≡ Menu

Tazkirah Remaja

tazkirah remaja

Sebagai seorang remaja kite tidak lari dari rasa untuk berbual dan bergurau senda sesama rakan-rakan lelaki dan perempuan. Malangnya, ramai yang tidak sedar disebabkan perbuatan ini, ramai yang telah jatuh ke lembah zina.

Kerana itu, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam satu hadith, dari Jarir bin Abdullah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ نَظَرِ الْفُجَاءَةِ فَأَمَرَنِى أَنْ أَصْرِفَ بَصَرِى.

“Aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengenai pandangan yang tidak di sengaja. Maka beliau memerintahkanku supaya memalingkan pandanganku.” (HR. Muslim)

Hadith ini memberitahu kita supaya kita menjaga pandagan kita daripada melihat perempuan, begitu sebaliknya, selagi mana tiada sebab-sebab yang munasabah. Jika melihat perlu bersebab, maka berbual dan bergurau adalah lebih aula untuk kita mempunyai sebab. Hal ini dikuatkan lagi dengan hadith nabi s.a.w. yg berbunyi:

الْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ

“Wanita itu adalah aurat. Jika dia keluar maka setan akan memperindahnya di mata laki-laki.” (HR. Tirmidzi, shahih)

Bagaimana kita blh berbual dan bergurau senda sdgkan perempuan itu sendiri adalah aurat!?

Baginda juga melarang saidina ibnu abbas drpd melihat seorg wanita dlm keadaan baginda sendiri berbual dgn wanita tersebut krn hajat.

كَانَ الْفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَتْ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ فَجَعَلَ الْفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْرِفُ وَجْهَ الْفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الْآخَرِ

“Fadhl bin Abbas pernah berboncengan bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Lalu datanglah seorang wanita dari Khasy’am (ingin bertemu dan bertanya kepada Rasulullah). Lantas Fadhl memandang wanita tersebut dan wanita itupun memandang kepadanya. Lalu Nabi صلى الله عليه وسلم memalingkan wajah Fadhl ke arah yang lain.” [HR Al Bukhari (1513) dan Muslim (1334).]

perbuatan membawa kepada zina

Nabi s.a.w. juga melarang drpda berlakunya pergaulan di antara lelaki dan perempuan di kawasan awam.

أنه سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول وهو خارج من المسجد فاختلط الرجال مع النساء في الطريق فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم للنساء ” استأخرن فإنه ليس لكن أن تحققن ( أي ليس لكن أن تسرن وسطها ) الطريق عليكن بحافات الطريق

Maksudnya :” Bahawa sesungguhnyan ia mendengar daripada Rasulullah s.a.w bersabda sedang ia keluar dari masjid. Lalu bergaul lelaki dan wanita di jalanan, maka sabda Rasulullah s.a.w bersabda kepada golongan wanita : kemudiankanlah ( jarak kedudukan ) kamu. Sesungguhnya bukanlah untuk kamu ( wanita ) di tengah-tengah jalan, bagi kamu ialah di bahagian bahu-bahu jalan “. ( Hasan, Riwayat Abu Daud ).

Perintah Rasulullah s.a.w kepada golongan wanita supaya memilih bahu-bahu dan tepi jalan dan jangan berjalan dibahagian tengah jalan supaya tidak bercampur dengan kaum lelaki adalah merupakan isyarat haramnya percampuran lelaki dengan perempuan ketika tiada hajat dan keperluan.

Jadi, sebagai peringatan buat kite semua, jika tdk ada sbb2 yg munasabah iaitu darurat(bahaya) dan hajat(keperluan) utk kita bergaul sesama lain jantina, elakkanlah, spya kite mendpt redha Allah bkn redha nafsu. Wallahu a’lam

Yang baca tak percaya tanya ustaz,
Yang baca tak peduli rugi,
Yang baca tak amal berdosa,
Yang tak baca dan tak amal, berdosa dlm keadaan jahil.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: