,biodata penuh nabi sulaiman,biodata ringkas nabi sulaiman,sejarah sulaiman,kisah nabi sulaiman,nabi sulaiman dan burung hud hud,cerita nabi sulaiman,nabi sulaiman biodata,nabi sulaiman dan burung hud,pengajaran nabi sulaiman,pertandingan bercerita kisah nabi ilyas alaihissalam,petikan cerita nabi sulaiman dengan anai-anai tongkatnya,anak dari nabi sulaiman,seorang nabi yang beranggapan matahari sebagai tuhan adalah,seorang nabi yg beranggapan matahari sebagai tuhan adalah nabi?,sirah dan sejarah nabi luth a s - cahaya purnama,tarikh islam nabi sulaiman,nabi dan burung,kisah ringkas nabi sulaiman,apakah nabi sulaiman berkahwin dengan balqis,burung hud hud,cerita nabi sulaiman dalam al quran untuk kanak-kanak,cerita nabi sulaiman penuh,isi penting perbualan nabi sulaiman dengan burung,kisah awal nabi sulaiman,kisah burung hud hud,kisah butung hud hud,kisah kebijaksanaan nabi sulaiman,kisah nabi dan burung,kisah nabi hud pantun dan lagu,kisah nabi sulaiman dan ratu balqis,kisah nabi sulaiman untuk kanak-kanak,tarikh lahir nabi sulaiman

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
Mempunyai Masalah Rambut Gugur?

Previous post:

Next post: