≡ Menu

Umpama 1000 Bulan

lailatul-qadar

Ramadan datang dengan membawa jutaan rahmat dan keberkatan yang dikurniakan Allah. Sesungguhnya, amat beruntung sesiapa yang berkesempatan berada dalam bulan Ramadan dan memanfaatkan masa, tenaga dan jiwanya untuk mencapai keredaan Ilahi.
 
Kemuliaan bulan Ramadan dapat kita fahami dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud: “Apabila tiba bulan Ramadan, maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan syaitan dibelenggu.”
 
Puasa yang disyariatkan oleh Allah s.w.t. bukan sekadar memerintahkan umat Islam meninggalkan makan dan minum pada waktu siang, tetapi mempunyai matlamat yang jelas untuk melahirkan manusia yang bertakwa kepada Allah. Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 telah menjelaskan tujuan disyariatkan puasa, maksudnya: “Wahai orang beriman, diwajibkan kepada kamu berpuasa se-bagaimana diwajibkan kepada umat-umat terdahulu agar kamu bertakwa.”
 
Untuk mendapatkan ketakwaan dalam ibadah puasa, anggota badan seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki, hati dan seluruhnya hendaklah turut “berpuasa”. Inilah peringkat puasa sebenar yang patut ada pada setiap Muslim. Ia telah dihuraikan oleh al-Imam al-Ghazali dalam Ihya’ ‘Ulum al-Din, di mana beliau menamakan ia sebagai puasa “khusus al-khusus”.
 
Namun, amat menyedihkan rata-rata umat Islam hanya berpuasa perut sahaja, tetapi tidak pada anggota lainnya. Matanya tidak berpuasa, terus-terusan melihat perkara maksiat, seperti melayari laman pornografi dalam Internet. Sambil menunggu waktu berbuka masih seronok dengan menonton filem yang memaparkan aksi menggiurkan.
 
Telinga masih seronok mendengar sesuatu yang melalaikan, seperti hiburan dan pelbagai muzik; sentimental, heavy metal, rock dan sebagainya. Lidah masih digunakan untuk mengumpat, menipu, mengeluarkan perkataan keji dan lucah atau bersembang kosong. Tangan dan kaki masih digunakan untuk perkara maksiat seperti memberi rasuah dan melangkah ke pusat hiburan seperti ke pub atau disko.
 
Amat menyedihkan, keletihan menahan lapar dan dahaga sanggup digagahi, tetapi amat berat untuk menunaikan solat fardu lima
waktu.
 
Sebenar-Benar Puasa
 
Sewajarnya setiap umat Islam yang berpuasa menghayati hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, al-Nasa’i dan al-Hakim yang bermaksud: “Terdapat orang berpuasa yang hanya memperoleh lapar semata-mata.” Puasa yang memenatkan badan, menahan Iapar dan dahaga, tetapi tidak memperoleh ganjaran yang disediakan oleh Allah.
 
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri daripada makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya).” (Riwayat al-Bukhari)
 
Sesungguhnya, Allah menyediakan ganjaran besar dan tidak temilai harganya kepada orang yang benar-benar berpuasa. Dalam sebuah hadis sahih daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu
 
Daripada Sahl bin Sa‘ad r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:“Sesungguhnya, di dalam syurga itu terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada hari kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama-sama mereka seorang pun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: ‘Di mana orang yang berpuasa?’ Lalu mereka berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir daripada mereka masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya.”
 
Itulah antara ganjaran yang disediakan oleh Allah bagi mereka yang berpuasa dengan cara yang dikehendaki syarak. Di samping itu, banyak lagi ganjaran yang disediakan Allah bagi orang yang berpuasa sebagaimana yang termaktub dalam al-Quran dan hadis.
 
Diturunkan al_Quran Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan elemen-elemen ketakwaantermasuklah ibadah puasa. Orang yang bertakwa menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan mereka. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 2 yang bermaksud: “Kitab al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya daripada Allah dan kesempurnaannya). Ia menjadi petunjuk bagi orang yang bertakwa.”
 
Allah s.w.t. menyatakan al-Quran sebagai petunjuk orang bertakwa. Sementara puasa pula ialah jalan memperoleh takwa. Ketakwaan, al-Quran dan puasa digabungkan dengan penuh kemuliaan menerusi peristiwa penurunan al-Quran pada bulan Ramadan.
 
Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah ayat 185, maksudnya: “Bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran menjadi petunjuk sekalian manusia, keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”
 
Kemuliaan ini juga dapat dilihat apabilapenuruan al-Quran berlaku pada malam yang paling mulia dalam bulan Ramadan iaitu lailatulqadar. Firman Allah dalam surahal-Qadr ayat 1 bermaksud: “Sesungguhnya, Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar.”
 
Al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Qur’an menyatakan: “Al-Quran diturunkan sekali gus dari Lohmahfuz pada malam lailatulqadar. Al-Quran diletakkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia. Kemudian, malaikat Jibrail menurunkan al-Quran secara berperingkat selama 23 tahun.”
 
Menurut Sheikh Manna‘ al-Qattan dalam Mabahith fi ‘Ulum al-Quran, penurunan al-Quran berlaku dalam dua peringkat. Peringkat pertama, ia diturunkan dari Lohmahfuz ke langit dunia sekali gus. Peringkat kedua pula diturunkan dari langit dunia kepada Nabi s.a.w. secara berperingkat melalui perantaraan Jibrail.
 
Menurut Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim, Ramadan bukan sahaja mendapat kemuliaan dengan penurunan al-Quran, bahkan ia juga bulan turunnya kitab-kitab samawi lain. Beliau menukilkan sebuah riwayat daripada Imam Ahmad bin Hanbal yang menukilkan daripada Wathilah bin al-Asqa‘ bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Diturunkan suhuf Ibrahim pada malam pertama bulan Ramadan. Diturunkan kitab Taurat pada hari keenam bulan Ramadan. Diturunkan kitab Injil pada hari ketiga belas bulan Ramadan dan diturunkan al-Quran pada hari kedua puluh empat bulan Ramadan.”
 
Ganiaran Seribu Bulan
 
Selain kemuliaan tersebut, Allah s.w.t. memuliakan al-Quran dengan lailatulqadar.Lailatulqadar menjadi “buruan” utama orang soleh lantaran keberkatan dan kemuliaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam al-Quran, mafhumnya: “Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan.”(Surah al-Qadr 97: 3)
 
Dalam merungkaikan maksud “lebih baik daripada seribu bulan”, al-Tabari dalamJami’al-Bayan ‘an Ta’wil ‘ayi al-Qurantelah menukilkan beberapa tafsiran ulamaterhadapnya. Beliau memilih tafsiran yang menyatakan amalan pada lailatulqadar lebih baik berbanding amalan seribu bulan yang
tidak terdapat lailatulqadar.
 
Beliau menukilkan kata-kata Mujahid: “Dahulu, dalam kalangan bani Israel terdapat seorang Ielaki beribadat pada waktu malam sehingga pagi. Kemudian, dia berperang melawan musuh Allah hingga menjelang malam. Lelaki tersebut melakukan perkara tersebut selama seribu bulan. Kemudian Allah pun menurunkan ayat al-Quran (ayat ke-3 surah al-Qadr).”
 
Ibn Kathir dalam Tafsir al-Quran al-‘Azim dan al-Suyuti dalam al-Dur Ali Manthur menukilkan daripada ‘Urwah, diceritakankepada Rasulullah berkenaan empat orang lelaki daripada kaum bani Israel. Mereka beribadah kepada Allah selama 80 tahun tanpa melanggar perintahNya walau sekelip mata. Mereka ialah Ayyub, Zakaria, Hazqil bin al-‘Ajuz dan Yusha’ bin Nun.
 
Para sahabat Rasulullah berasa kagum terhadap perkara tersebut. Lalu Jibrail datang dan berkata: “Wahai Muhammad, umatmu kagum dengan lelaki-lelaki yang beribadat kepada Allah selama 80 tahun tanpa melanggar  perintah Allah walau sekelip mata. Sesungguhnya, Allah s.w.t. menurunkan kepadamu perkara yang lebih baik daripada itu.” Jibrail pun membaca ayat 1-3 dalam surah al-Qadr. Perkara ini lebih utama dikagumi olehmu dan umatmu. ‘Urwah berkata bahawa perkara tersebut telah menggembirakan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat.
 
Itulah kemuliaan lailatulqadar. Sesiapa yang berjaya menghidupkannya diberi ganjaran seumpama ahli ibadat dan mujahid yang beribadah dan berjihad hampir 83 tahun empat bulan. Satu ganjaran yang mustahil kita peroleh pada zaman ini. Kemuliaan yang sebegitu sesuai dikhususkan satu surah daripada 114 surah yang terdapat dalam al-Quran.
 
Selain itu, kelebihannya adalah pada keampunan yang ditawarkan oleh Allah s.w.t. khusus kepada hambaNya yang berjaya menghidupkan kedua-duanya (Ramadan dan lailatulqadar) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang mendirikan lailatulqadar dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu. Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, nescaya akan diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari)
 
Kemuliaan Ramadan jelas dinyatakan dalam al-Quran. Ia merupakan bulan ganjaran, al-Quran, keampunan dan pesta ibadat yang paling meriah. Ini tidak bermakna menafikan konsep ibadat yang tidak terbatas pada masa dan bulan tertentu.
 
Tidak salah sekiranya penulis menggambarkannya umpama sebuah pasar raya yang membuat promosi hebat pada bulan tertentu. Tujuannya untuk menarik seberapa ramai pelanggan supaya mengunjunginya dengan harapan mereka akan sentiasa mengunjunginya pada bulan-bulan akan datang walaupun tanpapromosi. Begitulah bulan Ramadan yang terdapat tawaran berganda tiada tolokbandingnya daripada Allah. Ia juga bertujuan melatih kita menggandakan kuantiti dan kualiti ibadat. Semoga kita akan dapat meneruskannya dalam bulan-bulan yang seterusnya sehinggalah menjelang Ramadan yang akan datang.

Comments

0 comments… add one

Leave a Comment




Next post:

Previous post: