≡ Menu

Tips Pelajar Cemerlang

Cemerlang1. Optimistik
Pelajar yang cemerlang sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan. Keyakinan ini akan memberi suntikan semangat dalaman pada diri anda sendiri. Katakan ‘aku BOLEH!’

2. Jangan bersikap pesimistik
Pelajar cemerlang tidak bersikap pesimistik iaitu sentiasa putus harapan dan mengalah sebelum mula berjuang. Jangan lemahkan semangat anda sendiri. Jangan meramalkan kekalahan sebelum mula berperang. Kalau anda tidak mencuba maka kekalahan sebenarnya sudah pasti dalam tangan. Belum cuba belum tahu.

Jom Aktifkan MyKad Smart Shopper Anda Untuk dapatkan Mata Ganjaran !!

3. Kesedaran memikul tanggungjawab
Pelajar yang cemerlang mempunyai kesedaran dan kesediaan untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat pada masa akan datang. Maruah keluarga, masyarakat dan negara pada masa akan datang bergantung pada generasi remaja masa kini. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang sedar hakikat ini. Pelajar yang menyedari hakikat ini sudah pasti akan berusaha lebih gigih agar matlamat tersebut tercapai.

4. Tumpuan sepenuh hati
Pelajar yang cemerlang memerikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru di kelas. Sikap main-main sambil belajar adalah sikap pelajar yang kurang berjaya. Pelajar yang suka bermain-main dalam kelas semasa guru mengajar adalah pelajar yang bakal menjadi orang yang dipermainkan oleh golongan ‘terpelajar’ pada suatu masa kelak. Malah lebih malang kalau suatu hari nanti mereka dipermainkan oleh golongan tidak terpelajar seperti mereka sendiri.

5. Mulakan dari awal
Pelajar yang cemerlang membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan yang sebenarnya. Persediaan awal akan membezakan pelajar yang berjaya dengan yang gagal. Persediaan awal ini termasuklah mengadakan ulangkaji, berbincang dengan rakan-rakan, meminta nasihat guru, meneliti buku-buku model jawapan dan sebagainya lagi. Jangan jadi ‘bidan terjun’ ke dewan peperiksaan.

6. Sentiasa bersedia
Pelajar yang cemerlang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya). Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang sanggup dan mampu menghadapi peperiksaan bila-bila masa sahaja. Bersediakah anda andainya peperiksaan diadakan esok? Pelajar cemerlang akan berkata ‘Ya!’ Kalau anda peminat ‘The Rock’ anda akan berkata ‘Just bring it on..!’

7. Lengkapkan peralatan
Pelajar yang cemerlang menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas, dan sebagainya lagi. Semangat sahaja tidak mencukupi untuk mencapai kejayaan. Kelengkapan yang tidak cukup akan menyusahkan pembelajaran dan mungkin memanaskan hati anda atau melemahkan semangat untuk terus belajar. Cuba bayangkan, anda ingin basuh tangan selepas makan tetapi tiada air. Tidakkah anda rasa ‘bengang’?

8. Tepati waktu belajar
Pelajar yang cemerlang menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.

9. Dapatkan bantuan guru
Pelajar yang cemerlang mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.

10. Hormati guru
Pelajar yang cemerlang sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.

11. Bersoal jawab dengan guru
Pelajar yang cemerlang bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.

12. Beri pandangan membina
Pelajar yang cemerlang sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.

13. Berbncang dengan rakan
Pelajar yang cemerlang sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.

14. Siapkan tugasan yang diberi
Pelajar yang cemerlang menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.

15. Tubuhkan kumpulan studi
Pelajar yang cemerlang mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan. Tapi jangan tubuhkan kumpulan studi yang akhirnya menjadi kumpulan bersembang! Carilah rakan-rakan yang ragin dan gigih. Tinggalkan rakan-rakan yang hanya suka temberang.

16. Sering masuk perpustakaan
Pelajar yang cemerlang menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam. Perpustakaan adalah gedung ilmu. Perpustakaan juga adalah tempat yang sangat sesuai untuk anda mentelaah pelajaran.

17. Baca akhbar
Pelajar yang cemerlang membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan. Secara khususnya ini merujuk kepada isu-isu am dan rencana ilmiah dan bukan ruangan gossip atau artis.

18. Menonton rangcangan yang sesuai
Pelajar yang cemerlang menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi. Antara lain adalah rencana pengetahuan (seperti ‘Discovery’) dan berita semasa.

19. Lakukan peperiksaan kendiri
Pelajar yang cemerlang mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar. Melakukan peperiksaan kendiri samalah seperti masuk ke klinik. Anda akan diberi tahu tentang ‘penyakit’ anda (kelemahan-kelemahan anda). Selepas itu, pandai-pandailah cari ubatnya.

20. Sediakan jadual waktu
Pelajar yang cemerlang menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

21. Sertai ceramah motivasi
Pelajar yang cemerlang mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

22. Sertai seminar peperiksaan
Pelajar yang cemerlang mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan. Sertainya seminar-seminar yang dikendalikan oleh orang yang pakar dalam bidang masing-masing. Selain daripada pengalaman, anda juga mungkin menerima pelbagai tips dan petua berguna.

23. Beli buku rujukan
Pelajar yang cemerlang membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

24. Masuk kelas tuisyen
Pelajar yang cemerlang mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

25. Lawatan ke pameran buku
Pelajar yang cemerlang mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan. Kalaupun anda tidak membeli, sekurang-kurangnya jiwa anda akan hampir pada buku dan ilmu. Jika anda selalu menziarah sumber ilmu, ilmu itu pula akan sering menziarahi anda. Kalau anda masuk ke kedai minyak wangi, keharumannya akan terlekat juga. Kalau anda masuk ke kandang najis… (fikirlah sendiri)

26. Sertai kokurikulum sekolah
Pelajar yang cemerlang menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pula akan melahirkan pemikiran yang lancar. Otak yang berkarat akan melahirkan pemikiran yang lembab.

27. Sanggup manghadapi cabaran
Pelajar yang cemerlang perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah. Rayuan kekasih atau buah hati juga kadangkala merupakan dugaan yang maha hebat. Pandai-pandailah membawa diri.

28. Jaga keselamatan diri
Pelajar yang cemerlang menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.

29. Jaga kesihatan fizikal
Pelajar yang cemerlang menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Makan makanan yang berzat. Kurangkan makanan ringan atau ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

30. Makanan seimbang
Pelajar yang cemerlang menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

31. Malu bertanya sesat jalan
Pelajar yang cemerlang tidak segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

32. Sembahyang
Pelajar yang cemerlang menjaga sembahyangnya. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

33. Doa
Pelajar yang cemerlang sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

34. Tawakkal
Pelajar yang cemerlang berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Incoming search :

cara cara menjadi remaja berdisiplin,cara cara belajar untuk menjanakan kecemerlangan,cara menjadi remaja berdisiplin,karangan ciri ciri pelajar cemerlang,yhs-mystartdefault,persediaan menjadi pelajar cemerlang,karangan cara menjadi pelajar cemerlang,langkah menjadi pelajar cemerlang,jadual belajar pelajar cemerlang spm,karangan umum spm tentang ciri ciri pelajar cemerlang,karangan umum cara capai kejayaan dalam pelajaran,karangan umum berkaitan dengan menjadi seorang pelajar yang cemerlang,karangan umum - langkah menjadi pelajar cemerlang spm,karangan ulasan tentang usaha-usaha menjadi pelajar cemerlang,karangan ulasan pt3 bertajuk temuduga,karangan ucapan tentang rahsia kejayaan,karangan ucapan bahasa arab tentang pelajar cemerlang,karangan usaha untuk menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan,karangan yang bertajuk cara cara menjadi remaja berdisiplin,langkah langkah menjadi pelajar cemerlang spm,kejayaan akademik pelajar dalam peperiksaan spm,kebersihan diri sebagai pelajar,Karangan:kecemerlangan pelajar,langkah untuk menjadi pelajar cemerlang,langkah-langkah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan,langkah-langkah menjadi pelajar cemerlang spm,karangan yang bertajuk cara cara menjadi remaja yang berdisiplin,langkah untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan,karangan terbaik spm tentang program motivasi,karangan tentang seseorang yang berjaya dalam kerjaya,karangan pt3 cara-cara menjadi pelajar cemerlang,karangan petua kecemerlangan diri,karangan pelajar cemerlang,karangan pameran buku spm,karangan mendisiplinkan diri untuk menjadi murid cemerlang spm,karangan dialog tentang cara-cara untuk mencapai kejayaan,karangan memperoleh kejayaan yang cemerlang,karangan langkah-langkah untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan,karangan langkah langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan,karangan rahsia kejayaan,karangan seseorang pelajar cemerlang,karangan spm cara-cara mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan,karangan tentang sebab-sebab perlu hadir ke sekolah,karangan tentang cara cara memperoleh kejayaan dalam peperiksaan,karangan stpm langkah-langkah kecemerlangan diri,karangan spnm langkah langkah belajar untuk pandai,karangan spm ujian mac,karangan spm tentang ciri pelajar cemerlang,karangan spm kenapa saya gagal dalam spm,karangan spm faedah hadir ke sekolah,karangan spm dialog untuk 2 orang,karangan kecemerlangan dalam akademik menjadi idaman semua pelajar huraikan cara cara yang boleh di lakukan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik,langkah-langkah menjadi pelajar yang cemerlang,langkah2 menjamin keselamatan makanan,ucapan ciri-ciri murid cemerlang,tips untuk membeli buku spm,tips pelajar untuk berjaya dalam pelajaran,Tips pelajar spm utk berjaya,tips pelajar cemerlang spm,tips mencapai kejayaan yang cermelang,tips kecermalangan,tips kecemerlangan pelajar,tips dan panduan menjadi pelajar cemerlang,ucapan rahsia kejayaan,ucapan tentang kejayaan slepas menerima anugerah murid cemerlang,ucapan untuk mahasiswa tips berjaya,yang perlu ada untuk keputusan cemerlang,usaha-usaha untuk menjadi pelajar cemerlang,usaha usaha menjadi pelajar cemerlang,usaha usaha mencapai kecemerlangan karangan spm,usaha untuk menjadi murid yang cemerlang,ulasan yang selalu masuk periksa,ulasan untuk ciri-ciri pelajar cemerlang,ulasan langkah - langkah menjadi pelajar cemerlang,ulasan ciri ciri pelajar cemerlang,tips cemerlang pt3,tips berjaya pt3,tip nak jaga badan dan minda untuk pelajar,persediaan untuk menjadi seorang tangan nerjaya,persediaan menghadapi peperiksaan spm pelajar pilihan,perancangan menjadi pelajar cemerlang,pendapat tentang kecemerlangan pelajar,pelajar yang cemerlang spm tips,pelajar jaga kesihata,mempunyai jadual belajar karangan spm,melahir pelajar motivasi cemerlang,lima cara seseorang pelajar dapat berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan,pidato tentang cara menjadi pelajar cemerlang,rencana persediaan sebelum peperiksaan,ringkasan taklimat menjadi pelajar cemerlang,tip cemerlang dalam ujian,teks ucapan seorang pelajar cemerlang pt3,teks ucapan pelajar contoh stpm,teknik karangan spm,tanda-tanda pelajar yang berjaya,solat yang dilakukan pelajar cemerlamh,seorang abang yang berjaya dalam pendidikan,sebagai pelajar,sebab murid suka membuang masa ketika guru tiada dalam kelas,langkah2 persediaan peperiksaan contoh karangan spm,contoh karangan spm bahagian b cara mendisiplinkan pelajar,ciri-ciri remaja cemerlang menurut pakar,ciri ciri pelajar cemerlang pt3,ciri ciri pelajar cemerlang membuat kerja rumah karangan,ciri ciri pelajar cemerlang aktif dalam koku,ciri ciri menjadi seorang pelajar cemerlang dalam peperiksaan PMR,ciri ciri contoh karangan cermerlang spm,ceramah yqng sesuai untuk pelajar sekolah rendah,ceramah kepada pelajar spm,Cara-cara untuk menjadi cemerlang,contoh ceramah pelajar universiti,Contoh Dialog cara rahsia belajar,contoh huraian membuat jadual kebersihan,contoh karangan pilihan usaha usaha cemerlang dalam akademik,contoh karangan persediaan menghadapi peperiksaan,contoh karangan dialog persiaan memasuki sekolah,contoh karangan ciri-ciri pelajar cemerlang,contoh karangan ceramah di sekolah,contoh karangan cemerlang spm kawan yg memerlukan,contoh karangan cara belajar yang cemerlang,contoh jadual belajar pelajar cemerlang di sabah,contoh jadual belajar pelajar cemerlang,cara-cara mencapai kecemerlangan dalam pelajaran,cara-cara membuat persiapan sebelum spm,cara untuk berjaya dalam pelajaran spm,cara cemerlang spm,cara cara seseorang pelajar mencapai kejayaw,cara cara nk jadi cermelang,cara cara mau jadi cermelang dalam perperiksaan,Bm karangan huraian Pendapat ciri ciri remaja yang disegani rakan dan guru di sekolah,bincangkan ciri - ciri pelajar cemerlang karangan,bincangkan cara-cara untuk menjadi murid yang cemerlang,bagaimana untuk menjadi pelajar yang cemerlang,artikel pelajar cemerlang spm,cara jadi cemerlang,cara membuat karangan cara cara menjadi pelajar cemerlang,cara menjadi pelajar cemerlang karangan,cara seorang pelajar yang berjaya dalam spm,cara pelajar pandai jaga pemaksnan,cara pelajar mencapai kejayaan cemerlang,cara pandai buat karangan umum,cara nk cemerlang ujian esok,cara nk cemerlang dn semangat,cara menjawab soalan karangan umum yang terbaik spm,cara menjadi remaja yang berdisiplin,cara menjadi remaja berdisiplin dengan menyediakan waktu jadual,artikel cara-cara menjadi pelajar cemerlang,karangan dialog spm,karangan cara - cara menjadikan pelajar cermalang,karangan bertajuk membuat dua kerja dalam satu masa,karangan bahasa arab pelajar berdisiplin,karangan bahasa arab cara untuk semangat belajar,karangan bahasa arab cara menghormati guru,karangan bagaimana membuat kerja rumah,jurnal tentang keperluan untuk menjadi pelajar cemerlang,jaga kesihatan untuk menjadi murid cemerlang,jadual waktu pelajar SPM,karangan cara cara belajar untuk mencapai kejayaan s,karangan cara cara menjadi remaja berdisiplin,karangan cara menjadi kejayaan pekerjaan,karangan ciri-ciri pelajar yang cemerlang,karangan ciri-ciri pelajar cemerlang,karangan ciri ciri pelajar yang cemerlang,karangan ciri ciri pelajar cemerlang sekolah rendah,karangan ciri ciri menjadi individu cemerlang,karangan ceramah bertajuk langkah-langkah menjadi pelajar cemerlqng,karangan cara-cara menjadi murid cemerlang,karangan cara-cara mendisiplinkan diri,karangan cara menjadi seorang yang berjaya,jadual waktu pelajar cemerlang spm,jadual untuk menjadi cemerlang,isi cara menjadi pelajar yg cemerlang,contoh karangan ucapan rahsia kejayaan pelajar cemerlang,contoh karangan tips belajar pintar,contoh karangan tentang persediaan menghadapi peperiksaan,contoh karangan tentang pelajar cemerlang,contoh karangan tentang kejayaan dalam peperiksaan,contoh karangan surat rasmi kepada guru besar untuk memoa,contoh karangan spm tentang persediaan menghadapi peperiksaan,contoh karangan spm tentang persediaan dalam menghadapi spm,contoh karangan spm tentang ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi pelajar cemerlang,contoh karangan ulasan ciri-ciri pelajar cemerlang,contoh karangan umum spm persediaan sebelum menjelang peperiksaan,contoh memberi ucapan di dalam kelas,huraian untuk mengadakan kumpulan belajar,huraian karangan membuat persediaan awal sebelum peperiksaan,harapan menjadi murid cemerlang,hakikat seorang pelajar,forum ciri-ciri pelajar cemerlang,esei keperluan pelajar untuk menjadi cemerlang,esei cara menjadi pelajar cemerlang,dialog persediaan spm,contoh tips belajar bersama rakan,contoh karangan spm dialog 2 orang bersama kawan

12 comments… add one

Leave a Comment



Next post:

Previous post: