≡ Menu

Solat subuh dan isyak berjemaah

ADVERTISEMENT   Pelita Raya Solar

Berdasarkan kisah benar

Jom Aktifkan MyKad Smart Shopper Anda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !!

Seorang lelaki bernama Haris (bukan nama sebenar) adalah dahulunya seorang pemuda yang jarang solat berjemaah di masjid.

Dia ke masjid hanya untuk solat Jumat atau solat di Hari Raya.

Malah dia dulu dikenali dengan panggilan ‘Playboy’ Dia juga dahulu bermain muzik (drummer).
Tidak pula memperhatikan sunnah Rasul. Padahal dia adalah anak Pak Haji dan Imam Masjid di perumahannya.
Baru ketika dia belajar, hidayah Allah menggiringnya untuk melakukan solat zohor berjemaah di masjid kampusnya.

Setelah selesai solat, ada tazkirah yang didengar Haris. Pemberi tazkirah itu menyebutkan hadits Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah shalat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak.” -Shahih Muslim

Sejak saat itulah Haris mulai memikirkan apa yang sebenarnya terkandung di dalamnya sehingga Rasulullah bersabda manusia akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.
Haris pun mulai melaksanakan solat Isyak berjemaah di masjid malam harinya, dan dilanjutkan dengan Subuh berjemaah di masjid dekat rumahnya untuk mencuba merasakan apa yang sebenarnya dimaksudkan Nabi.

Selalu terlindung dari musibah
Haris ketika itu masih belajar di jurusan sastera Inggeris.
Setiap kali setelah dia pulang kuliah, dia mengajar kelas tuisyen kepada anak-anak kecil maupun orang dewasa.

Hampir lulus ijazah pertama, dia sudah ditawarkan pekerjaan melalui panggilan telefon dari sebuah syarikat untuk menjadi wartawan.

Haris mulai merenungkan apakah ini yang dimaksud manfaat dari solat Isyak dan Subuh berjemaah di masjid, rezeki begitu mudah diraih tanpa susah-susah mencari sedangkan banyak temannya yang mencari ke mana-mana tapi tidak diterima.

Akhirnya Haris lulus ijazah dan sempat menjadi wartawan di syarikat tersebut.
Tetapi pekerjaan menjadi wartawan tidak menentu waktunya.
Hari Sabtu dan Minggu harus bersedia untuk dipanggil bekerja. Pulang dari kerja selalu lewat. Haris jadi jarang solat Isyak di masjid.

Waktu subuh dia perlu bertolak ke tempat kerja agar tidak terlewat.
Sejak itu pula dia mula meninggalkan kebiasaannya mendengar dan bermain muzik.
Semuanya terlalu memenatkan dan tidak sesuai dengan jiwa Haris yang terbiasa mengajar.
Kalau sudah kepenatan, dia sering mengantuk ketika menunggang motor.

Dia bernasib baik kerana Allah masih menjaganya walaupun Haris mulai leka dalam melaksanakan solat berjemaah di masjid kerana pekerjaannya itu. Allah sedang mengujinya.
Harris pun keluar kerja agar tidak terlalu penat, boleh berjamaah di masjid, dan berniat memulakan perniagaan sendiri.

Sebelum dia sempat memulakan perniagaannya, Allah telah memberinya rezeki yg telah dijanjikan.
Dia mendapat pesanan menerjemahkan buku luar negeri dari sebuah penerbit yang hasilnya boleh membuat dia bertahan beberapa bulan sampai dia mendapat pekerjaaan tetap yang lain.
Bekerja dari rumah membuat Haris makin rajin solat berjemah di masjid.
Dia mulai merasakan perubahan ke arah yang lebih baik dibanding dengan ketika dulu ia jarang solat berjemaah di masjid.

Ditinggikan Darjatnya oleh Allah
Allah memuliakan orang yang mendatangi masjid;

“Barangsiapa berwudhu di rumahnya kemudian dia mendatangi masjid, maka dia sebagai orang yang mengunjungi Allah, dan merupakan kewajiban bagi yang dikunjungi untuk memuliakan pengunjung-Nya.” HR. Thabrani

Haris tetap sabar dan tekun terhadap terjemahannya.

Malah dia berfikir dan bersyukur masih diberi rezeki dan anugerah menerjemahkan buku seperti itu.
Berkat kesabaran dan rasa syukurnya, Allah kembali memberinya pekerjaan tetap dalam waktu terdekat.
Kali ini dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah antarabangsa, sebagai guru Bahasa Inggeris.
Tempat kerja Haris cukup jauh dari rumahnya.

Tapi dia menjalankannya dengan senang dan semangat, kerana serasi dengan jiwanya.
Dia juga masih boleh menjalankan solat Isya dan Subuh berjemaah di masjid.

Haris mulai merasakan inilah yang dimaksud Allah melalui sabda Nabi tadi. Banyak manfaat yang terkandung di dalam solat Isyak dan Subuh berjemaah di masjid:

Bagi Haris, mendapat ganjaran pahala kerana mengajarkan ilmu-ilmunya adalah suatu balasan dari Allah yang sangat baik.

Meskipun bekerja dengan senang hati dan penuh semangat, tidak bererti Haris tidak pernah kepenatan. Kerana lokasinya yang jauh, setiap kali pulang kerja Haris selalu mengantuk di motor.
Sudah lebih dari tiga kali dia hampir mengalami kemalangan motor.

“Dan (dirikanlah pula solat Subuh). Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)” – QS Al Isra: 78

Dia bercerita, pada ketika itu, dia tertidur di motor, dia hampir, melanggar pembahagi jalan raya dan masuk ke tol.

Allah mengirimkan malaikat-Nya untuk membelokkan motornya ke jalan yang benar.

Di waktu yang lain, dia juga pernah menaiki motor sambil tidur dan mengarahkan motornya ke arah yang berlawanan dandia bernasib baik kenderaan dari arah bertentangan tidak melanggarnya dan Allah segera membangunkannya.
“… Dan seseorang yang berangkat ke masjid, dia akan selalu berada dalam jaminan Allah sehingga Dia mewafatkannya lalu memasukannya ke surga atau menyerahkan kepadanya pahala dan ganjaran yang diperolehnya. …” – Shahih Sunan Abi Dawud

Dari Jundab bin Abdullah ra., dia bercerita, Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa mengerjakan sholat subuh, maka dia akan selalu berada dalam jaminan Allah.” -Syarhu an-Nawawi ‘alaa Shahih Muslim
Sekarang Haris sudah menjadi pengetua Sekolah di tempatnya bekerja.

Saat Haris ditawarkan jawatani menjadi pengetua, umur Haris saat itu baru 24 tahun dan dia baru bekerja di situ dua tahun! Maha Besar Allah lagi Maha Penyayang.

Mari kita semua berdoa agar diberi hidayah oleh-Nya, diberi rezeki dari-Nya, diberi kemudahan untuk melangkahkan kaki ke masjid, dan boleh mengajak orang lain untuk melaksanakan sholat berjamaah di masjid.

Nabi Nuh tidak mampu memberikan petunjuk kepada anak lelakinya, Kan’am; Ibrahim tidak mampu memberikan hidayah dalam hati ayahnya; dan Rasulullah tidak sanggup memberikan hidayah kepada pakciknya, Abu Thalib.
Maka tugas kita semua adalah memohon petunjuk kepada Allah.

Dia berfirman, “Maka mintalah hidayah kepada-Ku, nescaya Aku akan memberikan kalian hidayah.”
Siapa sahaja yang meminta hidayah kepada Allah, Dia akan memberinya hidayah.
Hidayah ini meliputi hidayah ilmu dan hidayah taufik. Berapa banyak waktu terbuang untuk bermain di depan komputer?

Sedangkan kita sukar sekali meluangkan waktu beberapa minit saja untuk melangkahkan kaki ke masjid padahal melangkahkan kaki ke masjid satu langkahnya menghapus dosa dan langkah lainnya mengangkat darjat.

“Tidaklah seseorang bersuci lalu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya kemudian dia berangkat menuju ke salah satu masjid melainkan Allah telah menetapkan baginya kebaikan bagi setiap langkah yang diayunkannya, dengannya Dia akan meninggikan dirinya satu derajat, serta menghapuskan darinya satu kesalahan…” – HR. Muslim

KENIKMATAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Sesungguhnya pahala menunaikan solat Subuh dan Isyak dengan berjemaah sama dengan melakukan solat semalam suntuk yang dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api. Sebagaimana hadis riwayat Muslim dan Usman bin Affan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa melakukan solat Isyak dengan berjemaah, maka seolah melakukan solat separuh malam. Dan barangsiapa yang melakukan solat Subuh dengan berjemaah maka seolah melakukan solat semalam suntuk.”

1) Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat.” (HR Abu Daud dan Tarmizi)

2) Sesungguhnya melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar.”) (HR:Muslim)

3) Malaikat berkumpul di waktu solat Asar dan Subuh. Merekalah yang membawa rahmat dan berkat.

4) Sesungguhnya satu langkah orang yang berjalan ke masjid adalah menghapuskan kesalahan dan yang lain mengangkat darjat. Maka langkah yang banyak ke masjid termasuk hal yang membawa kesalahan dihapus dan darjat diangkat, sebagaimana hadis Abu Hurairah yang diriwayatkan Iman Muslim.

Betapa besarnya ganjaran Allah yang menanti bagi mereka yang solat Subuh berjemaah khususnya di masjid.Apakah alasan yang hendak diberikan oleh mereka yang tidak hadir ke masjid di waktu Subuh? Mereka diberi kemudahan motor dan kereta oleh Allah. Mereka diberi tilam yang empok oleh Allah. Masjid melaungkan azan pertama sejak jam 5.00 pagi lagi (azan pertama) untuk mereka bersedia ke rumah Allah.

Mereka belum ada urusan lain, yang kerap dijadikan alasan kerana tak mahu ke rumah Allah. Jika kita dihadapkan di depan Allah kelak,dengan alasan bagaimanakah akan kita jawab? Bagi mereka yang tidak datang bersolat berjemaah Subuh di masjid, marilah kita berubah.

KERUGIAN ORANG YANG TIDAK SOLAT SUBUH.

Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:

1) Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas) Rasulullah bersabda bermaksud: “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafa Alaih)

2) Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud: “Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Al Ma’un 4-5)

3) Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: “Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.“ (Muttafa Alaih)

Allah SWT sendiri mengatakan bahawa mereka yang susah untuk solat Isyak dan Subuh adalah orang munafik. Jadi tak susahlah kita hendak kenali orang munafik. Dan kita sendiri dapat mengukur adakah kita ini orang munafik atau tidak.

Datangilah masjid-masjid dan surau-surau untuk bersolat Subuh.

 

Incoming search :

cara solat subuh berjemaah,hadis tentang solat subuh dan isyak,kelebihan solat isyak,rahsia isyak dan subuh,kelebihan solat subuh di masjid,kelebihan subuh berjemaah,mengenai solat subuh berjemaah,memberi kuliah tapi jarang berjamaah,nak solat berjemaah tapi,masjid yang mana untuk hadir jamaah,manusia solat akhir zaman,niat sbyg meningalkan masjid,niat sembahyang isyak jemaah,niat sembahyang magrib berjamaah,niat solat berjemaah isyak,niat solat isyak berjemaah di masjid,niat solat subuh di masjid,niat solat zohor berjemaah,pahala akhir zaman,pahala sembahyang jemaah,malas dolat idyak,lewat solat munafik,kelebihan sembahyang berjamaah,kelebihan solat berjamaah di masjid,kelebihan solat berjemaah,Kelebihan solat di masjid,kelebihan solat isya dan subuh,kelebihan solat jemaah subuh dan isyak,kelebihan solat subuh berjemaah,kisah orang yang susah,kelebihan solat sunat di akhir malam,kenapa kaki berat melangkah ke masjid?,kenikmatan solat isya berjamaah,kepentingan solat subuh dan insyak,keuntungan orang yang senang peri ke masjid,kisah orang masuk syurga sebab niat,kelebihan orang yang tidak tinggal solat,pahala solat isyak berjemaah,pahala solat jamaah isyak dan subuh,solat orang munafik,solat subuh dan isya,solat subuh dan isya berjemaah,solat subuh jemaah,solat yg pling byak pahalanya,takirah akhir zaman,tanda manusia berat melakukan solat,tanda munafik solat subuh dan isyak,tazkirah isyak,tazkirah ringkas berkenaan waktu berbuka,tazkirah ringkas solat,tazkirah ringkas subuh,tinggal solat subuh berjemaah munafiq,ucapan solat suboh,umat akhir zaman,wallpeper solat isyak,solat manusia akhir zaman,solat asar berjemaah masuk syurga,pahala solat subuh,pahala solat subuh berjamaah sama dengan solat semalam suntuk,pahala solat subuh berjemaah,pahala solat subuh satu kali,pahala subuh berjamaah,pengajaran untuk orang yang tidak solat,rahsia solat subuh berjemaah,sabda nabi kelebihan solat subuh,sebab umat islam sukar melakukan solat berjemaah,sekiranya manusia tahu apa solat subuh dan isyak,selamat menunaikan sholat subuh berjemaah,selamat menunaikan solat isyak,semangat bersolat,sembahyang jemaah subuh,sholat subuh berjamaah,sifat org tak solat,www wanita hamil menuju masjid waktu maghrib com,kelebihan orang yang tidak tinggal sembahyang,adakah boleh sholat isya dekat nak masuk sholat shubuh,ciri ciri tidak solat subuh,ciri orang tak solat,ciri orang yg tidak solat,ciri rajin kemesjid,Doa solat asar zuhur magrib isah subur,dp bagi orang yang malas solat,Dulu dia rajin solat,fadhilat sembahyang berjemaah,fadhilat solat asar berjemaah,fadhilat solat berjemaah,fadhilat solat di masjid,fadhilat solat isya berjamaah,fadhilat solat subuh berjamaah di masjid,fadhilat subuh berjamaah,fadilat sembahyang berjumaah,fadilat sembahyang isyak,Cerita rajin solat masuk neraka sabda rosulullah,cara utk rajin solat malam,adakah islam mengajar bekerja hingga lewat malam,akhir zaman,Apa rahsia perniagaan berkaitan solat subuh,apakah benar shalat isya besar ganjarannya di akhir waktu,apakah hukum bagi solat subuh dan isyak berjemaah di masjid,bagaimana tazkirah sesudah solat berjemaah,balasan tinggal solat,berat kaki nak gi masjid,Berat solat bagi,berkat solat saat bekerja,cara nk jauh sifat malas nk solat,cara sembahyang subuh berjamaah,cara sembahyang subuh yang betul,cara solat isyak berjemaah,cara solat isyak berjemaah sebagi imam,cara solat jemaah isyak,fadilat sembahyang subuh,fadilat solat isyak,hadis solat jamaah,hadis solat subuh berjemaah,hadis solat subuh merangkak,hadis subuh merangkak,hadith tentang orang yang tidak solat berjemaah,hikmah sembahyamg subuh dan isyak berjemaah,hikmah solat asar,how to maintance subuh jemaah,hukum meninggalkan solat zohor,jalan kaki ke masjid pahala besar,kata2 sholat isya dan subuh berjamaah laki2,kebaikan sembahyang jumaat,kebaikan solat subuh berjemaah,kelebihan berjemaah di masjid,kelebihan fadhilat solat isyak dan subuh secara berjemaah di masjid,kelebihan orang yang rajin sholat,hadis solat asar berjemaah,hadis soheh tentang keutamaan solat isak dan subuh,fadilat solat jrmaah,fadilat solat subuh berjemaah,fadzilat solat subuh dan isyak berjemaah,faedah jamaah,faedah jamaah subuh,foto hadis ganjaran bekerja,Foto masjid dan kata x,gambar kata meningalkan solat subuh,ganjaran kepada manusia yang solat di masjid pada waktu subuh dan isyak,ganjaran solat pada waktu subuh,ganjaran solat subuh merangkak,hadis mengenai solat subuh berjemaah,hadis nabi mengenai pahala solat subuh dan isyak berjemaah di masjid,hadis nabi orang munafik solat subuh,hadis orang munafik adalah orang yang tidak sembahyang subuh berjamaah di masjid,hadis salat subuh dan duhur berjamaah,Kelebihan orang yang solat maghrib

2 comments… add one

Leave a Comment



Next post:

Previous post: