Antara barang yang cepat Sold Out dan berebut rakyat marhaen beli Lihat Sini
PERHIASAN DIRI SEORANG WANITA
1 . Bulu kening
Menurut Bukhari ” Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) ” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari
2 . Kaki ( tumit kaki )
” Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan “An-Nur : 31
Promosi hanya RM1 sahaja grab now !!
a ) menampakkan kaki
b ) menghayungkan/melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki
3 . Wangian
” Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati Suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina ” Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban
4 . Dada
” Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka ” An-Nur : 31
5 . Gigi
” Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya ” Riwayat At-Thabrani
” Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah ” Riwayat Bukhari dan Muslim
6 . Muka dan leher
” Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu “
a ) bersolek ( make-up )
b ) menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah
7 . Muka dan Tangan
” Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja ” Riwayat Muslim dan Bukhari
8 . Tangan
” Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya ” Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9 . Mata
” Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya ” An Nur : 31
Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan seterusnya tidak dibenarkan ” Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
10 . Mulut ( suara )
” Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik ” Al Ahzab : 32
” Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi” Riwayat Ibn Majah
11 . Kemaluan
” Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) ” An Nur : 31
” Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta’ati suaminya ,maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya ” Riwayat Al Bazzar
” Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan dirumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah “Riwayat Tirmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah
12 . Pakaian
” Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan , maka Allahakan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti ” Riwayat Ahmad ,Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah
” Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yangberpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya ” Riwayat Bukhari dan Muslim
a ) Berpakaian tipis / jarang
b ) Berpakaian ketat / membentuk
c ) Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
” Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu , anak perempuan
mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali .Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha penyayang “Al Ahzab : 59
13 . Rambut
” Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya ” Riwayat Bukhari dan Muslim
salam, perkongsian yg baik. tapi artikel di atas bercampur2 dengan hadis palsu. hadis “…perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka…” adalah hadis palsu. boleh rujuk video ni, ’20 hadis palsu popular riwayat facebook’, http://www.youtube.com/watch?v=rPqxSIKOacw