Category: Pengajaran

  • Kelebihan Meninggalkan

    Siapa yang meninggalkan

    Pengetahuan Bersama

    Umar r.a. diberitakan pernah berkata:

    Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan”.

    “”Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.”

    Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan dalam dirinya.” (more…)

  • Syarat Buat Maksiat

    Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

    (more…)

  • Al-Quran Sebagai Pembela

     

    Abu Umamah r.a. berkata : “Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur’an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur’an.”
    Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur’an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.”

    (more…)

  • 12 Barisan Manusia Menuju Ke Akhirat

    12 BARISAN MANUSIA.. MENUJU KE AKHIRAT :-

    Barisan pertama : di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki. keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah swt :”mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka.mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat”.

    (more…)

  • Menghadapi Kelemahan Iman

    Menghadapi Kelemahan Iman

    Haruslah kita sedar dan faham bahawasanya manusia seperti kita ini mengalami iman yang tidak tetap. Adakalanya iman kita meninggi hinggakan kita memperolehi kedamaian jiwa, amalan kita dirasakan manis, dada kita lapang – alangkah bahagianya di kala itu. Di saat yang lain pula dada kita terasa sempit, malas untuk melakukan amal ketaatan, fikiran menjadi kusut, tiada ketenteraman, jiwa gelisah serta kecenderungan untuk melakukan maksiat
    bertambah.

    Di saat itu berhati-hatilah. Penuhilah masamu dengan tafakkur dan melakukan amalan taqwa. Fikirkanlah apa yang menyebabkan anda menjadi demikian. Adakah anda telah meninggalkan perintah Allah? Adakah anda melakukan maksiat? Atau adakah anda tidak redha dengan ketentuan Allah kepadamu?
    (more…)