Category: Srikandi Islam

  • Kisah ‘Ainul Mardhiyyah

    KISAH AINUL MARDHIAH

    ‘Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain bermaksud mata yang di redhai).

    Suatu pagi (di dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut tetapi dia berasa malu untuk bertanyakan kepada nabi dan pada para sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar berperang.
    (more…)

  • Zinnirah ( Srikandi Islam )

     

    ZINNIRAH

    Kesabaran seseorang muslim dalam mempertahankan akidah Islam ketika menghadapi suasana penindasan yang hebat merupakan contoh kesabaran yang agung. Pegangan akidah yang bertunjangkan tauhid kepada Allah adalah harta yang tiada ternilai bagi setiap individu muslim. Ia merupakan cahaya yang menyinari hidup insan dan menjadi penyelamat dalam mengharungi kesengsaraan kacau-bilau hari pembalasan kelak.

    Perkembangan dakwah Rasulullah S.A.W pada peringkat awal banyak dibantu oleh kesabaran kaum muslimin dan muslimat dalam mempertahankan akidah mereka yang telah terpahat kukuh dalam hati sanubari mereka.

     

    (more…)

  • Ummu Sulaim ( Srikandi Islam )

     

    Ummu Sulaim perisai Rasulullah


    Rombongan muhajir ke Habasyah membawa 11 orang wanita. Ini
    berarti bahwa wanita Muslim adalah bagian dari da’wah dan jihad di
    jalan Allah SWT. Mereka tinggalkan kesenangan hidup yang hanya
    sebentar, berupa harta, anak dan keluarga serta negeri demi Allah.
    Mereka tinggalkan tanah airnya yang mahal dan berangkat menuju Ha-
    basyah, sebuah negeri yang jauh dengan penduduk yang berlainan
    bangsa, warna dan suku, demi membela aqidah yang diimaninya.

     

    (more…)

  • Sumayyah ( Srikandi Islam )

     

    Sumayyah binti Khayyath, syahidah pertama umat Islam yang menumpahkan darahnya demi mempertahankan keimanannya bersama suami dan anak lelakinya. Teladan istimewa yang wajar dikenang sepanjang zaman.

    Sumayyah binti Khayyath adalah seorang hamba sahaya milik Abu Hudzaifah bin Al-Mughirah. Oleh tuannya, ia dikahwinkan dengan seorang lelaki asal Yaman yang bernama Yasir bin Amir yang merupakan perantau di kota Makkah. Kerana banyak mendapat halangan, Yasir meminta perlindungan kepada Abu Hudzaifah yang merupakan kepala suku Bani Makhzum.

     

    (more…)

  • Siti Aminah Bonda Rasulullah SAW ( Srikandi Islam )

     

    Siti Aminah bonda Rasulullah SAW

    Seorang wanita berhati mulia, pemimpin para ibu. Seorang ibu yang telah menganugerahkan anak tunggal yang mulia pembawa risalah yang lurus dan kekal, rasul yang bijak pembawa hidayah. Dialah Aminah binti Wahb. Ibu dari Muhammad bin Abdullah yang diutus Allah sebagai rahmat seluruh alam. Cukuplah baginya kemuliaan dan kebanggaan yang tidak dapat dimungkiri, bahawa Allah azza wa jalla memilihnya sebagai ibu seorang rasul mulia dan nabi yang terakhir.

     

    (more…)