Monday, May 20, 2013

You are here: Home > Srikandi Islam > Siti Aminah Bonda Rasulullah SAW ( Srikandi Islam )

Siti Aminah Bonda Rasulullah SAW ( Srikandi Islam )

 

Siti Aminah bonda Rasulullah SAW

Seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahb. Ibu dari Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.

 


Berkatalah Muhammad puteranya tentang nasabnya. “Allah telah memilih aku dari Kinanah, dan memilih Kinanah dari suku Quraisy bangsa Arab. Aku berasal dari keturunan orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik, dari orang-orang yang baik.” Dengarlah sabdanya lagi, “Allah memindahkan aku dari sulbi-sulbi yang baik ke rahim-rahim yang suci secara terpilih dan terdidik. Tiadalah bercabang dua, melainkan aku di bahagian yang terbaik.”

Aminah bukan cuma ibu seorang rasul atau nabi, tetapi juga wanita pengukir sejarah. Kerana risalah yang dibawa putera tunggalnya sempurna, benar dan kekal sepanjang zaman. Suatu risalah yang bermaslahat bagi ummat manusia. Berkatalah Ibnu Ishaq tentang Aminah binti Wahb ini. “Pada waktu itu ia merupakan gadis yang termulia nasab dan kedudukannya di kalangan suku Quraisy.”

Menurut penilaian Dr. Bint Syaati tentang Aminah ibu Muhammad iaitu. “Masa kecilnya dimulai dari lingkungan paling mulia, dan asal keturunannya pun paling baik. Ia (Aminah) memiliki kebaikan nasab dan ketinggian asal keturunan yang dibanggakan dalam masyarakat aristokrasi (bangsawan) yang sangat membanggakan kemuliaan nenek moyang dan keturunannya.”

Aminah binti Wahb merupakan bunga yang indah di kalangan Quraisy serta menjadi puteri dari pemimpin bani Zuhrah. Pergaulannya senantiasa dalam penjagaan dan tertutup dari pandangan mata. Terlindung dari pergaulan bebas sehingga sukar untuk dapat mengetahui jelas

penampilannya atau gambaran fizikalnya. Para sejarawan hampir tidak mengetahui kehidupannya kecuali sebagai gadis Quraisy yang paling mulia nasab dan kedudukannya di kalangan Quraisy.

Meski tersembunyi, baunya yang harum semerbak keluar dari rumah bani Zuhrah dan menyebar ke segala penjuru Makkah. Bau harumnya membangkitkan harapan mulia dalam jiwa para pemudanya yang menjauhi wanita-wanita lain yang terpandang dan dibicarakan orang.

Allah memilih Aminah “Si Bunga Quraisy” sebagai isteri Abdullah bin Abdul Muthalib di antara gadis lain yang cantik dan suci. Ramai gadis yang meminang Abdullah sebagai suaminya seperti Ruqaiyah binti Naufal, Fatimah binti Murr, Laila al Adawiyah, dan masih ramai wanita lain yang telah meminang Abdullah.

Ibnu Ishaq menuturkan tentang Abdul Muthalib yang membimbing tangan Abdullah anaknya setelah menebusnya dari penyembelihan. Lalu membawanya kepada Wahb bin Abdu Manaf bin Zuhrah – yang waktu itu sebagai pemimpin bani Zuhrah – untuk dikahwinkan dengan Aminah.

Abdullah adalah pemuda paling tampan di Makkah. Paling memukau dan paling terkenal di Makkah. Tak hairan, jika ketika ia meminang Aminah, ramai wanita Makkah yang patah hati.”

Cahaya yang semula memancar di dahi Abdullah kini berpindah ke Aminah, padahal cahaya itulah yang membuat wanita-wanita Quraisy rela menawarkan diri sebagai calon isteri Abdullah. Setelah berhasil mengahwini Aminah, Abdullah pernah bertanya kepada Ruqaiyah mengapa tidak menawarkan diri lagi sebagai suaminya. Apa jawab Ruqayah, “Cahaya yang ada padamu dulu telah meninggalkanmu, dan kini aku tidak memerlukanmu lagi.”

Fatimah binti Murr yang ditanyai juga berkata, “Hai Abdullah, aku bukan seorang wanita jahat, tetapi kulihat aku melihat cahaya di wajahmu, kerana itu aku ingin memilikimu. Namun Allah tak mengizinkan kecuali

memberikannya kepada orang yang dikehendakiNya.” Jawaban serupa juga disampaikan oleh Laila al Adawiyah. “Dulu aku melihat cahaya bersinar di antara kedua matamu kerana itu aku mengharapkanmu. Namun engkau menolak. Kini engkau telah mengahwini Aminah, dan cahaya itu telah lenyap darimu.”

Memang “cahaya” itu telah berpindah dari Abdullah kepada Aminah. Cahaya ini setelah berpindah-pindah dari sulbi-sulbi dan rahim-rahim lalu menetap pada Aminah yang melahirkan Nabi Muhammad SAW. Bagi Muhammad merupakan hasil dari doa Ibrahim bapanya. Kelahirannya sebagai khabar gembira dari Isa saudaranya, dan merupakan hasil mimpi dari Aminah ibunya. Aminah pernah bermimpi seakan-akan sebuah cahaya keluar darinya menyinari istana-istana Syam. Dari suara ghaib ia mendengar, “Engkau sedang mengandung pemimpin ummat.”

Masyarakat di Makkah selalu membicarakan, kedatangan nabi yang ditunggu-tunggu sudah semakin dekat. Para pendita Yahudi dan Nasrani, serta peramal-peramal Arab, selalu membicarakannya. Dan Allah telah mengabulkan doa Ibrahim as. seperti disebutkan dalam Surah al Baqarah ayat 129.

“Ya Tuhan kami. Utuslah bagi mereka seorang rasul dari kalangan mereka.”
Dan terwujudlah khabar gembira dari Isa as. seperti tersebut dalam Surah as Shaff ayat 6. “Dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang rasul yang akan datang sesudahku, namanya Ahmad (Muhammad). Benar pulalah tentang ramalan mimpi Aminah tentang cahaya yang keluar dari dirinya serta menerangi istana-istana Syam itu.”

Aminah adalah pemimpin para ibu, kerana ia ibu Nabi Muhammad yang dipilih Allah sebagai rasul pembawa risalah untuk ummat manusia hingga akhir zaman. Muhammadlah penyeru kebenaran dan keadilan serta kebaikan berupa agama Islam.
“Dan barangsiapa memilih agama selain Islam, maka tiadalah diterima (agama itu) darinya. Dan di akhirat termasuk orang-orang yang rugi.” (Ali Imran: 85)

Saat menjelang wafatnya, Aminah berkata: “Setiap yang hidup pasti mati, dan setiap yang baru pasti usang. Setiap orang yang tua akan binasa. Aku pun akan wafat tapi sebutanku akan kekal. Aku telah meninggalkan kebaikan dan melahirkan seorang bayi yang suci.”
Diriwayatkan oleh Aisyah dengan katanya, “Rasulullah SAW memimpin kami dalam melaksanakan haji wada’. Kemudian baginda lalu dekat kubur ibunya sambil menangis sedih. Maka aku pun ikut menangis kerana tangisnya.”

Betapa harumnya nama Aminah, dan betapa kekalnya namanya nan abadi. Seorang ibu yang luhur dan agung sebagai ibu Muhammad manusia paling utama di dunia, paling sempurna di antara para nabi, dan sebagai rasul yang mulia. Aminah binti Wahb adalah ibu kandung rasul yang mulia. Semoga Allah memberkahinya.

Incoming search :
siti aminah bonda rasulullah,kisah siti aminah bonda rasulullah,siti aminah,teks bercerita kisah haji wida,ibu nabi muhammad,teks bercerita siti aminah bonda rasulullah,sejarah siti aminah,teks bercerita haji wida,kisah aminah bonda rasulullah,teks bercerita KISAH NABI MUHAMMAD DAN HAJI WIDA,teks bercerita kisah haji wada,cerita siti aminah bonda rasulullah,kisah haji wida,kisah siti aminah ibu rasulullah,biografi siti aminah ibu nabi muhammad,teks cerita siti aminah bonda rasulullah,teks bercerita kisah haji wida\,teks bercerita kisah ibu nabi muhammad siti aminah,siti aminah bonda rasullullah,haji wida\ mtq 2013,teks bercerita kisah siti aminah,teks bercerita haji,kisah siti aminah,kisah ibu nabi muhammad saw,teks cerita kisah haji wida,kisah aminah,tek cerita haji wida,riwayat hidup aminah,peristiwa nabi muhammad menangis di kubur siti aminah,kisah nabi muhammad dan ibunya siti aminah,teks bercerita haji wida\,Siti aminah ibu rasulallah,teks cerita aminah bonda rasulullah,kisah ibu,kisah ibu nabi muhammad,teks cerita mtq haji wida\,teks cerita aminah bonda rasullah,teks cerita haji wada,tentang siti aminah,teks cerita haji wida,teks bercerita KISAH NABI MUHAMMAD HAJI WIDA,ibunda rasulullah,siti aminah mengetahui akan melahirkan seorang nabi,siti aminah kelebihan,siti aminah ibunda rasulullah,Siti aminah ibu rasullallah,teks cerita kisah haji wida\ ( cerita lelaki ),teks bercerita kisah haji widak,tentang aminah ibu nabi,Siti aminah bonda rasulallah,tentang ibunda rasulullah saw,serikandi wanita zaman Rasulullah saw,text siti aminah ibu rasulallah,serikandi aminah,teks cerita haji wida\,teks cerita haji widak,teks bercerita kisah bonda rosulullah,teks bercerita haji wida\ nabi muhammad,teks bercerita kisah nabi muhammad haji wida\,teks bercerita kisah siti aminah bonda rasulullah,teks bercerita haji widak,TEKS BERCERITA haji wida nabi muhammad saw,teks bercerita mtq haji wida\,teks bercerita mtq kisah siti aminah bonda rasulullah,teks bercerita siti aminah bonda rasulullah s a w,teks berceritakisah nabi haji wada,teks bercerita aminah ubunda nabi,teks cerita kisah nabi mtq 2013 haji wida\,siti aminah waktu melahirakan nabi muhammad,nabi bercerita pasal ibu,aminah ibunda nabi muhamad,Cerita siti aminah ibu nabi,cerita siti aminah ibunda nabi,cerita tentang siti aminah,contoh cerita tentang keadilan zaman nabi Muhammad,contoh teks aminah ibu nabi muhammad,contoh text bonda rasulullah,haji wida mtq 2013,haji wida' mtq 2013,Ibu dari nabi muhammad saw,ibu rasulullah,ibu rasulullah muhammad saw,cerita siti aminah dan abdullah,Cerita siti aminah,asal ibu rasulullah,bercerita kisah nabi - haji widak,biografi siti aminah,blogg bonda siti,bonda ibu,cerita kisah ibu,cerita mtq haji wida,cerita mtq haji wida\ 2013,cerita rasul pembawa rahmat,cerita sejarah kebaikan nabi muhammad saw,cerita siti amina,ibu tunggal zaman rasulallah,ibunda siti aminah,kisah siti aminah ibu rosul,kisah siti aminah ibunda nabi,kisah wafatnya ibu nabi muhammad,kisah wafatnya siti aminah,MTQ HAJI WADA,agama siti aminah,nabi bercerita tentang dirinya,nenek siti aminah,pembawa sulbi nabi muhammad,pemimpin dikalangan quraisy,sejarah hidup siti aminah bonda nabi,kisah nabi muhammad mengenai ibunya,kisah nabi muhammad di pilih sebagai rasullullah,Kenapa aminah dipilih sebagi ibunya nabi,keturunan siti aminah,kisah aminah bonda nabi,kisah aminah ibu nabi muhammad,kisah bonda nabi muhammad,Kisah bunda nabi muhamat saw,kisah haji widak,kisah haji wida\,kisah ibu nabi muhammad wafat,kisah ibunda nabi muhammad,kisah kepentingan ibu zaman rasulullah,sejarah nabi muhammad saw-aminah
     
bedak arab borong

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
Mempunyai Masalah Rambut Gugur?
Masalah GIGI KUNING?

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: