Sunday, April 20, 2014

You are here: Home > Pengajaran > Syarat Menuntut Ilmu-Belajar Wajib Berguru

Syarat Menuntut Ilmu-Belajar Wajib Berguru

by Cahaya Purnama

belajar-berguru

 

Tidak ada manusia yang pandai sendiri tanpa ia berguru dengan seseorang ataupun dengan seseuatu sumber. Secara logik seseorang itu belajar ia mesti melalui sumber tertentu atau dengan seseorang guru. Guru itu baik sama ada sesama manusia atau pun dengan makhluk yang lain.

Pandainya seseorang itu kerana ia belajar dan menuntut. Kerana ada guru memberitahu kepadanya. Yang mendidik dan memberi panduan kepadanya. Tanpa guru mustahil dia boleh menjadi pandai. Rasulullah S.A.W., manusia yang dipilih dan diistimewakan Allah pun ada gurunya. Baginda berguru dengan Jibrail a.s. di Gua Hira. Jibraillah yang bertindak menjadi guru, mengajar, membimbing Nabi Muhammad S.A.W. membaca Qalamu’llah yang dizahirkan iaitu “Iqra’”.

 

Demikianlah juga dengan para Nabi dan Rasul-rasul lain, mereka juga mempunyai guru atau sumber perantaraan masing-masing untuk menerima ilmu dan wahyu daripada Allah. Nabi Musa A.S. misalnya berguru dengan Nabi Khidir A.S. Nabi Khidirlah yang memberi tunjuk ajar kepada Nabi Musa sehingga Nabi Musa mengerti segala seluk-beluk tentang perguruan dan ilmu.

Seperti disebut tadi, guru atau sumber mendapat itu bukan terbatas kepada manusia sahaja. Seluruh isi alam ini termasuk haiwan juga adalah sumber ilmu kepada manusia. Misalnya Habil adik kepada Qabil belajar daripada burung gagak begaimana hendak mengambuskan mayat adiknya setelah dibunuh. Mungkin kalau Qabil tidak melihat gagak, dia kematian akal untuk menyembunyikan mayat adiknya itu.

Kesimpulannya di sini seseorang yang mahu jadi cerdik, ointar, bijaksana, hatta mengenali dirinya sendiri dan Allah dia kena belajar. Dia harus mencari pembimbing, pemandu penasihat dan pembantu kepada perkembangan ilmunya. Tanpa seseorang yang bertindak demikian (guru) dia pasti tidak akan pandai dan tahu.

Mustahil seseorang itu pandai dengan sendirinya. Tidak ada seorang insan dilahirkan ke dunia terus cerdik dan mengerti tentang peraturan hidup di dunia. Semuanya terlebih dahulu kena ditunjuk, kena diajar, kena dibimbing dan kena dikembangkan ilmunya lepas itu baru ia menjadi pandai dan tahu.

Bila disebut guru pula akan terlintas dalam benak kita tentang manusia. Pada umumnya manusia itulah yang boleh menjadi guru kerana ia makhluk yang paling sempurna. Anggapan demikian terlalu umum. Memang sebaik-baik guru itu manusia. Kerana manusia itu sebaik-baik kejadian.

Tetapi dalam pada itu kita harus sedar, bahawa tanpa bantuan makhluk lain, manusia juga tidak boleh menjadi pandai dan mengerti dalam segala hal. Allah menjadikan makhluk ini untuk saling kenal-mengenali di antara satu sama lain. Dalam hal ini bolehlah kita menganggap bahawa setiap makhluk yang wujud dalam dunia ini merupakan sumber pengetahuan atau menjadi cermin (guru) sebagai alat untuk kita mengenali sesuatu.

Firman Allah Ta’ala…….

“Aku jadikan manusia ini bersuku bangsa, untuk saling kenal mengenali diantara satu sama lain untuk kau mensyukuri nikmatKu.”

Sesuai dengan kedudukan manusia sebagai makhluk yang istimewa, maka sudah sewajarnya manusia menjadi guru kepada sekalian makhluk lain. Haiwan misalnya memerlukan tunjuk ajar daripada manusia untuk menjadi cerdik. Tumbuh-tumbuhan juga memerlukan bantuan daripada manusia untuk hidup dengan subur dan selamat.

Pun begitu juga dengan manusia sendiri. Ianya memerlukan bantuan dan tunjuk ajar daripada makhluk lain sebagai sumber untuk dia memperolehi ilmu pengetahuannya. dari gerak geri dan tabii haiwan, manusia boleh mempelajari ilmu tertentu. Dari desir angin dan deruan ombak di pantai, manusia akan dapat mengetahui rahsia mengenai sesuatu kejadian Allah.

Di sini menunjukkan kepada kita bahawa apa yang bernama guru itu tidak semestinya manusia. Malahan seluruh isi alam ini boleh bertindak menjadi guru. Pemberi ilham dan pencetus pentafsiran kepada diri kita untuk mengenali sesuatu kejadian itu secara yakin dan nyata lagi.

Tanpa bantuan alam dan makhluk, manusia tidak mungkin dapat mengetahui semua sekali baik tentang dirinya sendiri dan isi alam ini. Kalau manusia dapat menguasai seluruh ilmu. Misalnya, bagaimana manusia dapat mempelajari ilmu silat harimau? Tidak mungkin manusia akan pandai dengan sendirinya tanpa ia terlebih dahulu (berguru) memerhati silat itu daripada harimau.

Begitu juga untuk kita menguasai ilmu berenang seperti ikan. Kita tidak memperolehi ilmu atau cara-cara berenang yang baik tanpa mengamati pergerakan ikan. Dengan melihat, meniru, memerhati cara-cara ikan bergerak, mengibas sirip, ekor dan badan, maka membolehkan kita pandai berenang seperti ikan.

Ada pun cara dan kaedah kita belajar (berguru) dengan haiwan itu tidaklah seperti mana kita berguru dengan manusia, yang mempunyai adat-istiadat tertentu. Kita tidak payah sujud dan hormat kepada mereka, cukup setakat memerhati segala kelakuan dan feel perangai mereka sahaja, kemudian kita tafsirkan untuk keperluan kita.

Belajar dengan haiwan atau makhluk lain, kita cuma kena mengkaji apakah tujuan Allah menjadilannya. Kita kena banyak berfikir dan pandai mentafsir. Dalam kata lain, berguru dengan makhluk lain lebih rendah martabatnya dari kita, merupakan satu aktiviti untuk mengasah otak agar lihat, berfikir dan sensitif untuk melihat kebesaran Allah S.W.T.

Jadi di sini dapat disimpulkan untuk menjadi pandai, wajib belajar. Tanpa guru, kita tidak menjadi pandai. Bagaimana bijak sekalipun seseorang itu kalau ia tidak dibimbing dan dipandu dia tidak akan menjadi. Ia tidak muncul manjadi seorang hamba yang baik dan sempurna.

Dalam sebuah hadis Nabi ada menyebut…….

“Barangsiapa belajar dengan tidak berburu, umpama ia belajar dengan syaitan.”

Maknanya mereka yang belajar tanpa panduan dan ikut rasa hati sendiri akan mudah tersesat dan terpesong dari lunas-lunas kebiasaannya. Kerana bila kita menurut kehendak hati, kita jadi lebih mementingkan diri kita daripada kehendak orang lain.

Justeru itu untuk menjadi manusia yang kamil, sempurna dan berada di atas jalan “siratalmustaqim”, hendaklah kita berguru. Carilah seorang guru atau pun belajarlah dengan alam semesta ini untuk kebaikan. Janganlah berbuat sesuatu tanpa panduan dan nasihat sesiapa. Kerana dengan cara itu menyebabkan kita bersyubahat dengan “syaitan” dan melakukan sesuatu di atas kehendak nafsu serakah kita sendiri.

Bila sebut sahaja guru, tidak ada guru yang paling bagus melainkan manusia. Manusialah sebaik-baik guru kepada manusia. Lagi pun memang telah menjadi tugas manusia, ia dilahirkan ke dunia ini untuk menjadi guru, petunjuk, pemimpin, pembimbing dan pengasuh kepada seluruh isi alam.

Manusia sahajalah yang arif dan bijak kerana ia diberikan keistimewaan itu oleh Allah Ta’ala.

FirmanNya…….

“Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu.”

Az Zariat 56

“Dan Ku jadikan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini.”

Al Baqarah 30

Manusialah yang layak untuk menjadi guru. Berguru dengan manusialah yang boleh membawa kepada kebenaran yang sebenarnya. Tidak ada guru yang paling baik dan sempurna melainkan manusia. Hakikat ini tidak perlu diragui lagi kerana Allah sendiri menyatakan kebaikan dan ketinggian darjat manusia itu.

“Sebaik-baik kejadian ialah manusia.”

Dalam pada itu tidak pula bererti guru itu boleh didatangi begitu sahaja. Atau pun semua manusia yang digelar guru itu baik, sempurna dan bijak. Bukan! Bukan bermakna bila orang itu dipanggil guru, maka ia terus menjadi seorang guru yang pandai dan berwibawa. Sebaliknya kita kena perhati betul-betul pada seseorang guru itu agar kita tidak salah memilih guru.

Dalam dunia moden hari ini ramai orang yang mengaku menjadi guru. Atau ramai orang diangkat martabatnya menjadi guru. Ini tidak hairan kerana pada akhir zaman ini, semua bidang kehidupan telah diperalatkan oleh manusia, termasuk juga bidang keagamaan (perguruan). Kerana dengan menjadi guru membolehkan seseorang itu akan disanjung dan kebajikan kehidupan mereka juga akan dijaga.

Hari ini terdapat ramai orang telah memperniagakan ilmu agama untuk kepentingan diri. Mereka mengaku pandai dalam bidang agama lalu membuka kelas pengajian. dari kelas itu mereka kaut keuntungan dengan meminta wang dan imbuhan daripada anak murid dengan menggunakan berbagai alasan. Padahal mereka tidak mempunyai kelayakan, apa lagi ilmu untuk diajar kepada orang ramai.

Justeru itu janganlah kita mudah menerima seseorang uyang belum kita kenal sebagai Guru Mursyid. Janganlah mudah terpesona dan kagum dengan cakap-cakap guru. Kita jangan terus mempercayai pada kata-kata orang bergelar guru sebelum kita mengukur sejauh manakah ketinggian dan kedalaman ilmu yang dimilikinya.

Sering kali terdengar kisah mengenai guru kebas wang murid. Atau pun guru dihadapkan ke mahkamah kerana terlibat dengan sesuatu “skandal”. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah guru mengarut. Guru yang “diturunkan” untuk mengambil kesempatan dan memperniagakan ilmu untuk kepentingan diri sendiri.

Maknanya untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan terhindar dari kena tipu, kita hendaklah mencari guru yang Mursyid. Guru yang benar-benar mengajar kerana Allah. Yang tidak bertopeng dengan wajah-wajah kepalsuan dan juga memperalatkan ilmu untuk kepentingan diri.

Hanya Guru Mursyid sahaja yang dapat menjamin kita memperolehi ilmu yang sebenarnya. Yang mampu membimbing kita ke jalan “sirattalmustaqim”. Kita juga akan selamat daripada terlibat dengan perkara-perkara yang mengaibkan dan tidak senonoh seperti penipuan, skandal dan difitnah mengamalkan ajaran sesat, ajaran songsang dan ajaran salah.

Hanya dengan Guru Mursyid sahaja kita mendapat ilmu sebenarnya. Ilmu Haq. Kerana seorang Guru Mursyid tidak akan menipu anak muridnya. Guru Mursyid guru yang mewarisi ilmu daripada Rasulullah S.A.W. dan memegang amanah ilmu Rasulullah S.A.W. untuk disebarkan dan diajarkan kepada umatnya. Guru Mursyid guru yang mengajar berlandaskan Al-Quran, Hadis dan hasil pengalamannya sendiri.

Maka carilah Guru Mursyid kalau berhajat untuk menjerumuskan diri belajar mengenal diri dan mengenal Allah. Tanpa seorang Guru Mursyid, kita bukan sahaja sia-sia dan tidak mengenal diri dan Allah sebaliknya diri kita juga akan tertipu oleh syaitan dan kemungkinan turut sama terperosok ke dalam Neraka.

Guru Mursyid ialah yang menjelma dan lahir daripada rahim para Ulama’ yang ikhlas, jujur, taqwa dan berIman kepada Allah kerana Allah. Ulama yang menguasai keempat-empat cabang ilmu Syariat, Tariqat, Hakikat dan Makrifat serta yang menghiasi dirinya dengan bunga-bunga akhlak dan perangai Rasulullah S.A.W.

Wallah hu ta’ala a’lam……

Incoming search :

ilmu makrifat nabi khidir,syarat belajar,wajib mempunyai guru dalam islam,Dalil perlu belajar dengan guru,dalil tentang ilmu dan guru,cara berguru kepada nabi khidir,hadis berguru,hukum menuntut ilmu agama,berguru makrifat,perlukah berguru dlm makrifat,hukum mencari guru mursyid,cara belajar silat sendiri secara agama islam,hukum berguru ilmu dalam islam,syarat belajar silat,syarat menuntut ilmu,cara belajar ilmu haq,harus berguru agama pada guru,belajar agama kena berguru,hukum belajar tanpa guru dalam islam,dalil tentang wajib menuntut ilmu,hukum menuntut ilmu tanpa guru,ilmu haq allah,Ilmu berguru,ilmu agama apa yang kena belajar dengan guru,Ilmu harus ada gurunya,hukum menuntut ilmu dalam agama islam harus dari sumber yang jelas,hendak ilmu perlu berguru,hukum belajar agama tanpa guru,hukum belajar ilmu agama tanpa berguru,hukum belajar tanpa berguru,Hukum berguru dalam islam,hukum berguru dengan jin menurut islam,hukum mendapat ilmu tanpa guru,hukum berguru wajib ke harus,hukum membaca alquran tidak berguru,hukum memelajari ilmu allah,hukum mempelajari ilmu makrifat,hukum mempelajari ilmu makrifat dalam islam,Hukum mencari guru,ilmu mengenal diri apakah perlu berguru,kenal diri melalui silat,syarat menjadi manusia harimau,syarat seorang guru menurut rasulullah,Syarat syarat agar dapat mempelajari ilmu allah,syarat syarat belajar,Syarat syarat berguru untuk mempelajari ilmu allah,Syarat syarat pentingnya menuntut ilmu,syarat tuntut ilmu,syarat wajib belajar agama alloh,syarat-syarat belajar,tips berguru,Wajib berguru untuk menuntut ilmu agama,wajibkah berguru,www cara belajar silat com,syarat mengajar ilmu,Syarat menerima ilmu harimau,mencari ilmu tanpa guru,mengapa hanya jin dan manusia yang diwajibkan untuk menuntut ilmu,mengapakah kita mesti berguru pabila menuntut ilmu,menuntut ilmu dengan betul dalam al quran,menuntut ilmu harus mempunyai guru,menuntut ilmu itu wajib,menuntut ilmu perlu berguru,menuntut ilmu sakti,menuntut ilmu tanpa guru,mutiara wajibnya blajar,sarat menuntut ilmu silat,silat tapa diri,syarat berguru pada seseorang menurut islam,www cara mencari ilmu sendiri tanpa bantuan orang com,ahlak berguru,Berguru dlm blajar,blaja ilmu sakti sluruh agama,Cara berguru kepada guru mursid makrifat,cara berguru untuk menuntut ilmu,cara mempelajari ilmu agama islam,cara mempelajari ilmu haq,cara mempelajari silat sendiri dan mendapatkan ilmunya,cara mempunyai ilmu silat,Cara mendapatkan ilmu pandai,cara mendapatkan ilmu untuk kebaikan,cara menuntut ilmu menurut nabi muhammad SAW,cara menuntut ilmu sakti,cara menutut ilmu makrifat,berburu ilmu tanpa guru,belajar makrifat caranya paling mudah,ajaran tapadiri,ambil ilmu agama tanpa berguru,apa hukumnya menuntut ilmu tampah guru,ayat quran belajar quran mesti berguru,belajar agama harus dengan guru,belajar agama perlu berguru,Belajar Akhlak atau ilmu pada Rasulullah saw,belajar berguru islam,belajar ilmu agama dengan guru yang betul mengikut hadis,belajar ilmu Allah mesti berguru,belajar ilmu makrifa menurut agama islam,belajar ilmu sakti jadi guru,belajar ilmu tanpa berguru,caranya untuk belajar ilmu Allah,dalil belajar harus dengan guru,hadis menuntut ilmu mesti ada guru,hadis menuntut ilmu tanpa guru,hadis nabi mengenai berguru,hadis syarat menuntut ilmu,hadis tentang belajar islam harus ada gurunya,hadist harus berguru,hadist jika kita belajar alquran sendiri tanpa guru,hadist menuntut ilmu,Hadist nabi muhammad tentang ilmu makrifat,hadist tentang menuntut ilmu tanpa guru,Hadits belajar menuntut ilmu dengan guru,Hadits mencari Guru pembimbing,hadits menuntut ilmu tanpa guru,hadis menuntut ilmu dngan guru,hadis berlajar kena ada guru,dalil belajar pada guru,dalil belajar tanpa guru,dalil dan hadits berguru kpd mursyid,dalil hadits belajar agama sama guru,dalil mencari ilmu harus ada gurunya,dalil menuntut ilmu agama tanpa guru,dalil syarat belajar ilmu agama,dalilnya belajar sendiri tanpa pembimbing,Disebut apakah belajar tanpa guru islam,diwajibkan untuk kami berguru,guru mempelajari hadis,hadis belajar mesti berguru,hadis belajar sendiri,harus berguru bila belajar agama

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

Jawatan kosong: Pekerja Part-Time Di Perlukan
Mempunyai Masalah Rambut Gugur?

Previous post:

Next post: