≡ Menu

Kenal Pasti Tanda-tanda Demam Denggi Dan Cara Pencegahan

Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini

nyamukMasyarakat sekeliling hendaklah peka akan kewujudan penyakit virus yang dikenali sebagai Demam Denggi iatu sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina. Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh genus Flavirus. Pebagai tanda akan muncul kepada pesakit dimana virus tersebut akan terpendam di dalam badan pesakit dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wjujudnya tanda-tanda sedemikian.

Terdapat pelbagai tanda seseorang telah digigit oleh nyamuk Aedes seperti demam secara mengejut, ruam dan gatal-ratal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala, sakit bahagian belakang biji mata, sakit perut, sakit otot dan sendi serta mengalami sakit pinggang yang teruk.

Kemudian, kita juga haruslah peka akan simptom Demam Denggi yang turut menjangkiti bayi atau pun kanak–kanak yang masih kecil iaitu seperti demam, batuk, hidung berair. Dan ruam kulit. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan untuk memastikan anak-anak mereka berada dalam keadaan sihat sebagai langkah mencegah Demam Denggi yang amat mudah menular dikalangan kanak-kanak yang lebih kecil.

Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!

Selain itu, kanak-kanak yang berusia lebih besar turut mengalami tanda-tanda sama seperti yang dihidapi oleh golongan dewasa iaitu seperti demam panas, sakit kepala, ruam kulit bertompok merah dan putih serta sakit di bahagian mata belakang dan juga sendi. Antara simptom lain ialah mereka akan mengalami kurang selera makan, merasa loya, muntah, rasa lemah dan gatal di tapak kaki. Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk mengetahui simptom tanda-tanda Demam Denggi untuk memastikan diri sentiasa terjamin dari semasa ke semasa.

Seterusnya, sebagai langkah pencegahan yang boleh dilakukan adalah menutup semua tingkap dan pintu ketika waktu fajar dan senja. Hal ini kerana nyamuk dan serangga mudah untuk memasuki tumah pada ketika itu. Perkara yang terpenting adalah memastikan longkat yang terdapat disekeliling rumah sentiasa bersih kerana kekotoran akan memudahkan pembiakan nyamuk Aedes.

Antara cara pencegahan yang lain adalah memastikan anak-anak memakai pakaian baju lengan panjang dan seluar panjang apabila bermain di taman. Tambahan lagi, memakai pakaian warna cerah adalah lebih baik daripada pakaian yang berwarna gelap. Kaedah seterusnya ialah menggunakan penyembur berasaskan minyak serai untuk menghalau nyamuk dan memasang jaringan nyamuk pada setiap tingkap di dalam rumah.

Kesimpulannya, Demam Denggi boleh membahayakan kesihatan seseorang oleh itu kita hendaklah peka akan tanda-tanda Demam Denggi dan mengetahui cara untuk mencegahnya. Diharap melalui artikel ini ia dapat membantu kita mengenali serba sedikit sebanyak mengenai Demam Denggi.

==>>

Cara beli Rumah Lelong & Kerata lelong Murah sangat !!

1 comment… add one
  • Bedak Arab 19/04/2013, 8:00 am

    Jika demam berlarutan segeralah berjumpa dengan doktor takut dijangkiti denggi

Leave a Comment