≡ Menu

Kelebihan Dan Fadhilat Bulan Safar

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

 

Amalan-amalan sunat di bulan Safar adalah sama seperti amalan-amalan sunat di bulan-bulan lain.

Tiada amalan-amalan istimewa yang khas untuk bulan Safar yang menjadi amalan Rasulullah saw ataupun para sahabat mahupun salafus-soleh.

Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan baik dari hari ke hari tanpa mengira apa jua bulan dalam taqwim.

Tingkatkan mutu amalan-amalan fardhu dan tambah amalan-amalan sunat pada setiap masa seperti yang disarankan oleh Islam tidak kira di dalam bulan mana sekalipun.

Yang penting adalah niat yang disertakan keikhlasan.

Kepercayaan dan Amalan-amalan Khurafat

Walaupun sudah semakin kurang namun masih ada segelintir di kalangan masyarakat kita yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut datuk nenek moyang kita yang entah dari mana asasnya.

Di antara kepercayaan dan amalan-amalan karut yang berlaku dan ada kaitan dengan bulan Safar itu ialah;

Rabu terakhir adalah hari malang

Biawak petanda celaka

Burung hantu petanda kemudharatan

Burung gagak petanda kematian

Bulan Safar adalah bulan bala

Kononnya untuk mengelakkan petanda-petanda buruk ini dari berlaku maka disunatkan mandi Safar, berpuasa dan membuat kenduri tolak bala khas di bulan Safar. Kepercayaan dan amalan-amalan di atas tadi adalah khurafat kerana tiada asas ataupun sumber rujukan dari mana asalnya.

Adapun ada hadis-hadis yang mengatakan tentang perkara-perkara tersebut adalah ditolak kerana ia adalah hadis palsu yang sengaja direka-reka dan sudah dinafikan oleh satu hadis shahih yang diriwayatkan oleh imam Bukhari;

Maksudnya;

Tiada jangkitan, tiada sial, tiada kemudharatan burung, tiada bala bulan Safar dan larilah engkau dari orang yang berpenyakit kusta seperti mana engkau lari dari singa.

Maka hukum berpegang dengan kepercayaan karut adalah ditolak. Jika ia berkaitan atau menyalahi akidah maka ia boleh membawa kepada syirik dan merosakkan iman. Apabila iman sudah rosak, maka ia akan mempengaruhi amalan maka amalan juga tidak akan diterima oleh Allah subhanahu wa ta’ala.

Beramal dengan perkara-perkara tersebut juga adalah ditolak kerana ia adalah bid’ah dhalalah. Maka beramal dengan perkara-perkara bid’ah dhalalah adalah haram hukumnya. Dan ada banyak lagi kepercayaan dan amalan-amalan yang karut berkaitan dengan bulan Safar ini mengikut kawasan-kawasan dan kaum-kaum tertentu.

Oleh itu ilmu agama yang berpandukan al-Qur’an dan as-Sunnah adalah neraca untuk menilai setiap sesuatu sama ada mengikut Syarak atau sebaliknya. Dalam memperbetulkan perlakuan segelintir umat di kalangan masyarakat Islam yang masih berpegang dengan kepercayaan dan amalan-amalan karut ini, maka pendakwah dan individu yang faham dan ingin membetulkannya hendaklah melengkapkan diri dengan ilmu agama dan methodologi dakwah itu sendiri agar kerja dakwah itu menjadi lebih berkesan dan lancar.

==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

0 comments… add one

Leave a Comment