≡ Menu

Sirah Dan Sejarah Nabi Yaakub a.s

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Nabi Yaakub a.s berasal daripada keturunan anak Nabi Ishak bin Ibrahim a.s bin Azar bin Sam bin Nuh. Beliau diutuskan menjadi Rasul di negeri Kan‟an untuk memimpin penduduknya menyembah Allah Tuhan Yang Maha Esa. Riwayat lain menceritakan bahawa beliau diutuskan ke Nablus. Beliau berkerja sebagai petani dan penternak.

Hasil dari perkhawinan Nabi Yaakub a.s dengan 4 orang isterinya beliau dikurniakan 12 orang anak. Mereka turut disebut di dalam Al-Quran sebagai “Al-Asbaath” yang membawa maksud qabilah Bani Israil, kerana setiap mereka mempunyai keturunan yang ramai.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Pada masa itu tercetus peperangan salib diantara keluarga Nabi Yaakub a.s dengan raja dan dengan izin Allah S.W.T raja itu berjaya dikalahkan oleh mereka dan hartanya dijadikan sebagai harta rampasan perang (ghanimah). Selepas itu Nabi Yaakub a.s berhijrah ke Palestin untuk menemui bapa saudaranya yang bernama Laban. Beliau berjalan pada malam hari dan beristirehat pada siang hari. Oleh yang demikian keluarga Nabi Yaakub a.s dan keturunanya digelar sebagai Bani Israil yang membawa maksud suku yang berjalan pada malam hari. Dalam perjalanan hijrah tersebut beliau tertidur di atas sebiji batu dan bermimpi menerima wahyu dari Allah S.W.T yang menyatakan bahawa Nabi Yaakub a.s dan kaumnya dikurniakan Baitulmaqdis dan beliau dikurniakan kitab sebagai hikmah dan pegangan.

Nabi Yaakub a.s wafat ketika berusia 147 tahun di Mesir. Faktor usia menyebabkan beliau menyerahkan tugasnya kepada puteraya yang bernama Nabi Yusuf. Nabi Yusuf mewarisi peranan ayahnya sebagai pembesar mesir. Beliau tinggal di Mesir dan dikurniakan zuriat keturunan yang teramai di Mesir. Inilah asal permulaan bangsa Israil dan tersebar luas di negeri Mesir. Mereka kemudian dibebaskan oleh Nabi Musa a.s dari penjajahan Firaun yang dilaknat Oleh Allah S.W.T .

0 comments… add one

Leave a Comment