≡ Menu

Sirah Dan Sejarah Nabi Yusuf a.s

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

Nabi Yusuf a.s adalah anak ke tujuh daripada 12 orang anak Nabi Ya’qub a.s. Beliau juga merupakan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Yusuf a.s dikurniakan oleh Allah S.W.T rupa paras yang tampan. Beliau satu-satunya anak yang dimanjakan oleh Nabi Ya’qub a.s, berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain, terutamanya setelah kewafatan ibu kandungnya.

Pada suatu hari golongan yang membenci dan iri hati terhadap Nabi Yusuf a.s berkumpul dan berbincang untuk meluahkan perasaan masing-masing kepada bapa mereka dan membuat perancangan untuk menyingkirkan Nabi Yusuf a.s dari keluarga mereka dengan mencampakkannya ke dalam telaga dan atas izin Allah S.W.T, Nabi Yusuf a.s diselamatkan oleh seorang musafir yang kebetulan mengambil air di situ. Akhirnya si musafir itu menjual Nabi Yusuf a.s kepada Ketua Polis Mesir yang bernama Fathifar dan dijadikan anak angkatnya. Nabi Yusuf a.s dipelihara dengan sempurna oleh isteri pembesar itu, Zulaikah. Sejak dari itu Nabi Yusuf a.s tinggal bersama ibu angkatnya.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Sehinggalah pada suatu hari ibu angkatnya telah jatuh cinta pada Nabi Yusuf a.s dan meluahkan perasaannya itu tetapi Nabi Yusuf a.s menolak dengan mengenangkan jasa ibu angkatnya menjagannya sejak kecil. Dipendekan cerita atas sebab itu lah Nabi Yusuf a.s berdoa kepada Allah S.W.T agar dipenjarakan. Bersama Nabi Yusuf a.s di perjara dua orang pelayan makan dan minum raja yang kemudian seorang daripada pelayan itu dibunuh dan seorang lagi dibebaskan selepas mengalami sebuah mimpi yang kemudiannya ditafsirkan oleh Nabi Yusuf a.s.

Selepas kejadian itu raja mengetahui kelebihan Nabi Yusuf a.s itu dan menyuruh Nabi Yusuf a.s mentafsir sebuah mimpi raja itu yang menbawa maksud akan berlaku musim kemarau yang maha dahsyat dalam masa tujuh tahun lagi dan mereka perlu bersedia, dengan izin Allah S.W.T berlakulah seperti apa yang ditafsirkan oleh Nabi Yusuf a.s.

Maka atas jasa Nabi Yusuf a.s itu beliau diberikan darjat sebagai Menteri kewangan mesir dan akhirnya berkhawin dengan Zulaikah setelah menjadi janda akibat kematian suaminya. Pada akhirnya Nabi Yusuf a.s bertemu semula dengan saudara-saudaranya yang pernah menganiaya dahulu namun yang demikian Nabi Yusuf a.s dengan rela memaafkan mereka dan dengan keizinan Allah S.W.T, Nabi Yusuf a.s bertemu semula dengan bapanya iaitu Nabi Ya’qub a.s dan menceritakan kisah yang menimpa dirinya dari mula.

0 comments… add one

Leave a Comment